Pusingan ketiga dan keempat agak mudah melalui ace demi ace yang kuperkejap melalui latihan bimbingan ayah sebelah paginya.
Angin silir-semilir ketika jam menunjukkan angka dua petang cukup memihakiku untuk menolak bola melepasi gelanggang lebih-lebih lagi ketika aku mendepani warisan Novak Djokovis dari Serbia dan Nikolay Davydenko dari Rusia.
Yang sengit peringkat suku akhir apabila aku terpaksa mendepani lawan yang cekap bermain di gelanggang tanah liat. Ototnya kejap dan pukulannya mantap lagi deras melepasi 110 batu sejam.
Sekali lagi aku teringat pesanan ayah “Kekuatan fizikal dan mental perlu seiring dalam apa juga permainan”.
Ketika di UK, nasi jarang-jarang menyentuhi perut. Yang ketaranya roti dan susu. Sejak kecil lagi, seingat-ingatku, ayah dan ibu menyusuiku dengan susu Dutch Lady. Khasiatnya banyak. Protein dapat membantu pembinaan tisu dan penting bagi pertumbuhan badan. Sebab itu, lihatlah sendiri betapa pejalnya otak pergelangan tanganku, eset ketika berada di tengah-tengah gelanggang tenis.
Nah, kalsium pula jelas membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Tulang beriringan dengan otot kuat dapat menderas gerakan kakinnya berkejar ke serata gelanggang bagi menyambut bola tenis hantaran lawan.
Apa pula kurangnya dengan Vitamin B2, yang diperlukan bagi pembebasan tenaga diperoleh daripada karbohidrat, protein, dan lemak dalam makanan.
Lemak berlebihan pasti membuncitkan perut, dan mana layak menjadi pemain tenis handalan seperti diriku kini meskipun baru pada tahap remaja.
Sebagai susu rendah lemak dan kalsium tinggi berkhasiat, Dutch Lady, semacam memberi semangat menentangi lawan sengit peringkat suku akhir. Potretnya kutampal di bilik. Aku tatapi wajahnya untuk menaikkan semangat juangku.
Dia menewasiku dengan pantas pada peringkat suku akhir kejohanan remaja terbuka Peranchis, gelanggang tanah liat yang selalu mengelincir langkah untuk mengejar bola di segenap penjuru gelanggang.
Kini langkahnya pula selalu tersasar, memburu bola akibat jangkauan tidak kena dan perhitungan tidak tepat. Nyata gelanggang rumput bukan keserasian gerak kaki dan larian deras lawan dari Portugis itu, kuasa penjajah pertama menginjaki bumi bertuah Melaka.
Aku dapat pula mengekang asakan Henman Jr. di tengah-tengah tepukan gemuruh yang bertali arus pada set ketiga. Kemudian pada set penentuan aku berhadapan dengan kemelut apabila lawan berusia 15 tahun itu mengheret perlawanan ke tie break, semacam terikatnya rundingan kemerdekaan Sabah-Sarawak melalui Malaysia 1962.
Benak sanubariku sudah berkira-kira melonjak keriangan, kilauan piala rebutan sudah terbias ke wajah geruhku. Ah, hati, jangan harapkan sangat akan sesuatu yang belum pasti!
Pukulan service ace yang begitu tajam memudahkan aku menundukkan warisan Federer Jr. pada peringkat separuh akhir semalam. Aku banyak mendapat mata di jaring, berhemat dan berhemah ketika memukul bola tinggi, menyahkan hukuman unforce errors.
Salam benua terhulur melalui tepukan gemuruh apabila aku dapat mengejar mata demi mata sehingga memenjarakan hati dan perasaan lawan dengan kemenangan 7-4 pada tie break. Aku rebah di tepi gelanggang, membangunkan kapur putih penanda garisan.
Tanpa disedari, kumenangis teresak-esak ketika menerima piala kemenangan sambil membayangkan Jalur Gemilang berkibar megah menyambut kepulanganku bersama keluarga.
