Jangan lupa hari ini hari pencalonan untuk pilihan raya kesepuluh Dewan Undangan Sarawak.
Ayuh, jom kita beramai-ramai mengiringi calon parti kita ke pusat penamaan calon, tanda sokongan moral secara padu kepada beliau.
Tak kiralah parti apa sokongan kita, DAPkah, PKRkah atau apa sahaja.
Semak betul-betul borang pencalonan. Jangan ada butiran tertinggal. Pihak lawan sentiasa mengintai peluang sebegini untuk diisytiharkan menang percuma.
The Sarawak state legislative assembly that was dissolved last March 21, 2011, has 71 seats, with Barisan Nasional (BN) winning 63 seats through Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PPB)(35), Sarawak United People’s Party (SUPP)(12), Parti Rakyat Sarawak (PRS)(8), and Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP)(8).
Opposition party DAP has six seats while Parti Keadilan Rakyat (PKR), and Parti Cinta Malaysia (PCM) account of one each.
Siapakah calon yang menang tanpa bertinding dan siapa lawan siapa, akan diketahui sebaik sahaja selesai urusan pencalonan kira-kira jam 11 pagi.
Kemudian bermulalah tempoh berkempan sehingga hari pengundian 16 April nanti, kempen yang diharapkan berjalan dengan lancar dan licin tanpa insiden tanpa diingini.
Dalam pada itu, pemilih sejumlah 979,796 orang perlu menyemak tempat pengundian masing-masing. Tetapi mengapakah sebegitu banyak undi pos? Jumlah besar sebegitu pastinya memihaki parti kerajaan.
Yang penting jangan sia-siakan hak anda sebagai pemilih. Rugi sahaja. Kemajuan tekonologi maklumat dan komunikasi memudahkan pemilih menyemak nama dan tempat pengundian, tidak macam dulu-dulu.
Oh ya, dulu-dulu ketika julung-julung kali pilihan raya persekutuan diadakan pertengahan tahun 1955, aku masih ingat bagaimana susahnya ejen pilihan raya hendak menyemak nama ayah dan emak dalam daftar pemilih.
Kami tinggal di Parit (2), Chikus, tetapi nama itu didapati terdaftar di Parit (4) sementara nama ayah di Parit (7), dan itupun sesudah bersusah payah dan telitinya ejen pilihan raya menyemak daftar pemilih.
Bukan banyak sangat pemilih ketika itu tetapi mengapakah terjadi kekecohan sampai sebegitu rupa? Jika dengan 52 kawasan parlimen sudah kecoh begitu, maka apatah lagi sekarang.
Tempoh berkempen menyaksikan calon dan penyokong kerajaan (UMNO) dan pembangkang (PAS) berucap berapi-rapi. Gaya pengucapan sebegini sudah ketinggalan zaman sekarang. Janganlah pakai lagi, buat tegang urat bereh dan sakit tekak dan suara sahaja. Ikutlah peredaran zaman.
Manifesto yang cantik di halaman art papers berwarna-warni sudah dianggap out-dated sebab pemilih kini bijak-bijak belaka, mereka mengaji tinggi-tinggi sampai universiti.
Tahun 1955 dulu lain, pemilih orang kampung tanpa pelajaran, tetapi oleh sebab gelora kemerdekaan begitu gemuruh mendampari pantai Laut China Selatan, menanglah Perikatan (UMNO-MCA-MIC) 51 daripada 52 kerusi dipertandingkan. Pas menang tunggal di Gunung Semanggul. Syukur alhamdulilah.Kita hendaklah mengsyukuri nikmat Ilahi.
B.A. Hons (Komunikasi) Kelas Pertama dengan Kepujian, Universiti Malaya M.A (Komunikasi dan Sastera), Universiti Malaya Ph.D. (Komunikasi, Sastera, Pemikiran Islam dan Sastera), Universiti Malaya e-mel: drilias_zaidi99@yahoo.com Tel. Bimbit: 017-2915101
Showing posts with label Semasa Kecilku. Show all posts

Tuesday, April 5, 2011
"Eheheh mengapakah boleh terjadi begitu?"
Friday, March 25, 2011
"Kami nampak hantu tak berkaki"
Momen itu berlalu dengan cukup pantas. Ratina mataku tersentuh dengan lembaga tinggi ragah tidak berkaki, sambil melambai-lambaikan tangannya.
Temanku, Isa juga nampak lembaga yang menakutkan itu. Lantas kami lari sekencang boleh, memutih tapak kaki yang tidak berkasut ketika itu.
