Wajah ceria pasangan pengantin merentasi benua seperti terpancar di atas di antara Paradorn Srichapan dengan isterinya, bekas ratu cantik Universe Natalie Glebova, hanya dapat bertahan tiga tahun lamanya.
Pada satu masa, ketika bekas bintang tenis dari Thailand itu menduduki ranking kesembilan dunia, Paradorn memang hebat di tengah-tengah gelanggang. Nama Glebova berasal dari Kanada juga meniti jutaan bibir komuniti global khusus kalangan gadis dan wanita, sebaik dimahkhotakan sebagai Ratu Universe pada 2005.
Kedua-dua mereka dipertemukan pada Kejohanan Terbuka Thailand dalam Siri Jelajah ATP tahun 2006, setahun sesudah Glebova, dimahkotakan sebagai Ratu Universe.
Memang kedua-dua jejaka dan ratu ini sama-sama hebat dan sepadan, gah terkenal di seentero dunia.
Pertemuan pertama menjentik pintu hati masing-masing sehinggalah akhirnya Paradorn melutut di kaki Glebova ketika si ratu cantik molek itu bersetuju menjadi isterinya.
Mereka lalu dengan pantas terkenal dengan jolokan pasangan selebriti terhebat lantas berkahwin pada satu majlis sangat-sangat istimewa, di sebuah hotel yang juga amat istimewa di kota Bangkok, pada September 2007.
Majlis perkahwinan terhebat di Bangkok itu bukanlah detik yang baik dan menjanjikan kebahagiaan berpanjangan buat pasangan idola ini kerana pada tahun 2007 itulah, kerjaya tenis Paradom berakhir akibat cedera pergelangan tangan.
Demikianlah melalui pernyataan bersama, mereka bercerai pada bulan Julai 2010 lantaran komitmen kerja menjarakkan mereka.
Pun begitu, menurut Chanachai Srichaphan, selaku ayah dan bekas jurulatihnya, seperti yang dikutip oleh akhbar-akhbar Thai, pasangan istimewa itu terus mengongsi rumah yang sama, tinggal serumah tetapi bukan sebagai suami dan isteri.
Mereka dikatakan bercadang hendak terus menguruskan perniagaan produk kecantikan, suplemen diet, dan restoran di Bangkok.
Perkahwinan jagohan golf dunia Tiger Wood juga merentasi benua tetapi bercerai juga akibat nafsu serakah bekas pemain nombor satu dunia itu.
Kalangan artis kita juga berkahwin dengan jejaki rentas benua tetapi sayang juga, jodoh mereka tidak panjang.
Mengapakah terjadi penceraian begini: Takdir Ilahi atau salah laku peribadi berkenaan?
Alasan paling utama dikatakan kedua-dua pasangan sudah tidak serasi dan tiada persefahaman ditambahi dengan campur tangan pihak ketiga termasuk keluarga.
Akhir-akhir ini Laman Web Sosial didakwa sebagai punca keretakan rumah tangga. Kejemuan bertentangan mata dan enggan menjalin hubungan intim akibat peralihan usia juga disebut sebagai puncanya.
Ah, segala-galanya serba mungkin. Hidup berumah tangga penuh keberangkalian. Marilah kita fikiri dan renungi bersama!
No comments:
Post a Comment