Perhitungan ini tenggelam ketika pintu pesawat MAS meluahkan badanku ke luar udara KLIA. Aku kaget hairan dan tertanya-tanya sendirian.
Di manakah pasukan kompang menyambut kejaguhanku? Semuanya sepi! Ke manakah mereka pergi? Kakiku semacam lemah akibat perantauan jauh apabila mengeluari pesawat.
Piala Kejuaraan Remaja Wimbledon kudakap erat-erat! Semilir angin yang berpuput lembut menyejukkan hatiku!
B.A. Hons (Komunikasi) Kelas Pertama dengan Kepujian, Universiti Malaya M.A (Komunikasi dan Sastera), Universiti Malaya Ph.D. (Komunikasi, Sastera, Pemikiran Islam dan Sastera), Universiti Malaya e-mel: drilias_zaidi99@yahoo.com Tel. Bimbit: 017-2915101
Showing posts with label Cerpen Remaja. Show all posts

Thursday, March 10, 2011
"Dunia di Pergelangan Tanganku" (3)
"Dunia di Pergelangan Tanganku" (2)
Kun fayakun firman Allah Ta’ala dalam kitab suci al-Quran, surah Yasin, ayat 82. Undian sudah dijalankan dan aku akan memulakan servis dengan penuh keyakinan dan ketakwaan kepada Pencipta Sekalian Alam.
“Sesungguhnya keadaan kekuatan-Nya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanya Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu, ‘Jadilah engkau, maka ia terus menjadi’, dengan lafaz bismillah dan keazaman berpijak pada maksud ayat ini, aku memulakan servis. Ace demi ace dapat kucipta, syukur kupanjatkan kepada Ilahi.
Aku meletakkan bola betul-betul di titik pertemuan garisan belakang, memberi mata 15-0 untuk ace pertama dan seterusnya memenangi set pertama 6-2.
Permainan baru bermula, sorakan berpihak kepada pemain tuan rumah dan ejekan melantun kepadanya. Aku terpaksa melawan sorakan ribuan penonton dengan kekuatan batin menyahkan belenggu kuasa penjajah Barat.
Kesempatan terluang dalam studi Ph.D. dimanfaatkan ayah ibu untuk menelaah kitab suci al-Quran. Keluasan dan kedalaman ilmu kitab suci dibaca, dihalusi, ditelaahi, dan dihayati mereka, sedikit demi sedikit. Kekuatan ayat-ayat itulah yang hadir dalam diriku, memberi suatu pasakan kekisian perjuangan gigih, tempias daripada kesungguhan ayah ibu hendak menjadi al-hafiz bersama-sama selembar ijazah Doktor Falsafah.
Pertandingan masih panjang. Takbur amat dikutuki Islam. Ayahku mengajariku begitu.Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Aku tepat-tepat merenungi wajah lawanku apabila dia memenangi set kedua, menjadi kedudukan terikat satu-satu, persis terikatnya rundingan Tunku-Britain untuk mengkeramatkan 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan negara, seperti ceritera moyangku dalam catatan hariannya.
Kupalingkan pandangan kepada wajah ayah dan ibu. Wajah mereka memercikkan kegundahan jika aku terus melakukan double faults dan unforced errors. Servisku kali ini tidak berapa menjadi, terkandas di jaring ataupun melepasi garisan belakang untuk menerima hukuman double faults. Lebih malang apabila aku memukul bola ke jaring, yang tidak sepatutnya, bagi memberi mata mudah kepada lawan, terhukum akibat unforced errors.
Akal fikir dan renungan firasatku menggemuruhkan gelanggang utama dengan tepuk sorak serta kibaran Jalung Gemilang oleh kalangan penuntut Malaysia yang menjadikan Universiti Oxford dan Cambridge tempat penimbaan dan pengukiran ilmu atas nama kegemilangan minda kelas pertama.
Aku bangun daripada kekhilafan. Aku sedar daripada sintakan dan kejutan kilasan silang yang tajam lagi tepat daripada Herman Jr.
