• Isi ceramah mantap dan tuntas.
• Isi-isi yang diutarakan ialah penyediaan bajet perbelanjaan, perancangan awal, jangan terlalu boros tetapi sebaliknya bersikap sederhana, wang lebihan dapat disimpan di bank yang sesuai demi masa depan dan pendidikan anak-anak, dan jangan terlalu terpedaya dengan tawaran harga atau harga runtuh.
• Susunan isi diucapkan menurut kepentingan dan kronologi.
• Penceramah mendahului ucapannya dengan memetik peristiwa ‘hari tidak berbelanja’ dan kesan-kesannya anjuran FOMCA.
• Kemudian baru penceramah memuliakan majlis dengan kata-kata sambutan dan penghadapan.
• Urutan berikutnya ialah makna dua diksi iaitu ‘hemat’ dan ‘nikmat’, kerana kedua-duanya saling berangkaian dan berkaitan, memberi makna satu sama lain.
• Sebagai kesinambungan, penceramah mengulangi peristiwa ‘hari tidak berbelanja’ yang dimukadimahkan, tetapi kini lebih kepada keberhasilan penurunan harga barang keperluan akibat pemantauan pihak berkuasa.
• Ceramah diakhiri dengan penutipan puisi Imam al-Ghazali, contoh yang relevan bagi berbelanja secara berhemat untuk hikmat tidak terhingga.
• Kutipan ini relevan sebab dalam perenggan sebelumnya disebutkan pengguna terpaksa menanggungi beban hutang akibat berbelanja secara tidak berhemat.
• Penceramah mengakhiri ucapannya dengan harapan agar hadirin dapat mengambil ikhtibar daripada isi-isi ceramahnya.
• Memang wajar apabila ceramah diakhiri dengan serangkap pantun.
ULASAN GAYA BAHASA KARANGAN JENIS CERAMAH
Pengucapan gaya bahasa cantik dan indah sesuai sebagai bahan ceramah bermutu tinggi lagi tuntas.
Bahasanya berupa gabung jalin yang mudah dengan yang payah kerana ada maksud pada lapisan kedua.
Namun begitu, secara keseluruhannya, gaya bahasanya mudah sebab berada pada tahap keterbacaan mudah difahami.
Yang berada pada tahap kedua maknanya ialah petikan baris-baris puisi Imam al-Ghazali.
Al-Ghazali menyifatkan dirinya sebagai sebutir mutiara yang keluar dari sarungnya. Selama ini sarung merupai penjara dalam keadaan memenjara hidupnya dalam keadaan duka nestapa.
Pada lapisan kedua, al-Ghazali menyifatkan dirinya sebagai seekor burung dan jasad sebagai sangkarnya yang memenjara dirinya. Begitulah hasilnya apabila hari ini beliau berpesta dengan para auliya’ di tempat yang tinggi.
Tindakan boros berbelanja memaksa penanggungan hutang yang banyak sehingga jasad sebagai sangkar yang memenjara diri.
Mesejnya, pengguna perlu berbelanja secara berhemat untuk meraih hikmat yang tidak terhingga.
Bahasa ceramah ini juga luas melalui proses normalisasi seperti contoh yang digarisi dalam karangan.
No comments:
Post a Comment