Wednesday, March 23, 2011

Karangan Jenis Dialog, Perbualan atau Wawancara

PENGENALAN
• Dialog, perbualan ataupun wawancara membabitkan percakapan dua atau lebih individu.
• Dialog ialah kata-kata yang dituturkan watak-watak dalam drama, teater, dan fiksyen seperti genre cerpen dan novel.
• Dialog juga terungkap dalam karya sastera berbentuk perbualan.
• Dialog juga berupa perundingan dan perbincangan dua pihak yang bertelingkah kepentingan seperti dialog lembaga ketua murid dengan murid.
• Perbualan yang berasal daripada kata dasar ‘bual’ bermaksud ‘bercakap-cakap atau bersembang-sembang mengenai isu tertentu sama ada ringan ataupun berat’.
• Perbualan lebih bersifat mesra dan tidak formal.
• Wawancara ialah soal jawab individu (biasanya pemberita ataupun wartawan) dengan tokoh berkepentingan bagi mendapatkan huraian, keterangan, pandangan, dan pendapat seumpamanya untuk siaran.
• Kata lain yang sama makna dengan wawancara ialah temu bual, temu ramah atau interview.
• Wawansabda juga bermaksud wawancara.

FORMAT KARANGAN JENIS DIALOG,
PERBUALAN DAN WAWANCARA

• Halaman kertas jawapan hendaklah dibahagi dua dalam keadaan ruang sebelah kiri lebih kecil daripada yang sebelah kanan.
• Ruang sebelah kiri untuk barisan watak (dialog karya sastera), yang bertanya dan yang menjawab pertanyaan (wartawan dan tokoh, dan yang mewawancarai dengan yang diwawancarai).
• Dialog dalam karya sastera tidak memerlukan pengenalan ringkas, seperti yang dituntut untuk perbualan dan wawancarai.
• Pengenalan untuk perbualan dan wawancarai hendaklah ditandai oleh sesuatu yang mudah, ringan, dan ringkas.
• Gunakan panggilan yang sesuai mengikut gelaran pangkat seperti Datuk/Datin, Encik/Cik, Tuan/Puan, ataupun menurut usia seperti tuan haji, mak haji, pak cik atau mak cik sebagainya.
• Gelaran cuma perlu digunakan pada bahagian awal, tidak perlu diulangi dalam tubuh perbualan ataupun wawancara.
• Mulai dengan pertanyaan yang mudah-mudah sebelum beransur-ansur berat dan payah dalam perbualan dan wawancara.
• Misalnya mulakan dengan bertanya khabar dan ucapan terima kasih kerana sudi berbual-bual dan diwawancarai.
• Tanyakan soalan bercorak ‘mengapakah?’ dan ‘bagaimanakah?’ dan jangan sekali-kali bertanyakan soalan sekadar memberikan jawapan ‘ya’ ataupun ‘tidak’.
• Akhiri perbualan dan wawancara dengan ucapan terima kasih.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Dr Ilias,

saya mohon pandangan dan nasihat daripada Dr tentang penulisan novel yang bergenre berat.

Saya bukanlah seorang penulis profesional, dan bukanlah berlatar-belakang pendidikan yang berteraskan kepada seni penulisan dan sastera.

saya mula meminati untuk menulis novel, dan ini adalah merupakan permulaan hobi saya yg terbaru.

Jadi, saya mohon pandangan dan nasihat daripada Dr tentang penulisan novel yang bergenre berat seperti Hamlet, Sense & Sensibility, Jane Eyre dan yang sehubungan dengannya.

Tetapi saya ingin lakukannya dalam bahasa Malaysia. Saya telah mencari di kedai2 buku, malah di internet sekiranya ada novel Malaysia yang bertemakan cerita sedemikian yang ditulis oleh penulis2 di Malaysia ini. Tetapi hampa.

Saya hanya ingin tahu bagaimanakah bahasa yang harus saya gunakan dalam penulisan novel tersebut kerna plot dan premise cerita saya telah ada.

Segala jasa Dr dalam memberikan pandangan dan nasihat amat saya hargai.

Terima kasih Dr Ilias.

ikhlas,
Sutera Ramakien

Anonymous said...

Dr Ilias,x de pun karangan dialog.Ini formatnya bukannya contoh saya nak contoh.