“Kekuatan fizikal dan mental perlu seiring dalam apa juga permainan.”
Pesanan ayah selaku jurulatihku sentiasa menjadi kekuda kekuatan diriku.
Begitulah, aku dapat menjinakkan Curia dari Argentina pada pusingan pertama. Kilasan lintang dengan letakan bola tepat di ruang kosong menjadi senjataku mematikan langkah lawan bernama Styvain Marconnet dari Peranchis pada pusingan kedua.
Penjajahan Paris ke atas Algeria menjana kudrat kilasanku memaksanya membuat kesilapan demi kesilapan, suatu pembalasan dendam atas nama khianat terhadap bangsa terjajah seagama denganku.

Wednesday, March 9, 2011
"Dunia di Pergelangan Tanganku" (1)
Latar waktu : Julai 2057
Latar tempat : Wimbledon
Aku hendak memaknakan kemerdekaan satu abad negaraku dengan mengungguli kejohanan tenis remaja Wimbledon. Azam ini sudah kupacakkan kukuh-kukuh dalam sanubari sejak menginjaki pesawat udara MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, berangkat bersama-sama ibu bapaku dengan iringan doa restu penuh syahdu.
Bawalah siapa sahaja daripada keturunan William Renshaw, atau Laurie Doherty, atau Renggie Doherty, aku tidak gentar. Ketengahkanlah warisan Fred Perry dari Great Britain atau Ken Rosewall dari Australia, atau Bjorn Borg dari Sweden, aku tidak gentar.
Tampilkan juga jaguh-jaguh sehebat Pete Sampras, Anthony Wilding, Rod Laver, dan Roger Federer, aku tidak takbur.
Kekuatan telaga batin dan teluk rasa yang hadir dalam diriku sudah cukup bersedia menghadapi persaingan sengit getir di ombak cabaran.
Sekarang aku terpacak di gelanggang utama Wimbledon. Dalam usia 12 tahun, keceriaan benar-benar menerjah tebing hatiku, mencengkam cabaran terakhir sebelum meraih kejuaraan. Di seberang gelanggang sudah tersedia lawanku, tegap sasa terpacak bagai tembok besi yang angkuh kukuh teguh, dengan keazaman sama.
Riuh-rendah tiap-tiap sudut gelanggang rumput ini, bagai sorakan untuk juara peserta tuan rumah, bakal dikalungi Henman Jr. Pertemuan ini semacam pertemuan rundingan empat mata perjuangan dan rundingan rombongan kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dengan Chin Peng, seperti diceritera moyang kepada datuk dan kemudian kepada ayahku sebelum diturunkan kepadaku.
Sentimen kebenuaan menyulit usaha pemupukan persefahaman sejagat biarpun perkampungan global selalu heboh dalam retorik bicara forum antara benua entah bilakah nokhtahnya.
Aku mengesani sentimen itu seawal cucu Tim Henman itu mendepangi dadanya memasuki gelanggang, di tengah-tengah gemuruh sorakan khalayak. Pemain muda tinggi lampai ini semacam hendak menebus kekalahan datuknya yang langsung tidak pernah melepasi pusingan kedua kejohanan Tenis Wimbledon akhir sembilan puluhan dan awal dua puluhan.
Al-kisah keturunanku orang baik-baik daripada jalur Raja Iskandar Zul-Karnain, pahlawan terkenal gagah lagi gah. Keturunan demi keturunan hingga sampai kepada Raja Suran. Perkahwinan baginda dengan puteri dari negeri bawah laut menguakkan tangisan tiga putera dinamai Nila Pahlawan, Krisyna Pandita, dan Nila Utama.
