B.A. Hons (Komunikasi) Kelas Pertama dengan Kepujian, Universiti Malaya M.A (Komunikasi dan Sastera), Universiti Malaya Ph.D. (Komunikasi, Sastera, Pemikiran Islam dan Sastera), Universiti Malaya e-mel: drilias_zaidi99@yahoo.com Tel. Bimbit: 017-2915101
Friday, March 4, 2011
'Mimpi Budak Bola'
Dan aku menjerit sekuat hati. Aku mohon pertolongan. Jam berdetik lima kali ketika ketukan di pintu bilik tidurku menyapa gegendang cupingku.
“Kita mesti fokus babah! Kita mesti fokus jika nak berjaya,” kataku sebaik babah mengusapi ubun-ubunku. Kata-kata semangat babah sentiasa membarai jiwa-ragaku.
“Kau bermimpi ya? Jangan terlalu ingat akan mimpi datuk hampir dipatuk tedung, nanti Aimal akan alami mimpi serupa. Asyik dengan bola, dah tentu Aimal mimpikan bola.”
Aku menggesel-geselkan mata. Mata bundarku macam amat berat hendak dicelekkan. Pantas suaraku memangkas tingkah babah: “Ya, mimpi Aiman jadi hero. Kita juara babah. Aiman jaringkan gol tunggal pertandingan berprestij Piala Dunia. Malaysia cipta sejarah. Negara kita jadi jagoan.”
“Yalah tu!” sindir mama. Dalam keterangan cahaya, ratinaku menyentuh wajah babah dan mama di sebelah. Demi rasa malu yang menebali diri, aku lantas merebahkan diri kembali. Aku sedar bahawa dinihari sudah di tebingnya dan sejenak lagi azan subuh bakal berkemundang.
Aku sudah tidak ingat lagi akan nostalgia sejarah tempat babah pernah belajar. Babah yang hampir mencecah usia 45 tahun itu kini sudah membuka klinik psioterapi., pengubatan apa juga penyakit melalui kaedah psikologi.
Ketika sarapan, aku langsung tidak berani hendak menyapa wajah babah. Babah yang berambut ikal dan berbulu kening hitam lebat itu semacam menyindiriku. Mama pun sama.
“Bagaimanakah engkau boleh jadi juara, Aiman?” pertanyaan ini lebih menghiris hatiku, persis tersayat dan tersirnanya harapan pasukan bola sepak negara mengukir nama dan sejarah.
“Cuba ingat kembali butir-butir mimpimu dinihari tadi. Babah dan mama nak kongsi dengar. Mana tahu entah-entah babah dan mama juga bermimpi begitu!”
“Eh, malulah mama. Nanti, apabila Aiman cerita, abah dan mama tentu tak percaya”.
“Maksudnya?” sampuk babah sambil menyuap nasi lemak ke mulut.
“Benar babah, diri Aiman pasti Carles Puyol. Tidak ada pemain lawan yang mengawal, lantas Aiman rembat bola menyapa gawang penuh bergaya.”
“Tapi nama besar itu jagoan Sepanyol?”
“Benar babah, Sepanyol dan Belanda sama-sama nak buru gelaran pertama. Negara kita juga nak buru gelaran sulung. Aiman berjaya. Aiman hero”.
“Baik Belanda, baik Portugal, baik England, babah tak suka. Padankan muka rembatan Lambak melepasi garisan gol tidak dihitung masuk dek pengadil Uruguay. Dendam tahun 1966 sudah berbalas. England menyama kedudukan melalui gol kontroversi sehingga masa tambahan. London menewaskan Jerman 4-2 pada perlawanan akhir di Wembly. Atuk yang baru berusia 20 tahun, jijik benar tengok siaran langsung itu. Nenek moyang mereka pernah jajah negara kita ratusan tahun lamanya”.
“Aiman benci mereka,” semangat cinta akan negara-bangsa dalam diri datuk dan babah mengalir dalam diriku pula.
Babah bercerita tentang mimpi, melanguk aku mendengarnya, terpangkas aku hendak mencelahinya. Kata babah, mimpi tanggapan sedar daripada fantasi ataupun keinginan luar-sedar tidak telus dalam kehidupan nyata insan. Datuk berfantasi sebagai hero bola sepak negara lalu terbawa-bawa dalam mimpi hampir dipatuki ular tedung. Dahan pokok tinggi menyelamatkan datuk.
