Kunjungan ke Miri baru-baru ini sesudah dua dekad berlalu, mendepani pandangan saya kepada pembangunan cantik lagi pesat bandaraya kedua terbesar Sarawak ini yang menjadi pintu masuk ke kawasan utara pusat peranginan dan pelancongan, dalam kemasyhuran perut buminya kaya dengan sumber minyak dan gas asli.
Terima kasih pastinya terhulur kepada Syarikat Penerbangan AirAsia atas khidmat terbilang tambang murah yang dihulurkan kepada penumpang dan pedagang Timur dan Barat khususnya yang kerap berulang-alik ke destinasi menakjubkan ini.
Betapa tidak, dengan syarikat penerbangan bujet inilah, kejauhan rakyat Semenanjung dengan Sarawak khusus Miri dan Sibu dapat didekatkan sementara kedekatan hubungan sesama penduduk pelbagai kaum dan etnik dapat diintim dan dimesrakan.
Pelancong dan perdagang yang kerap singgah pastinya kerana urusniaga bersabit dengan minyak dan gas sudah tentu tersentuh dengan kepelbagaian etnik menganyami kesantunan dan kepaduan melalui jaringan masyarakat Melayu, Cina, Iban, Melanaus, Bisayas, Orang Ulus, dan Bidayuh.
Rata-rata penduduk asal di sini ialah Melanau tetapi kepesatan industri minyak, Miri terus menjadi tumpuan dan buruan sehinggakan lebuh raya menujui pusat bandar raya ada waktu-waktunya sesak macik sehingga terpaksa mengambil jalan susur luar ke lapangan terbang.
Pelancong tidak menghadapi masalah lagi seperti dulu dari segi penginapan sebab sudah banyak hotel bertaraf antarabangsa terdiri gagah semacam mercu tanda Miri, menjanjikan layanan mesra lagi santun. Kawasan perumahan baru terbina cantik seperti terbukti di Lutong Baru.
Masjid dan Geraja yang terbina bersebelahan satu sama lain adalah satu lagi keunikan dikesani di bandaraya Miri, jarang-jarang berlaku di tempat lain di seluruh pelosok negara, manifestasi ketoleransi beragama dalam kalangan rakyat.
Pastinya yang mengusik fakulti akal-budi ialah khutbah Jumaatnya yang kemas, padat, dan jitu, mengupas isu semasa dengan maksud tidak mahu meminggirkan umat Islam daripada arus perdana komunikasi semasa.
Barangkali kerana tumpuan penduduk sebegitu rupa khususnya komuniti Eropah, pemastautin setempat dan pelancong juga bersungut tentang kemahalan harga bahan makanan dan dalam beberapa hal agak sukar pula hendak mencari restoran Islam.
Oleh-oleh yang dibawa pulang pastinya kek lapis Sarawak dan terobok asing, relatif murah harganya, yang apabila sampai di pasar-pasar raya Kuala Lumpur, sudah mencecah RM50 lebih satu.
Terima kasih sekali lagi kepada AirAsia kerana layanan istimewanya kepada penumpang khusus golongan kurang upaya. Layanan istimewa ini tentunya sentiasa mengusik dan meruntun hati penduduk Semenanjung berkunjung ke mana-mana dengan pesawat istimewa ini, atas nama rasa kekitaan yang terpupuk untuk saling mengenali budaya, nilai, dan resam hidup rakyat pelbagai kaum dan etnik. Justru, bandaraya Miri pasti terus pesat dan cantik membangun!
Jom kita sekali lagi ke Sarawak khusus Miri dan Sibu esok (Rabu: 6 April, 2011) kerana dapat menyaksikan suasana penamaan calon pilihan raya kesepuluh Dewan Undangan Negeri, bakal berlangsung pada 16 April nanti.
Pilihan raya kali ini dikatakan hebat kerana Barisan Nasional terpaksa menghadapi saingan sengit parti Pembangkang,khusus DAP. Tengoklah esok, siapa lawan siapa.
DAP had announced its 15 candidates including seven new faces, to contest in the Chinese-majority areas while the Sarawak National Party (SNAP) on Saturday announced the list of 27 candidates for the upcoming state election.
The SNAP’s president Edwin Dundang said that his party had avoided Malay-Melanau and Chinese-majority constuencies out of respect for the electoral pact with DAP, PKR, and PAS.
As such, he would urged voters in the constuencies SNAP is not contesting in, to give their full support to the parties.
He said that despite the failure to conclude negotiations with PKR, SNAP is still hopeful of finding an armicable solution.
No comments:
Post a Comment