Berkat daulat ketiga-tiga putera raja serta keramat lagi bertuah bumi hijau hutan belantara Bikut si Gunung Mahamiru, memakmurkan rezeki pencarian berkat ketekunan gerak kudrat dan panjatan doa ke hadrat Ilahi, Wak Empuk dan Wan Malini. Padi mereka subur jadinya, berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan tembaga suasa, manifestasi daripada kegigihan membanting kudrat dan mencerna akal fikir memakmur rezeki diri dan negeri.
Bukan aku hendak memandai-mandai datang bertarung dengan gergasi dunia di sini. Aku sudah melepasi ujian mengungguli kejohanan, berkat keramatku bermain sejak kecil dengan anak jiran di Lancester, United Kingdom.
Setengah abad lampau, Roger Federer mengungguli kejohanan berprestij ini. Enam kali berturut-turut dia menjadi juara, mengalahkan kehebatan Bjorn Borg. Tahun keramat kemerdekaan seabad negaraku, kini aku terpaksa mendepani cucunya pada peringkat separuh akhir dengan kemudahan mudah, di luar jangkaan, justru terima kasihku kepada kehebatan acesku ketika membuat servis demi servis, sesuatu dominasi yang amat penting dalam pertandingan seperti ini.
Aku piut datukku, peminat setia dan sejati Roger Federer. Aku dilahirkan di bumi kuasa penjajah utama dari Barat ini ketika ayah ibuku menelaahi penemuan saintifik untuk selembar ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.). Ketika ubun-ubun masih lembut dalam usia tujuh tahun, hati kecilku terusik oleh sentuhan raket anak jiran. Namanya Roddick, menelusuri ingatanku kepada coretan datuk dalam hariannya, pemain tenis AS sezaman dengan Federer.
Kami sekeluarga berangkat pulang apabila ayah ibu meraih keputusan cemerlang lagi terbilang untuk ijazah mereka. Kemahiran bermain tenis terasa dengan Roddick memaknakan kehadiranku dalam kalangan warga Putrajaya. Cemuhan kuterima bersama-sama ejekan dan usikan yang tidak bertebing biar ke mana sahaja wajahku berpaling.
“Bukan bangsa kita dapat menerjah dunia dengan kejuaraan tenis. Belum ada pemain Asia dan Afrika yang mengungguli kejuaraan besar dan hebat seperti terbuka Australia, Peranchis, Wimbledon, dan AS,” sindiran itu masih terakam dalam rongga telingaku.

Friday, March 4, 2011
'Mimpi Budak Bola'
Dan aku menjerit sekuat hati. Aku mohon pertolongan. Jam berdetik lima kali ketika ketukan di pintu bilik tidurku menyapa gegendang cupingku.
“Kita mesti fokus babah! Kita mesti fokus jika nak berjaya,” kataku sebaik babah mengusapi ubun-ubunku. Kata-kata semangat babah sentiasa membarai jiwa-ragaku.
“Kau bermimpi ya? Jangan terlalu ingat akan mimpi datuk hampir dipatuk tedung, nanti Aimal akan alami mimpi serupa. Asyik dengan bola, dah tentu Aimal mimpikan bola.”
Aku menggesel-geselkan mata. Mata bundarku macam amat berat hendak dicelekkan. Pantas suaraku memangkas tingkah babah: “Ya, mimpi Aiman jadi hero. Kita juara babah. Aiman jaringkan gol tunggal pertandingan berprestij Piala Dunia. Malaysia cipta sejarah. Negara kita jadi jagoan.”
“Yalah tu!” sindir mama. Dalam keterangan cahaya, ratinaku menyentuh wajah babah dan mama di sebelah. Demi rasa malu yang menebali diri, aku lantas merebahkan diri kembali. Aku sedar bahawa dinihari sudah di tebingnya dan sejenak lagi azan subuh bakal berkemundang.
Aku sudah tidak ingat lagi akan nostalgia sejarah tempat babah pernah belajar. Babah yang hampir mencecah usia 45 tahun itu kini sudah membuka klinik psioterapi., pengubatan apa juga penyakit melalui kaedah psikologi.
