Malang bertimpa-timpa buat Arsenal dalam masa dua minggu kebelakangan ini.
Subuh tadi (13 Mac 2011), pasukan pimpinan Arsene Wenger itu, tewas lagi tetapi kali ini 0-2 kepada Manchester United pada peringkat suku akhir Piala FA.
Lebih malang lagi apabila pemain pertahanannya, Johan Djourou terpaksa berehat sehingga akhir musim permainan tahun ini kerana keterseliuhan bahu.
Subuh Khamis lepas, Arsenal bukan sahaja tewas tetapi kehilangan ayam tambatannya, Robin van Persie kepada Barcelona 1-3 (dengan agregat 3-4) di Nou Camp, akibat layanan kad merah penuh kontroversi oleh pengadil Massimo Busacca dari Switzerland, pada pusingan kedua timbal-balik Piala Liga.
Selaku tuan rumah pusingan pertama sebelumnya, Arsenal menewaskan Bacelona 2-1. Barcelana banyak belajar daripada kesilapan pusingan pertama itu dengan mengawal Fabregas daripada mendapat bola.
Seorang penganalisis sukan menulis begini: “After the red card, Barca were unstoppable. Their second goal of the night came from Iniesta’s ball through which was neatly finished by Xavi via a deflection off Bacary Sagna.
“Messi buried the penalty after Konscielny’s foul. All Arsenal were left with was their sense of injustice”.
Begitulah akhirnya, Arsenal tewas di sebalik ombakan serangan bertali arus sehinggakan nasib tidak menyebelahi mereka lantaran Wenger berasal dari Peranchis mengakibatkan pengadil selalu sahaja berpihak kepada pasukan lawan.
Arsenal yang bermain cantik melalui hantaran bola jarak dekat yang tepat, patut menyalahkan diri sendiri kerana ‘menggentel’ bola di hadapan gawang lawan.
But the final word must go to a Spanish cartoonist in El Mundo who drew Wenger with the caption: “The fault of not having a shot on goal … is the referee’s, the referee’s, the referee’s, the refree’s, the referee’s.” His players probably believe it.
Ambil sahaja perlawanan Arsenal dengan Sunderland sebagai contoh apabila jaringan gol Andrey Arshawin pada minit ke-88 dikira offside pada Piala Liga England oleh penolong pengadil Andy Garratt.
“What can you say? We put a lot of commitment into the game. I believe Arshavin was not offside, but what can you do?” Wenger said after the game ended with a scoreless draw.
Tujuh hari sebelumnya, Arsenal dinafikan gelaran juara Piala Carling dalam pertandingan akhir apabila tewas 1-2 kepada pasukan bukan pilihan.
Apakah harapan masih ada buat Arsenal untuk menjuarai Piala Liga yang kini berada pada kedudukan kedua, tiga mata di belakang MU?
No comments:
Post a Comment