Kami tercunggap-cunggap sebaik tiba di batas ban tali air yang mengalir deras. Tanah sawah sedang dikerjakan.
“Kaunampak lembaga itu tadi Isa?” aku bertanya.
“Nampak,” sahut Isa pendek, terbayang-bayang dalam kegelapan malam yang baru bertandang itu, wajahnya yang geruh. Takut, cemas, dan mengerikan! “Meremang bulu romaku dibuatnya,” sambungnya. Nafasnya sesak. Tercunggap-cunggap!
“Mengapa kau orang berdua lari meninggalkan aku?” Muhd Noor mengusik kesesakan nafas kami dengan pertanyaan.
“Kau tak nampak lembaga setinggi pokok buluh di kanan jalan tadi?” Isa bertanya.
“Tak. Ngapa ada hantu ke?”
“Ada. Sahih, kami berdua nampak,” tingkah Isa.
“Tak boleh dibuat kawan. Jika terjadi apa-apa kepadaku tadi, bagaimana?” tanya Noor.
Dia menuntun basikal. Ada tiga beg raga berisi buku sekolah di kiri kanan handle. Tiga pasang kasut putih sekolah juga tersangkut di situ.
Macam-macam kami dengar cerita ngeri di tempat itu. Masa zaman Jepun, banyak penduduk kampung menjadi mangsa kekejaman askar matahari terbit itu. Mayat mereka digantung di situ dalam keadaan kedua-dua belah kaki ke atas dan kepala di bawah.
Sekarang, Isa dan aku percaya benar akan kisah-kisah ngeri itu sebab baru sejenak tadi, kami melihatnya dengan mata kepala sendiri.
Dalam keadaan malam bertambah gelap dan hujan renyai-renyai, kami terus pulang. Kami bersekolah petang. Dua orang rakan jiranku itu, dah masuk empat tahun bersekolah di bandar Teluk Intan, masuk Special Malay Class (SMC) dua tahun dan setahun lagi darjah enam. Aku baru masuk Remove Class, atau Darjah Peralihan kata orang sekarang.
Sambil itu, kami bercerita. Isa meningkah: “Hantu langsuir, ya Lias?”
“Entah aku kurang pasti. Biasanya, langsiur hantu perempuan berlubang belakangnya, suka ganggu orang mengandung dan mengilai. Lembaga tadi diam saja,” balasku.
“Hantu aje, sudah, habis cerita,” celah Noor. “Yang kauorang nampak tadi hantu belukar”.
Roh jahat ada di mana-mana. Ada hantu belukar yang kami nampak sebentar tadi. Hantu-hantu penunggu seperti hantu tanah, jembalang, hantu puaka, hantu sungai, ah, macam-macam lagi, ngeri aku menyebutnya. Lembaga yang melambai-lambai tadi agaknya hendak mengajak kami menjadi hantu belukar tinggal bersama-samanya.
Pekan Senin, kata penduduk kampung sekitar, memang berhantu, kesan medan pertempuran pahlawan setempat dengan askar Jepun dulu!

Monday, March 14, 2011
"Angkara Sebiji Buah Durian"
Sesekali aku menjengahi kampung kelahiran tempat aku dibesarkan dan mengaji sekolah rendah dengan memandu kereta gah, berjenama, lagi berpretij seperti Honda di sebelah, sekali-kali itulah pula, aku terusik dengan kenangan nostalgia masa kecilku.
Nostalgia itu lebih memilu dan menghiris jantung hati lagi apabila bersalaman dan memohon ampun dan maaf daripada Wan Cu, adik bongsu papa semasa menyinggahi rumahnya.
Bapa dalam usia lewat lapan puluhan dan ibu awal tujuh puluhan, sudah lama meninggal dunia, moga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi.
Kutatapi wajah ayah Cu yang sudah hampir 90 tahun usianya sedang terlantar, ketika itulah pula Wan Cu menitis air mata lalu bersuara putus-putus “Aku minta ampun banyak-banyak Lias kerana banyak mengasari engkau masa kecik-kecik dulu”.
“Buat apalah nak dikenangi peristiwa lama tu, tidak ada budak yang tidak nakal, dan tidak ada orang tua yang kacak dan tampan. Memang saya dah ampunkan dan maafkan perilaku Wan Cu dulu-dulu tu,” semacam berat suara itu hendak keluar daripada rekahan bibirku.
