Kalangan ibu bapa sepatutnya memberi konotasi dan perspektif positif terhadap Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) sebagai menggantikan pendidikan seks diajari berasingan kepada murid sekolah rendah dan menengah mulai tahun 2011.
Seawal 2006 kabinet telah memutuskan pemakaian istilah berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan, sepatutnya tidak wujud dalam kalangan masyarakat rata-rata sudah berpendidikan tinggi sekarang.
Allah ta’ala berfirman dalam Surah al-Alaq (96: 1-2), bermaksud “Bacalah (wahai Muhammad dengan nama Tuhan-Mu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia daripada seketul darah beku”.
Sebelumnya firaman Allah dalam surah At Tiin (95: 4)yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya”.
Masanya sudah tiba akan perlunya murid diberi pendedahan seawal Tahun Satu Tahap Satu akan maksud tersirat di sebalik kedua-dua ayat kutipan di atas, mengilmukan mereka supaya tidak terlanjur dengan perbuatan dilaknati Ilahi.
Pada akhir 2005, sudah disediakan garis panduan mengenai pendidikan seks di sekolah merangkumi isu kehamilan bayi akil baliqh, identiti dan perwatakan, imej peribadi, dan emosi.
Jika kembali kepada keputusan kerajaan ini, akan termaklum kepada kita, makluman yang memalukan apabila Kajian Keempat Penduduk dan Keluarga Malaysia anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara pada 2004 mendapati sebahagian besar remaja 13 – 24 tahun langsung tidak tahu mengenai seks termasuk apa yang dimaksudkan dengan ‘vagina’.
Allah mengajak umat mengilmukan diri supaya dapat berfikir secara rasional lagi matang seawal usia rebung lagi. Sebab itulah PEERS merangkumi soal nilai, sikap, dan proses sepanjang hayat mencakupi 75 peratus kurikulum pendidikan kesihatan.
PEERS tidak membebankan murid kerana waktu pengajaran dan pembelajarannya hanya satu waktu 30 minit bagi sekolah rendah dan 40 minit bagi sekolah menengah, dua kali sebulan.
Seks itu indah lagi mengindahkan kehidupan menurut perspektif yang betul. PEERS bakal menjadi benteng pertahanan diri remaja melakukan seks bebas.
Akhirnya nanti PEERS dapat melahirkan masyarakat bahagia, sejahtera, dan sentoasa. Justru itu, semua pihak khusus ibu bapa sama-sama bertanggungjawab bagi menjayakan PEERS demi kepentingan maruah dan digniti generasi kini dan akan datang.
No comments:
Post a Comment