Ketika sarapan, aku langsung tidak berani hendak menyapa wajah babah. Babah yang berambut ikal dan berbulu kening hitam lebat itu semacam menyindiriku. Mama pun sama.
“Bagaimanakah engkau boleh jadi juara, Aiman?” pertanyaan ini lebih menghiris hatiku, persis tersayat dan tersirnanya harapan pasukan bola sepak negara mengukir nama dan sejarah.
“Cuba ingat kembali butir-butir mimpimu dinihari tadi. Babah dan mama nak kongsi dengar. Mana tahu entah-entah babah dan mama juga bermimpi begitu!”
“Eh, malulah mama. Nanti, apabila Aiman cerita, abah dan mama tentu tak percaya”.
“Maksudnya?” sampuk babah sambil menyuap nasi lemak ke mulut.
“Benar babah, diri Aiman pasti Carles Puyol. Tidak ada pemain lawan yang mengawal, lantas Aiman rembat bola menyapa gawang penuh bergaya.”
“Tapi nama besar itu jagoan Sepanyol?”
“Benar babah, Sepanyol dan Belanda sama-sama nak buru gelaran pertama. Negara kita juga nak buru gelaran sulung. Aiman berjaya. Aiman hero”.
“Baik Belanda, baik Portugal, baik England, babah tak suka. Padankan muka rembatan Lambak melepasi garisan gol tidak dihitung masuk dek pengadil Uruguay. Dendam tahun 1966 sudah berbalas. England menyama kedudukan melalui gol kontroversi sehingga masa tambahan. London menewaskan Jerman 4-2 pada perlawanan akhir di Wembly. Atuk yang baru berusia 20 tahun, jijik benar tengok siaran langsung itu. Nenek moyang mereka pernah jajah negara kita ratusan tahun lamanya”.
“Aiman benci mereka,” semangat cinta akan negara-bangsa dalam diri datuk dan babah mengalir dalam diriku pula.
Babah bercerita tentang mimpi, melanguk aku mendengarnya, terpangkas aku hendak mencelahinya. Kata babah, mimpi tanggapan sedar daripada fantasi ataupun keinginan luar-sedar tidak telus dalam kehidupan nyata insan. Datuk berfantasi sebagai hero bola sepak negara lalu terbawa-bawa dalam mimpi hampir dipatuki ular tedung. Dahan pokok tinggi menyelamatkan datuk.
Aiman bermimpi sebagai jagoan bola sepak negara kerana fantasi Aiman begitu sejak sekolah rendah. Insan perlu bercita-cita tinggi dan berusaha ke arahnya. Aku mencelahi babah berbicara agar wujud interaktif antara kami dua beranak.
Pendapat babah teori takrifan mimpi Sigmund Freud. Babah menelaahinya dalam-dalam ketika mengkhusus pengajian dalam bidang psikologi dan kedoktoran. Asyik-asyik babah kaitkan ceritanya dengan kajian kes di kliniknya.
Lanjut babah dengan nada bersahaja: Tiap-tiap mimpi wakili keinginan yang nak dicapai. Jika nak jejaki profesion babah, Aiman perlu kerja keras. Semilir angin ketika suria baru saja melenyapi embun di hujung daunan, melembutkan hatiku kerana babah amat agresif dalam hujahnya, tak langsung beri peluang kepadaku untuk berespon.
Mimpi semacam wakil capaian imaginasi impian ataupun impuls masa kanak-kanak. Atuk mengimaginasikan jagoan bola sepak seperti supermokhtar. Ular tedung mahu dijadikan bola, digelecek dan disepak semahu hati ke seluruh gelanggang dan ruang.
Apa kurangnya Aiman? Aku menelusuri celahan ruang daripada kesempatan babah menarik nafas lega. Superhero Aiman lain. Tentunya Messi sentuhan berbiasa pasukan Argentina dan Kelab Bacelona.
Ha, Lionel Messi juga menyimpan hasrat terpendah di bawah sedar. Dia gigih berlatih. Dan terfokus macam Aiman kata dinihari tadi. Semangatnya tinggi. Tapi babah tertarik hati kepada ketenangan, kesabaran, dan keramahannya bermain.
