Aku semacam masih merenungi titik-titik hujan turun condong-condong semasa bersekolah rendah bersama rakan sedesa, nun terletak jauh di pedalaman tidak lagi terhidu pembangunan, belum lagi tercium apatah terjamah kemajuan. Lama kelamaan, hujan kian melebat dengan angin dan guruh-petir saling bergenyitan menuntutiku berhenti bermain.
Oh, masakan terpangkis hasrat lalu menokhtahkan sepakan. Permainan sedang rancak. Petir mengenyit kini bertali arus dengan halilintar membelah sawah. Aku bercerita kepada cucu sulungku, yang mengalir deras tanpa henti-henti menghiliri sungai keazaman yang amat payah hendak betah. Si cucu seorang insan bertubuh gempal amat bangga dengan insan gagah semangat seperti datuknya. Yang hadir dalam dirinya kini sebahagian besarnya diwarisi daripada peribadi unggul sasa diriku sendiri.
Kasihan pada datuk, persis si cucu pernah berbicara. Kisah keliatan semangat dan cita-citaku hendak menjadi pemain bola sepak supermokh bertali arus kepada anakku. Wajah retak seribuku dalam kesenjaan usia melepasi angka 70 tahun, memanifestasikan kesedihan terperosok damai di hujung tanjung.
Aku menginjaki kisah lama ketika kenderaan anak keduaku itu meratai rerumput tepi jalan kampung. Kiri kanan sawah bendang sedang diusahakan dengan gegenang air beriak cantik persis fatamorgana di tengah-tengah lebuh raya bertar dalam sinar keras suria di puncak ubun.
Akhirnya tenaga keupayaan kenderaan si anakku terkuis mati persis lampu gaselin kehabisan minyak. “Di sana tu, atuk bermain bola sepak dengan kawan baik atuk, Ayub namanya.”
Kekuatan ingatanku terimpuls daripada ruang mental yang tetap ligat bekerja. Aku tidak peduli radang kemarahan orang tuaku. Jika hendak merdeka, mesti kerja keras. Sawah bendang yang mengeluarkan ulas-ulas padi ranum, perlu diusahakan.
“Main bola ni kerja orang gila,” gerutu ayahku, pasti mengisyarat impuls dalam fakulti akal-fikirku kepada roh dan semangatku. Kening hitam lebatku terangkat semacam terolengnya kenderaan si anak meledani jalan berlubang di kampung kelahiranku.
Ah, pandangan si orang tuaku tidak wajar dipayungi. Tidak kira waktu, halaman ruang tanah pusaka dijadi medan permainan dan kejuaraan. Ketenangan si ayah selalu cair apabila getah sekerapnya selalu hilang daripada tong pungutan. Sinar harapannya mendapat duit belanja dapur.
Aku gumpal-gumpal sekerap menjadi sebiji bola. Hatiku, gerutuku sesudah menginjaki kerusi kenderaan semula, amat gembira, ya, terlalu gembira demi ratina mataku terus tersentuh dengan wajah Ayub, berbadan gempal. Kami sebaya.
Rakan-rakan sebaya disepakati dan mampu membeli sebiji bola. Tanah sawah yang kering kontang selepas musim tuaian, menjadi gelanggang permainan. Aku berusaha mencari buluh, dikerat-kerat dijadikan tiang dan palang gol. Tiap-tiap petang, kami bermain, tidak kira hujan tidak kira panas, tidak kira penat-lelah atau cergas-pantas, suara-suara berbauran meriuh suasana, menghingarkan detik momen agak panjang dan malah melelahkan harapan si ayah kepada pertolonganku di sawah.
Malam bersejarah itu, aku tertidur di situ, di atas pohon setinggi rumah dua tingkat. Si tedung yang kempunan nampak macam singa lapar lalu melonjakkan kepalanya, ekornya sahaja yang tercecah di bumi. Hampir sahaja aku hendak menyepaknya seperti bola ketika ayahku tiba bersama beberapa individu penduduk, siapsiaga dengan andang dan suluh. Ikut telekan bomoh ditemui si ayah, kononnya aku disoroki hantu.
Aku terasa benar akan tragedi yang menimpai dunia bola sepak apabila penonton merusuh membakar stadium mengorbankan ribuan insan tidak berdosa ketika pertandingan El Salvador dengan Honduras pada Jun 1969. Seingat-ingatku, tragedi paling dahsyat sehingga meletus rusuhan bulan Mac 1990 ialah perlawanan kelab Dinamo Zagoreb dengan Red Star Belgrade. Ngeri aku mengingatinya kerana semata-mata sebiji bola terbadik, perang Yugoslavia meledak. Bahang perang dahsyat kian membarai kakiku. Begitu cepat manusia lupa!
Tetapi aku tidak pernah lupai sejarah. Asalnya bertitik tolak daripada permainan harpaston, pada zaman Greek purba, tahun 2500 SM. Haspaston banyak disebut dalam karya sastera klasik, sejenis permainan kasar dan ganas. Gol dikira apabila bola melepasi gawang.
Bola sepak moden dipercayai berasal dari England pertengahan abad ke-19. Sukan ini cepat popularnya sehinggalah awal 1800-an, tujuh sekolah awam utama di England bermain bola sepak termasuk Eton, Harrow, dan Winchester. Daripada segi peraturan dan undang-undang permainan, pelajar Cambridge yang merintisinya (1848), sehingga tertubuhnya Persatuan Bola Sepak England di London pada 1863. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA dibentuk pada 1904 oleh wakil Peranchis, Belgium, Denmark, Belanda, Sepanyol, Sweden, dan Switzerland. Kini, keanggotaannya sudah mencecah angka 200 negara.
Pertandingan Piala Dunia sulung berlangsung pada 1930. Kini Piala Dunia semakin popular, meletakkan bola sepak sebagai permainan tersusur di dunia. Aku berpeluang buat julung-julung kalinya menyaksikan pertandingan akhir di antara England selaku tuan rumah dengan Jerman Barat, pada 1966. Ketika itu aku belajar dalam Tingkatan Enam Atas, menonton sendirian di rumah guru warden, Cikgu Baharin namanya, di Sekolah Alam Shah, Cheras. Gol penyamaan penuh kontroversi 2-2 jaringan pasukan England mengheret permainan kepada masa tambahan, menyaksikan England akhirnya menang 4-2. Mulailah aku secara sungguh-sungguh meminati pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa. Pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, England pula diaibkan Jerman apabila tewas 2-4, sesudah jaringan satu golnya tidak dikira pengadil Hungary biarpun melepasi garisan gol.
Begitulah bola sepak dapat mengangkat martabat bangsa dan negara, khususnya Brazil dan Argentina. Kepada rakyat kedua-dua negara, bola sepak semacam hidup mati buat mereka. Pemain handalan tetap menjadi idaman dan pancingan kelab terkemuka di UK seperti Manchester United, Arsenal, dan Chelsea, dan di Sepanyol seperti Barcelona dan Real Madrid. Biar apapun, MU menjadi buruan jutawan dunia sehingga Sir Alex Ferguson, didakwa sebagai pengurus dan jurulatihnya terkaya di dunia. Justru tidak hairan apabila Manchester United has one of the biggest following in Asia. As the official low fare airline for Manchester United, AirAsia hopes to create opportunities and exciting avenues to reach out and connect with MU's loyal fan base in Asia. “As such, it is only befitting that we dedicate the aircraft to all the Manchester United Fans in Asia." said Dato' Tony Fernandes, Group CEO, AirAsia Berhad.
No comments:
Post a Comment