Secara umum dapat dikatakan bahawa faktor-faktor dalaman dan luaran mempengaruhi seseorang pemilih ketika mengundi bagi satu-satu pilihan raya. Faktor dalaman berkaitan dengan diri pemilih itu sendiri sementara faktor luaran merujuki keadaan persekitaran pengundi seperti pergolakan semasa dan diri pemimpin yang bakal dipilih.
Antara faktor dalaman ialah tahap pendidikan, etnik dan agama, pengalaman, pengetahuan serta pendedahan. Tahap pendidikan memang boleh mempengaruhi pemilih. Kian tinggi tahap pendidikan dan pengalaman pemilih, maka kian matang dia boleh berfikir untuk membuat pilihan yang tepat, bijaksana, lagi rasional.
Ambil sahaja, pilihan raya negeri Sarawak, dijadualkan pada 16 April ini, sebagai contoh. Pemilih keturunan Cina berpendidikan dan tergolong sebagai kelas menengah, tidak begitu mudah dipengaruhi dengan janji-janji kosong, sebab rata-rata mereka tahu menggunakan hak mengundi secara bijaksana lagi rasional.
“Members of the urban Chinese middle-class in the state have grown acutely aware of the power of their vote,” said Joceline Tan in her column “Analysis” yesterday (April 2, 2011).
She also quoted Dr Jeniri Amir, a political analyst from Unimas, as saying : “I have been around Sarawak the last one month. It will be uphill for SUPP because the Chinese have issues with the Chief Minister and a lot of questions about the transition of power”.
The two Chinese arch-rival parties – DAP and SUPP – are in a crucial battle for some 15 Chinese-majority battle seats.
These seats are clustered around capital city of Kuching, the oil town of Miri, and Sibu, the town that was built with timber money.
The DAP’ Sarawak under its leadership, Wong Ho Leng is apparently confident of winning at least 10 seats this time, in order to give a more stronger opposition in the State Legislative Assembly.
Oh the other hand, SUPP, which have lost seven of 12 seats it contested in the 2006 state polls is in danger of losing more ground in the coming polls.
Faktor tahap pendidikan yang rendah memudahkan pemilih dipengaruhi oleh pemilih yang lain ataupun cepat terpengaruh dengan janji-janji manis calon yang bertanding serta ejen-ejennya.
Pemilih juga dipengaruhi oleh faktor etnik dan agama. Mereka yang beragama Islam lebih cenderung memilih pemimpin yang beragama Islam serta mempertikaikan pemimpin daripada kalangan etnik dan anutan agama lain.
Pengalaman seseorang pemilih turut menjadi faktor penentunya. Kematangan dan keluasan pengalaman pemilih memudahkannya membuat pilihan berdasarkan rekod cemerlang seseorang calon dan parti yang diwakilinya. Pengalaman peribadi pengundi terhadap pemimpin yang bertanding semula, khususnya yang bertanding sebagai calon bebas, banyak mempengaruhi kejayaan ataupun kegagalan pemimpin berkenaan.
Tidak kurang juga pentingnya faktor pendedahan pemilihan kepada isu semasa seperti yang didedahkan oleh media massa. Misalnya pemilih yang intelektual, rasional dan mengikut perkembangan semasa yang informatif ini pastinya memilih calon yang benar-benar bewibawa sesuai dengan manifestasi pilihan raya parti yang diwakilinya.
“Tan Sri Abdul Taib Mahmud’s 30 years in power and his family’s dominance in the local economy have become the lightning rods for the Chinese,” said a political analyst.
She went on to day that : “The lingering issues over land, Chinese schools and the Bible controversy and you have a Chinese ground that is ripe for picking”.
No comments:
Post a Comment