Wajah Wan Cu masih jernih dan tenang seperti dulu, wajah bersolat sunat tahjud, dalam ingatan masih mekar, tidak seperti suaminya, yang dapat kukatakan sudah nyanyuk, ingatan sudah luput sehingga diriku yang sudah berusia 66 tahun inipun tidak dikenalinya.
“Lias … Lias … Lias,” kata Wan Cu kuat-kuat di cuping telinga. Ayah Cu mampu menyeringai sahaja.
Semasa kecil, aku memang terkenal nakal. Emak saudaraku yang seorang lagi (arwah, moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya) pernah merotani kakiku beberapa kali kerana lewat tiga petang baru pulang dari sekolah. Bondaku tersayang yang membuat aduan.
Aku pernah merosakkan bubu orang semata-mata kerana sakit hati tetapi kemudiannya, bubuku pula dimasuki seekor ular besar sehingga aku takut hendak mengambil ikannya.
Tetapi yang paling sedihnya, aku pernah menjolok durian muda milik Wan Cu. Kubelah dan betapa lemak isinya.
Wan Cu nampak kejadian itu lalu memarahiku semahu-mahunya. Setiba di rumah, bapa pula memantai aku dengan pelepah daun pinang. Aduh, sakitnya.
Kesalahanku itu berbalas kemudian apabila aku terhumban ke dalam batas ban yang dalam airnya ketika terlanggar seorang perempuan dalam perjalanan ke SekolahMelayu Chikus. Yang mula-mula kucapai dan dakapi ialah beg sekolah.
Ketika kutatapi wajah keruh Ayah Cu dan wajah tenang Wan Cu kini, aku merangkaikan semua peristiwa kenakalanku itu dengan keberanian dan kegigihanku belajar sehingga mendaki tangga kejayaan setapak demi setapak.
Kucium tangan Ayah Cu dan Wan Cu ketika hendak beredar pulang. “Wah hebat dan cantiknya kereta abang Yang,” sapa anak saudaraku ketika membuka pintu kenderaan. “Macam kereta orang muda-muda, penuh stail dan bergaya,” tambahnya sambil menyeringai.
Aku tersenyum selamba sambil melepasi brek tangan dan menginjaki minyak, pelan-pelan menggerakkan kenderaan meninggalkan perkarangan rumah ayah dan emak saudaraku itu. Moga Allah Ta’ala memanjangkan usia mereka dalam keadaan sihat walafiat! Amin!

Monday, March 7, 2011
Gila Gila Badminton
Kekalahan mengecut skuad badminton Malaya 4-5 kepada Indonesia pada pertandingan akhir Piala Thomas tahun 1958 menimbulkan keghairahan luar biasa dalam kalangan anak muda belasan tahun dan golongan remaja untuk merampas piala keagungan itu kembali.
Mereka semacam tidak dapat mempercayai kekalahan itu sebab negara mengungguli kejuaraan berprestij itu tiga kali berturut-turut sejak diperkenalkan di England pada tahun 1948-49. Malaya terus unggul pada kejohanan 1952 dan 1955, diadakan selang tiga tahun sekali.
Begitulah serata kampung, mukim, dan bandar terbina gelanggang badminton biarpun keadaannya serba tidak sempurna seperti sekarang.
Kalau dibandingkan dengan bola sepak, permainan badminton menuntut pengorbanan wang yang agak banyak bagi membeli buli tangkis selain jaring.
Ketika itu, aku yang baru berusia 13 tahun turut mengalami demam dan kegilaan badminton, tetapi apakan daya lantaran keluarga miskin dan langsung tidak menunjukkan minat, maka terpaksalah aku bereketkan papan nipis dengan anyaman tali guni untuk dijadikan jaring.
Rakan sebaya keturunan orang berada lebih bernasib baik dan bermain selesa dengan jaring dan reket berjenama. Mereka juga berkasut berjenama biarpun aku tidak pasti jenamanya apa, entah barangkali sudah ada jenama Nike, kasut popular permainan badminton. Entahlah.
Jika keadaannya begitu, anak muda dan remaja perlu berlatih bersungguh-sungguh seperti Datuk Lee Chong Wei yang terus unggul pada ranking pertama dunia, biarpun tidak pernah menang dengan pemain nombor satu China, Lin Dan.
Sejarah Piala Thomas, seperti dikatakan tadi, bermula di England apabila seorang dermawan, yang terkenal sebagai pemain badminton unggul, berhasrat hendak meninggalkan sesuatu demi kecergasan dan kehandalan generasi akan datang melalui badminton.
