PUTRAJAYA : Gold bars and bags of cash containing up to RM600,000 have been discovered in the homes of several Customs officers during raids by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).
Other ill-gotten stash included luxury watches and posh cars.
The MACC seized millions of ringgit from at least five of the 62 Customs officers arrested to date in a series of raids over under-declaration of duties and tax evasion.
MACC investigation director Datuk Mustafa Ali said a Customs director arrested last Tuesday had millions of ringgit spread over several bank accounts.
Another officer had almosot RM1 mil in his bank account.
Two others had between RM500,000 and RM850,000, he told a press conference yesterday (April 2, 2011).
“Harapkan pagar, pagar makan padi, begitulah bunyi peribahasa Melayu, yang tidak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan.
Maksudnya amat mudah iaitu “dikhianati oleh orang yang dipercayai”.
Dalam surah an-Nisa ayat 58, Allah Ta’ala berfirman bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya”.
Apakah maksud amanah? Maknnya ialah menurut Kamus Dewan: Sesuatu yang dipercayakan kepada orang (untuk disimpan dan sebagainya) ataupun kepercayaan yang diletakkan kepada seseorang”.
Pegawai dan kaki tangan kastam ialah penjawat awam. Mereka dipertanggungjawabkan untuk mengutip cukai bagi barangan yang diimport atau dieksport. Hasil kutipan itu diserahkan kepada kerajaan untuk tujuan pembangunan demi kepentingan rakyat seluruhnya.
Apabila menggelap dan menyelewengkan cukai seperti kutipan berita di atas, maka tidak amanahlah namanya.
Perihal 62 pegawai kastam yang ditangkap menunjukkan kerjasama dan saling bertolong-tolongan sesama mereka dalam aktiviti rasuah yang menjijikkan ini. Hal demikian ini terkutuk laknat pada ajaran Islam seperti firman Allah Ta’ala dalam surah al-Maa’idah ayat dua bermaksud:
“ … Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggari perintah-Nya).”
Maka teringatlah hamba akan peristiwa kira-kira 30 tahun lampau, lebih persis tahun 1980, apabila luggage hamba diperiksa anggota kastam di lapangan terbang antarabangsa Subang, sebaik hamba mendarat dari Jakarta.
Gara-gara sekotak rokok kretek, seorang pegawai mengarahkan kaki tangannya memeriksa luggage hamba dengan sekeras-kerasnya. “Periksa betul-betul,” katanya bengis dan angkuh, lagak pegawai kastam berautoritas.
Demi terbuka sahaja beg besar, dan sebaik sahaja matanya tersentuh dengan buku-buku yang memberati luggage hamba, pegawai berkenaan beredar pergi, macam malu-malu kucing rupanya. Maaflah, bukan tangan bersih ini hendak dikotori dengan rasuah. Malah, hamba dibenarkan beredar tanpa sesen pun perlu membayar cukai kastam.
No comments:
Post a Comment