Ada lagi, babah, dia tidak tamak ketika beraksi penuh bergaya di gelanggang. Tolakan dan sentuhan bola kepada rakan sepasukan amat cantik memudahkan sapaan bola kepada jejaring gawang lawan. Penjaga gol terkeliru benar akibatnya.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya gitu. Lebih tabah, bertawakal, dan penuh istiqamah. Hujah babah tenggelam lagi dengan takrif mimpi Freud. Katanya, dalam psikoanalisis, ego bahagian psyche iaitu minda-ruh, dalam keadaan sedarnya, banyak pengaruhi fikiran dan tingkah laku. Bahagian inilah berfungsi mengikat ‘prinsip realiti’.
Aku terdiam lagi melenyapkan harapanku hendak berinteraktif. Seperti agakan, babah bercerita pula tentang id. Tanpa id, ego gagal berfungsi sebagai identifikasi. Sikit-sikit tahulah aku apakah id, ego, dan superego. Id binaan model minda tak sedar mewakili naluri daya terhadap rangsangan impuls gratifikasi.
Babah merimbuni ilmu dalamanku bahawa kajian lebih moden menakrif mimpi sebagai penyingkapan tabir keasyikan secara sedar terhadap realiti hidup. Apa pun, tegas babah, seperti kata Freud, otak manusia sentiasa aktif walaupun ketika insan terlena langsung diuliti mimpi manis-manis malam hari.
Pandangan kedua-dua beranak itu bersentuhan ketika datuk tiba-tiba muncul di ambang pintu. Angin pagi yang masih sipu-sipu menyelak rambut yang menutupi sulah dahi bidang anak hujung belasan tahun baru selesai menguji kecerdikannya pada peperiksaan SPM.
Kehadiran insan kental berbadan gempal itu bakal meriuhkan suasana, persis pertautan mimpi pelbagai dimensi dengan realiti hidup pelbagai reaksi! Atuk pasti gembira kerana akhirnya cucu sulungnya dapat juga melunaskan impian sublimasinya sejak kecil. Tapi hati kecil cucu berbadan gempal itu terus tersula dalam badikan semangat bergelar juara. Suria sudah menyisih awal pagi ke puncak tengah hari.
Thursday, February 24, 2011
Hipertensi
Betapa tidak terlompat-lompatnya. Kuasa graviti di bulan lebih lemah daripada di bumi.
Dia terus terapung-apung di udarakasa bulan tanpa udara. Pakaian angkasa lepas yang serba putih dan lengkap itu membekalinya oksigen. Kiri-kanannya kelihatan padang pasir luas terhampar persis Sahara lakunya. Ah, macam bumi juga! Aiman mendengus. Kawah besar, lurah dalam dan melebar, dataran terhampar dan gunung-ganang. Semuanya ada dan wujud.
Heh, tengok di sana itu. Gelap. Tidak nampak apa-apa. Oh barangkali inilah yang dikata ‘lautan’. Penamaan yang pelik dan ganjil. Ada unsur sinisnya. Sebab: Kajian saintifik membukti air tidak wujud di planet bulan.
Tidak ada udara. Tidak ada air. Bagaimanakah umat bumi hendak dipindahkan ke bulan? Sesuatu yang mustahil. Tidak sesiapa pun dapat wujud di sini. Sekali lagi dia terperanjat kaget. Kawah besar ternganga tidak jauh daripada situasi keterapungannya.
Cuaca cukup membahang panas dan ganas. Dia merasai bahangnya macam sudah cecah angka 150 darjah Celsius. Amat panas. Kepanasan yang begitu menakjubkan.
Suara itu datang lagi biarpun dia berusaha menepisinya beberapa kali. Suara halus yang mendesah di tengah-tengah keterasingan diri menghamparkan keinsafan dan kesayuan. Insaf dan sayu di tengah-tengah keluarbiasaan benar-benar memilukan. Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun lamanya. Dia mahu berangkat pulang segera ke planet bumi.