Aiman bermimpi sebagai jagoan bola sepak negara kerana fantasi Aiman begitu sejak sekolah rendah. Insan perlu bercita-cita tinggi dan berusaha ke arahnya. Aku mencelahi babah berbicara agar wujud interaktif antara kami dua beranak.
Pendapat babah teori takrifan mimpi Sigmund Freud. Babah menelaahinya dalam-dalam ketika mengkhusus pengajian dalam bidang psikologi dan kedoktoran. Asyik-asyik babah kaitkan ceritanya dengan kajian kes di kliniknya.
Lanjut babah dengan nada bersahaja: Tiap-tiap mimpi wakili keinginan yang nak dicapai. Jika nak jejaki profesion babah, Aiman perlu kerja keras. Semilir angin ketika suria baru saja melenyapi embun di hujung daunan, melembutkan hatiku kerana babah amat agresif dalam hujahnya, tak langsung beri peluang kepadaku untuk berespon.
Mimpi semacam wakil capaian imaginasi impian ataupun impuls masa kanak-kanak. Atuk mengimaginasikan jagoan bola sepak seperti supermokhtar. Ular tedung mahu dijadikan bola, digelecek dan disepak semahu hati ke seluruh gelanggang dan ruang.
Apa kurangnya Aiman? Aku menelusuri celahan ruang daripada kesempatan babah menarik nafas lega. Superhero Aiman lain. Tentunya Messi sentuhan berbiasa pasukan Argentina dan Kelab Bacelona.
Ha, Lionel Messi juga menyimpan hasrat terpendah di bawah sedar. Dia gigih berlatih. Dan terfokus macam Aiman kata dinihari tadi. Semangatnya tinggi. Tapi babah tertarik hati kepada ketenangan, kesabaran, dan keramahannya bermain.
Ada lagi, babah, dia tidak tamak ketika beraksi penuh bergaya di gelanggang. Tolakan dan sentuhan bola kepada rakan sepasukan amat cantik memudahkan sapaan bola kepada jejaring gawang lawan. Penjaga gol terkeliru benar akibatnya.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya gitu. Lebih tabah, bertawakal, dan penuh istiqamah. Hujah babah tenggelam lagi dengan takrif mimpi Freud. Katanya, dalam psikoanalisis, ego bahagian psyche iaitu minda-ruh, dalam keadaan sedarnya, banyak pengaruhi fikiran dan tingkah laku. Bahagian inilah berfungsi mengikat ‘prinsip realiti’.
Aku terdiam lagi melenyapkan harapanku hendak berinteraktif. Seperti agakan, babah bercerita pula tentang id. Tanpa id, ego gagal berfungsi sebagai identifikasi. Sikit-sikit tahulah aku apakah id, ego, dan superego. Id binaan model minda tak sedar mewakili naluri daya terhadap rangsangan impuls gratifikasi.
Babah merimbuni ilmu dalamanku bahawa kajian lebih moden menakrif mimpi sebagai penyingkapan tabir keasyikan secara sedar terhadap realiti hidup. Apa pun, tegas babah, seperti kata Freud, otak manusia sentiasa aktif walaupun ketika insan terlena langsung diuliti mimpi manis-manis malam hari.
Pandangan kedua-dua beranak itu bersentuhan ketika datuk tiba-tiba muncul di ambang pintu. Angin pagi yang masih sipu-sipu menyelak rambut yang menutupi sulah dahi bidang anak hujung belasan tahun baru selesai menguji kecerdikannya pada peperiksaan SPM.
Kehadiran insan kental berbadan gempal itu bakal meriuhkan suasana, persis pertautan mimpi pelbagai dimensi dengan realiti hidup pelbagai reaksi! Atuk pasti gembira kerana akhirnya cucu sulungnya dapat juga melunaskan impian sublimasinya sejak kecil. Tapi hati kecil cucu berbadan gempal itu terus tersula dalam badikan semangat bergelar juara. Suria sudah menyisih awal pagi ke puncak tengah hari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment