Tuesday, April 5, 2011

"Eheheh mengapakah boleh terjadi begitu?"

Jangan lupa hari ini hari pencalonan untuk pilihan raya kesepuluh Dewan Undangan Sarawak.
Ayuh, jom kita beramai-ramai mengiringi calon parti kita ke pusat penamaan calon, tanda sokongan moral secara padu kepada beliau.
Tak kiralah parti apa sokongan kita, DAPkah, PKRkah atau apa sahaja.
Semak betul-betul borang pencalonan. Jangan ada butiran tertinggal. Pihak lawan sentiasa mengintai peluang sebegini untuk diisytiharkan menang percuma.
The Sarawak state legislative assembly that was dissolved last March 21, 2011, has 71 seats, with Barisan Nasional (BN) winning 63 seats through Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PPB)(35), Sarawak United People’s Party (SUPP)(12), Parti Rakyat Sarawak (PRS)(8), and Sarawak Progressive Democratic Party (SPDP)(8).
Opposition party DAP has six seats while Parti Keadilan Rakyat (PKR), and Parti Cinta Malaysia (PCM) account of one each.
Siapakah calon yang menang tanpa bertinding dan siapa lawan siapa, akan diketahui sebaik sahaja selesai urusan pencalonan kira-kira jam 11 pagi.
Kemudian bermulalah tempoh berkempan sehingga hari pengundian 16 April nanti, kempen yang diharapkan berjalan dengan lancar dan licin tanpa insiden tanpa diingini.
Dalam pada itu, pemilih sejumlah 979,796 orang perlu menyemak tempat pengundian masing-masing. Tetapi mengapakah sebegitu banyak undi pos? Jumlah besar sebegitu pastinya memihaki parti kerajaan.
Yang penting jangan sia-siakan hak anda sebagai pemilih. Rugi sahaja. Kemajuan tekonologi maklumat dan komunikasi memudahkan pemilih menyemak nama dan tempat pengundian, tidak macam dulu-dulu.
Oh ya, dulu-dulu ketika julung-julung kali pilihan raya persekutuan diadakan pertengahan tahun 1955, aku masih ingat bagaimana susahnya ejen pilihan raya hendak menyemak nama ayah dan emak dalam daftar pemilih.
Kami tinggal di Parit (2), Chikus, tetapi nama itu didapati terdaftar di Parit (4) sementara nama ayah di Parit (7), dan itupun sesudah bersusah payah dan telitinya ejen pilihan raya menyemak daftar pemilih.
Bukan banyak sangat pemilih ketika itu tetapi mengapakah terjadi kekecohan sampai sebegitu rupa? Jika dengan 52 kawasan parlimen sudah kecoh begitu, maka apatah lagi sekarang.
Tempoh berkempen menyaksikan calon dan penyokong kerajaan (UMNO) dan pembangkang (PAS) berucap berapi-rapi. Gaya pengucapan sebegini sudah ketinggalan zaman sekarang. Janganlah pakai lagi, buat tegang urat bereh dan sakit tekak dan suara sahaja. Ikutlah peredaran zaman.
Manifesto yang cantik di halaman art papers berwarna-warni sudah dianggap out-dated sebab pemilih kini bijak-bijak belaka, mereka mengaji tinggi-tinggi sampai universiti.
Tahun 1955 dulu lain, pemilih orang kampung tanpa pelajaran, tetapi oleh sebab gelora kemerdekaan begitu gemuruh mendampari pantai Laut China Selatan, menanglah Perikatan (UMNO-MCA-MIC) 51 daripada 52 kerusi dipertandingkan. Pas menang tunggal di Gunung Semanggul. Syukur alhamdulilah.Kita hendaklah mengsyukuri nikmat Ilahi.

No comments: