B.A. Hons (Komunikasi) Kelas Pertama dengan Kepujian, Universiti Malaya M.A (Komunikasi dan Sastera), Universiti Malaya Ph.D. (Komunikasi, Sastera, Pemikiran Islam dan Sastera), Universiti Malaya e-mel: drilias_zaidi99@yahoo.com Tel. Bimbit: 017-2915101
Sunday, March 6, 2011
‘Insan Tua di Pondok Lama
Merlimau oh Merlimau!
Kerdau oh Kerdau!
Betapa sayunya insan berusia
dalam keadaan uzur rheumatoid ini
telinganya semacam terusik oleh geseran bebesi
landasan LRT di ubun-ubunnya
mata rabunnya memandang sayu di kejauhan
mengenangkan nasib ayam menang kampung tergadai
tangan asing pintar bijak beretorik dalam semilau bermadah
aduh betapa murninya semangat juang mempertahan hak
penduduk Cik Siti Kembang, nun jauh di pantai timur
kepada si insan ini pilihan raya kecil yang baru berlalu
tidak ubah persis pesta dan riuh-rendah temasya mandi safar
paling tidak main pantai, seminggu heboh
dan sesudahnya suasana kembali sepi
lena dalam dengkur balik kepada asalnya.
Merlimau oh Merlimau!
Kerdau oh Kerdau!
Betapa insan berusia ini masih ingat
akan kedatangan orang berpangkat dari bandar jauh
menginjaki ruang yang ada, premis yang tersedia
lalu singgah menjenguk dan picit-picit lututnya
sekadar bertanya khabar dan mendoa kesembuhannya
daripada sakit sendi yang sudah hampir sedekad
bertakhta di situ tanpa siapa peduli
sayup-sayup pujukan menyentuhi gegendang telinganya
kemudian datang lagi rombongan lain lebih hebat
memintanya memilih calon yang mesra-rakyat
lantas dia jadi keliru kerana pesan nenek moyang
‘pilihlah parti yang memperjuang Islam’
Lantas dua-dua dinyahinya
Pagi ini di kejauhan dia merenung jauh tanpa tujuan
Kepedihan dalam hati hanya dia seorang yang tahu
Pondok tua lagi buruk pusaka nenek moyang
Hampir pasti tergadai ke tangan asing
Atas nama kemajuan dan pembangunan
Kepadanya dapur berasap dengan sekampit beras wangi
Seketul ikan kering bersama sayuran berencah sambal belacan
Sudah lebih daripada mencakupi asalkan anak
di bandar hidup senang dan cucu-cucu disekolahkan.
Merlimau oh Merlimau!
Kerdau oh Kerdau!
Ajari rakyat kalian erti proses pilihan raya dan demokrasi
Sebelum mereka diusung ke pusat pengundian
Dengan berkerusi roda yang kian berkerinyut bunyinya
Semata-mata mengharapkan satu undi
Kekeliruan si insan tua ini
Lantas memangkah kedua-dua calon bertanding
‘ayam sabung menang besar
Tapi kampung permai langsung terpugar!’
DR ILLIAS ZAIDI
7hb. Mac 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment