Signifikan kemenangan penuh bergaya pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei sesudah tengah malam tadi bukan sahaja dapat mempertahan kejuaraan kejohanan berprestij badminton All-England buat tahun kedua berturut-turut tapi malahan dapat menundukkan musuh tradisi nemesis Lin Dan, kali pertama sejak Olimpik 2008 di Beijing.
Chong Wei terus unggul melalui permainan penuh taktikal beriringan dengan gaya permainan selamat sepanjang pertarungan 51 minit itu tanpa membiarkan pemain juara Olimpik dan Asia dari China itu mendahuluinya sehingga tamat berkedudukan 21-17 dan 21-17.
Kedua-dua pemain yang nampaknya bersahabat baik dan karib, sudah pun tahu akan taktik dan gaya permainan masing-masing, menampil skill tuntas bermain di jaring dan membuat pukulan smasy tajam dan lintang yang mengelirukan.
Dalam pertandingan akhir sebelum ini, baik Olimpik mahupun Asia dan malahan terbuka Korea Selatan yang lumayan menawarkan hadiah USD90,000 untuk juara dan USD45,000 bagi naib juara, Lin Dan dapat menundukkan Chong Wei melalui taktik sebegini sehingga banyak hantaran Lin Dan gagal disambutnya atau pukulannya tersasar keluar gelanggang.
Perlawanan akhir awal pagi ini juga menyaksikan Chong Wei banyak membuang bola keluar terutama pada pertengahan permainan set kedua, sehingga ketika-ketikanya mereka saling mengejar mata menyaksikan beberapa kali berkedudukan sama.
Pertemuan Chong Wei-Lin Dan memang dinanti-nanti peminat bukan sahaja yang menontoninya di Stadium Tertutup Birmingham, UK, bahkan seluruh peminat tanah melalui siaran langsung.
Mereka sama gagah dan jaguh, lebih-lebih lagi Chong Wei tidak pernah menang sejak Olimpik 2008.
Kejayaan ini menjanjikan harapan besar kepada pemain negara itu untuk meraih pingat emas, menyisihkan Lin Dan pada temasya Olimpik di kota raya London tahun depan.
Momentum sedia ada perlu kekal dan dipermantap dengan tunjuk ajar jurulatih negara, Rasyid Haji Siddek, persis ghairahnya dia melalui permainan fantastik dan taktikal di jaring dan taktik bertahan yang mantap sehingga menewaskan keghairhaan Chen Long, juga dari China peringkat separuh akhir 21-17, 21-13 dalam masa 46 minit.
Sehari sebelumnya, juara junior dunia dua kali itu merekod kemenangan impresif 21-12,21-12 ke atas juara All-England 1999 Peter Gade-Christensen dari Denmark.
Kejayaan Chong Wei terhadap pemain Thailand Boonsak Ponsana 21-15, 21-7 jelas membuktikan kesungguhannya hendak mempertahan kejuaraan sesudah menewaskan pemain muda Jepun tahun lepas di gelanggang sama.
Sama ghairahnya dengan Lin Dan, memenangi 18 daripada 24 pertemuan dengan Chong Wei, demi memerhatikan keazaman tingginya menundukkan pemain Jerman Marc Zwiebler peringkat separuh akhir 21-9, 16-21, 21-11, dan pemain Vietnam Nguyen Tien Minh, 21-17, 21-11, peringkat suku akhir.
Sepatutnya skuad negara menang berganda jika tidak pasangan utama selaku juara 2007, Koon Kien Keat-Tan Boon Heong mensia-siakan peluang keemasan, tunduk kepada pasangan Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen 15-21,21-18, 21-18.
Apapun tahniah dan syabas diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei dengan harapan kejayaan demi kejayaan terus tertitip satu demi satu sesudah ini.
No comments:
Post a Comment