Wednesday, March 23, 2011

Karangan Jenis Dialog - Pemupukan Semangat Patriotisme (3)

MODEL KARANGAN
Pemupukan Patriotisme Remaja Bermula di Rumah

Goh : Encik Bakri, bersetujukah anda jika saya katakan rata-rata remaja sekarang tak begitu bersemangat patriotik?
Bakri : Saya amat setuju dengan pandangan encik Goh. Saya fakir, mereka perlu ambil bahagian lebih aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
Goh : Jangan lupa mereka mesti ikut serta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Bakri : Mereka juga patut tahu tokoh-tokoh yang pernah berjuang demi kemerdekaan negara. Contohnya Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman.
Goh : Dengan begitu, mereka akan tahu pahit getir perjuangan masa lampau.
Bakri : Sejarah buktikan zaman Jepun barisan pejuang negara terpaksa makan ubi kayu. Sebab susah itulah, pejuang lampau tak kenal kecewa dan patah hati menentang komunis bagi tujuan kemerdekaan.
Goh: Pada pendapat sayalah, seperti bukti sejarah, hidup remaja sekarang terlalu mewah. Yang mereka kehendaki, semuanya dapat. Contohnya pakaian dan telefon bimbit berjenama TM Talk. Semangat patriotik mereka jadi lemah.
Bakri : Hubungan kekeluargaan dah tak intim lagi. Jarang-jarang mereka makan bersama. Anak-anak lebih suka nikmati makanan segera seperti mister potato. Ibu bapa amat mengejar kerjaya.
Goh : Heh encik Bakri, jangan kata begitu. Saya pun gemar makanan segera. Ringkas, enak, dan sedap ranggup. Tetapi yalah, ibu bapa langsung tak kuasa nak tanamkan semangat cinta dan sayang akan negara dalam diri anak-anak.
Bakri : Masyarakat dulu hidup dalam kelompok mereka kerana tak ada usikan dan pengaruh luar. Tapi lama kelamaan hidup tertutup ini berubah kepada masyarakat terbuka kerana pengaruh sosialisasi dengan kaum lain.
Goh : Remaja berpeluang belajar di bandar. Apabila dah lulus, mereka cari kerja di bandar-bandar.
Bakri : Motif dan gaya hidup berubah. Ikatan kekeluargaan jadi longgar. Interaksi dan komunikasi dua-hala ibu bapa dengan anak jarang-jarang berlaku.
Goh : Benar gitu. Saya setuju. Anak terabai kurang dapat kasih sayang. Mereka lebih terdedah kepada pengaruh rakan sebaya. Amat sedih kita lihat banyak remaja terbabit dalam gejala sosial termasuklah kumpulan Mat Rempit, tunggang motosikal secara bahaya.
Bakri : Manalah nak ada semangat patriotik, nak harumkan nama dan imej negara melalui aktiviti berfaedah. Maksud saya, mereka tidak ada semangat juang dan jati diri yang tinggi.
Goh : Ya, di sinilah bermanfaatnya Program Latihan Khidmat Negara. Apabila dah terlatih ala tentera, barulah tertanam semangat juang demi kedaulatan ibu pertiwi tercinta.
Bakri : Ketahanan mental dan fizikal dapat dibina dan dipupuk melalui aktiviti badan beruniform. Aktiviti perkhemahan pergerakan pengakap misalnya Goh, dapat pupuk semangat kerjasama.
Goh : Yang penting encik Bakri, aktiviti itu dapat bina peribadi tinggi untuk terus prihatin membela negara biarpun remaja kita hadapi onak duri dan ranjau sepanjang perjuangan yang ditempuhi.
Bakri : Yang penting, hubungan keluarga perlu dipertaut kembali. Kempen budi bahasa dan nilai murni satu langkat konkrit bagi membina jati diri dan semangat patriotik.
Goh : Guru di sekolah patut merungkai sejarah perjuangan kemerdekaan.
Bakri : Sama-sama bertanggungjawab sebenarnya. Bagai aur dengan tebing. Jangan tuding jari kepada sesiapa. Sekarang masa kita bertindak. Jangan biarkan remaja kita semakin hanyut dalam mimpi indah kemewahan hidup.
Goh : Ibu bapa berperanan di rumah untuk menghela remaja kembali kepada semangat perjuangan melalui pemupukan semangat dan roh pejuang-pejuang masa lampau.

(451 perkataan)

ULASAN FORMAT DAN ISI DIALOG DI ATAS

1. Dialog di atas tertulis menurut format yang betul. Ertinya dialog lebih mesra, tidak formal, semacam perbualan biasa yang tidak memerlukan kemuncak ataupun klimak.
2. Klimak merujuki bahagian paling genting dan penting dalam cerpen ataupun novel.
3. Kedua-dua pendialog – Goh dan Bakri semacam saling sependapat daripada segi faktor penyebab dan langkah-langkah penyelesaian kepada kelunturan patriotisme dalam kalangan remaja kini.
4. Faktor-faktor penyebab dapat dianggap wajar dan rasional.
5. Begitu juga dengan cadangan-cadangan penyelesaian.
6. Panjang dialog berpatutan kerana tertulis dalam lingkungan 451 perkataan.

ULASAN ASPEK GAYA BAHASA DIALOG DI ATAS

1. Oleh sebab dialog soalan ini agak tidak formal sifatnya, maka bahasanya juga nampak kasual, mesra, dan ringan.
2. Penulis tidak menggunakan panggil kehormat tokoh yang terbabit kerana mereka barangkali sebaya satu sama lain.
3. Dialog begini hendaklah menggunakan bahasa yang singkat-singkat, ringkas-ringkas, dan mudah-mudah. Ada diselitkan peribahasa bagi mengindah bahasa.
4. Contoh : tak (tidak), nak (hendak), buktikan (membuktikan), dah (sudah), nak (hendak), gitu (begitu), pupuk (memupuk), dan bina (membina).
5. Dialog di atas kurang menggunakan kata seruan, seperti yang sepatutnya.

2 comments:

Anonymous said...

ni baru betul yang tadi tu saya baca dia punya nota je thanx dr

Syazwan Hakimi said...

Maafkan saya . Terdapat banyak kesalahan bahasa dan pengaturan ayat yang agak berterabur dalam dialog tersebut .