Pucuk kelapa yang berbalam-balam tadi, sedikit demi sedikit dan beransur-ansur cerah di kelir pandangannya. Sentuhan ratina matanya kian mempamerkan pohon seribu guna itu. Bezanya, pohon itu sudah berusia, daunnya kian keras dan lidinya kian liat.
Proses keremajaan diri sendiri mulai terasa. Dia giat melemparkan pandangan ke bawah dari pucuk kelapa yang tinggi menjulang.
Heh, wajah geruh babah dan ibunya bersedia hendak menyambutnya dengan hamparan tilam empuk yang gebu, persis sambutan penuh kemeriahan dan istiadat kepulangan angkawan negara sesudah beberapa minggu di ISS dan kemudian beberapa minggu lagi di permukaan bulan.
Fikir Aqil, adakah dia akan terjun bersama-sama beberapa biji buah kelapa seperti terjun Si Lunchai dengan labu-labunya?
Tengok sekarang, dia sedang menyusun sepuluh jarinya. Babah dan ibunya sedar akan perkara itu. Jari-jemarinya jelas montok dan gebu. Padat berisi tanda perut tergalas secukupnya. Makanan seimbang dan amalan hidup sihat selalu menjaduali rutin hariannya di tengah-tengah keluarga yang bengis dan kasar.
Kepada Aqil, layanan seperti itu tidak wajar dilakukan ke atas dirinya. Tamparan selalu singgah di pipiku. Sudah-sudahnya, aku jadi gagap. Di manakah harmonisnya? Di manakah humanisnya? Mengapakah tidak dimanfaatkan saja teknologi tingkah laku?
Tenaga berlebihan? Oh tidak. Kudrat melebihi ketepuan? Tidak juga. Kelebihan kalsium semasa proses penghamilan? Barangkali si ibu mengambil bahan kimia ini secara berlebihan semasa proses berkenaan? Kemungkinannya ada. Keberangkalian tidak berlaku juga ada.
Tetapi jika dikatakan otakku tidak berfungsi menurut patutnya, oh, tidak. Aku bakal tentang habis-habisan. Jika dia masih hidup, dia dapat membuktikannya. Siapakah tokoh itu?
Paul Broca, seorang anatomis dan antropologis berbangsa Perachis. Kucintai penemuan tahun 1861itu fungsi otak manusia bergantung kepada bahagian yang membina otak itu sendiri.
Broca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi. Yang lebih penting layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis melalui teknologi perlakuan dan sahsiah rupa diri. Dia hanya dapat mengucapkan satu suku kata, biarpun dia faham penuh akan pertuturan yang dilafazkan. Akhirnya dia fasih berbicara.
Keadaan diriku lebih baik, fikir Aqil. Situasiku tidak segagap itu. Aku dapat bertutur biarpun mulutku ternganga lebar dahulu sebelum lahir diksi berisi. Babah barangkali tidak tahu akan penemuan Broca. Babah lebih dekat kepada kejuruteraan mekanikal. Ibu juga saintis tetapi lebih kepada bidang geologi.
Aqil teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dalam keterasingan di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Jangan kaubinasai habitat semula di planet bumi. Salahnya barangkali menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyuz, yang menghantuinya sekian lama. Tidak perlu latihan intensif dan istimewa itu, babah. Tidak perlu latihan terapi itu, ibu. Aqil akan usahakan sendiri.
Dia mendongaki langit. Sisik-sisik awan berarak tenang, seteduh air kolam waktu malam jernih. Suria terus setia memancarkan cahaya. Sayup-sayup kedengaran muzik beralun, lembut dan penuh makna, semacam mengubati kelukaan hatinya ketika menjenguki lereng cerun bukit di hadapannya. Jauh-jauh di sudut hati, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi!

Subscribe to:
Posts (Atom)