Nama hartawan itu ialah Sir George Alan Thomas, dan Piala Thomas dinamai sempena nama jagoan ini, menjanai arena badminton England buat lebih dua dekad lamanya.
Betapa tidak, dalam tempoh 1903 hingga 1927, Sir Thomas melakar sejarah kemenangan
melalui kejohanan All-England, termasuk bergelar juara empat tahun berturut-turut.
Kegilaan dan keghairahan berbadminton anak-anak kampung tadi tinggal begitu sahaja apabila skuad negara terus kecundang kepada Indonesia tiga tahun berturut tahun 1961 dan 1964.
Ketika itu aku sudah bersekolah menengah di Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan dan kemudian Sekolah Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur (1963-66).
Baru pertandingan akhir 1967, di bawah kepemimpinan Mohd Khir Johari, skuad negara dapat merampas Piala Thomas kembali sesudah berlaku rusuhan penonton memasuki gelanggang ketika Malaysia berkedudukan kukuh hampir pasti meraih kemenangan.
Kali terakhir skuad kita menang ialah pada 1972, dan sesudah itu komuniti global khusus peminat badminton menyaksikan pasukan China begitu bermaharajalela di gelanggang.

Thursday, March 3, 2011
Gila Gila Bermain Bola Sepak
Aku semacam masih merenungi titik-titik hujan turun condong-condong semasa bersekolah rendah bersama rakan sedesa, nun terletak jauh di pedalaman tidak lagi terhidu pembangunan, belum lagi tercium apatah terjamah kemajuan. Lama kelamaan, hujan kian melebat dengan angin dan guruh-petir saling bergenyitan menuntutiku berhenti bermain.
Oh, masakan terpangkis hasrat lalu menokhtahkan sepakan. Permainan sedang rancak. Petir mengenyit kini bertali arus dengan halilintar membelah sawah. Aku bercerita kepada cucu sulungku, yang mengalir deras tanpa henti-henti menghiliri sungai keazaman yang amat payah hendak betah. Si cucu seorang insan bertubuh gempal amat bangga dengan insan gagah semangat seperti datuknya. Yang hadir dalam dirinya kini sebahagian besarnya diwarisi daripada peribadi unggul sasa diriku sendiri.
Kasihan pada datuk, persis si cucu pernah berbicara. Kisah keliatan semangat dan cita-citaku hendak menjadi pemain bola sepak supermokh bertali arus kepada anakku. Wajah retak seribuku dalam kesenjaan usia melepasi angka 70 tahun, memanifestasikan kesedihan terperosok damai di hujung tanjung.
Aku menginjaki kisah lama ketika kenderaan anak keduaku itu meratai rerumput tepi jalan kampung. Kiri kanan sawah bendang sedang diusahakan dengan gegenang air beriak cantik persis fatamorgana di tengah-tengah lebuh raya bertar dalam sinar keras suria di puncak ubun.
Akhirnya tenaga keupayaan kenderaan si anakku terkuis mati persis lampu gaselin kehabisan minyak. “Di sana tu, atuk bermain bola sepak dengan kawan baik atuk, Ayub namanya.”
Kekuatan ingatanku terimpuls daripada ruang mental yang tetap ligat bekerja. Aku tidak peduli radang kemarahan orang tuaku. Jika hendak merdeka, mesti kerja keras. Sawah bendang yang mengeluarkan ulas-ulas padi ranum, perlu diusahakan.
“Main bola ni kerja orang gila,” gerutu ayahku, pasti mengisyarat impuls dalam fakulti akal-fikirku kepada roh dan semangatku. Kening hitam lebatku terangkat semacam terolengnya kenderaan si anak meledani jalan berlubang di kampung kelahiranku.
Ah, pandangan si orang tuaku tidak wajar dipayungi. Tidak kira waktu, halaman ruang tanah pusaka dijadi medan permainan dan kejuaraan. Ketenangan si ayah selalu cair apabila getah sekerapnya selalu hilang daripada tong pungutan. Sinar harapannya mendapat duit belanja dapur.
Aku gumpal-gumpal sekerap menjadi sebiji bola. Hatiku, gerutuku sesudah menginjaki kerusi kenderaan semula, amat gembira, ya, terlalu gembira demi ratina mataku terus tersentuh dengan wajah Ayub, berbadan gempal. Kami sebaya.
Rakan-rakan sebaya disepakati dan mampu membeli sebiji bola. Tanah sawah yang kering kontang selepas musim tuaian, menjadi gelanggang permainan. Aku berusaha mencari buluh, dikerat-kerat dijadikan tiang dan palang gol. Tiap-tiap petang, kami bermain, tidak kira hujan tidak kira panas, tidak kira penat-lelah atau cergas-pantas, suara-suara berbauran meriuh suasana, menghingarkan detik momen agak panjang dan malah melelahkan harapan si ayah kepada pertolonganku di sawah.
Malam bersejarah itu, aku tertidur di situ, di atas pohon setinggi rumah dua tingkat. Si tedung yang kempunan nampak macam singa lapar lalu melonjakkan kepalanya, ekornya sahaja yang tercecah di bumi. Hampir sahaja aku hendak menyepaknya seperti bola ketika ayahku tiba bersama beberapa individu penduduk, siapsiaga dengan andang dan suluh. Ikut telekan bomoh ditemui si ayah, kononnya aku disoroki hantu.
Aku terasa benar akan tragedi yang menimpai dunia bola sepak apabila penonton merusuh membakar stadium mengorbankan ribuan insan tidak berdosa ketika pertandingan El Salvador dengan Honduras pada Jun 1969. Seingat-ingatku, tragedi paling dahsyat sehingga meletus rusuhan bulan Mac 1990 ialah perlawanan kelab Dinamo Zagoreb dengan Red Star Belgrade. Ngeri aku mengingatinya kerana semata-mata sebiji bola terbadik, perang Yugoslavia meledak. Bahang perang dahsyat kian membarai kakiku. Begitu cepat manusia lupa!
Tetapi aku tidak pernah lupai sejarah. Asalnya bertitik tolak daripada permainan harpaston, pada zaman Greek purba, tahun 2500 SM. Haspaston banyak disebut dalam karya sastera klasik, sejenis permainan kasar dan ganas. Gol dikira apabila bola melepasi gawang.
Bola sepak moden dipercayai berasal dari England pertengahan abad ke-19. Sukan ini cepat popularnya sehinggalah awal 1800-an, tujuh sekolah awam utama di England bermain bola sepak termasuk Eton, Harrow, dan Winchester. Daripada segi peraturan dan undang-undang permainan, pelajar Cambridge yang merintisinya (1848), sehingga tertubuhnya Persatuan Bola Sepak England di London pada 1863. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA dibentuk pada 1904 oleh wakil Peranchis, Belgium, Denmark, Belanda, Sepanyol, Sweden, dan Switzerland. Kini, keanggotaannya sudah mencecah angka 200 negara.
Pertandingan Piala Dunia sulung berlangsung pada 1930. Kini Piala Dunia semakin popular, meletakkan bola sepak sebagai permainan tersusur di dunia. Aku berpeluang buat julung-julung kalinya menyaksikan pertandingan akhir di antara England selaku tuan rumah dengan Jerman Barat, pada 1966. Ketika itu aku belajar dalam Tingkatan Enam Atas, menonton sendirian di rumah guru warden, Cikgu Baharin namanya, di Sekolah Alam Shah, Cheras. Gol penyamaan penuh kontroversi 2-2 jaringan pasukan England mengheret permainan kepada masa tambahan, menyaksikan England akhirnya menang 4-2. Mulailah aku secara sungguh-sungguh meminati pertandingan bola sepak peringkat antarabangsa. Pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, England pula diaibkan Jerman apabila tewas 2-4, sesudah jaringan satu golnya tidak dikira pengadil Hungary biarpun melepasi garisan gol.
Begitulah bola sepak dapat mengangkat martabat bangsa dan negara, khususnya Brazil dan Argentina. Kepada rakyat kedua-dua negara, bola sepak semacam hidup mati buat mereka. Pemain handalan tetap menjadi idaman dan pancingan kelab terkemuka di UK seperti Manchester United, Arsenal, dan Chelsea, dan di Sepanyol seperti Barcelona dan Real Madrid. Biar apapun, MU menjadi buruan jutawan dunia sehingga Sir Alex Ferguson, didakwa sebagai pengurus dan jurulatihnya terkaya di dunia. Justru tidak hairan apabila Manchester United has one of the biggest following in Asia. As the official low fare airline for Manchester United, AirAsia hopes to create opportunities and exciting avenues to reach out and connect with MU's loyal fan base in Asia. “As such, it is only befitting that we dedicate the aircraft to all the Manchester United Fans in Asia." said Dato' Tony Fernandes, Group CEO, AirAsia Berhad.

Subscribe to:
Posts (Atom)