Sunday, March 20, 2011

"Wajarkah Sistem Pilihan Raya Diubah?" (2)

According to A.C. Kapur, in his book entitled Principles of Political Science : The scheme most commonly connected with proportional representation is called the Hare system, formulated by Thomas Hare in 1857.
However the scheme cannot claim to be the first exposition of the idea of proportional representation.
The idea appeared in the French National Convention in 1793, ‘without leading to action’.
It was further elaborated by the mathematician Geronne in 1820 and developed independently by Thomas Wright Hill in Britain.
Hill’s son took it to Australia in 1839. The idea gained popularity in 1842 in Switzerland. Two years later Thomas Gilpin brought out another plan of proportional representation.
Finally, twelve years later a Danish Minister of Finance, Carl Andrae, worked out a system resembling the Austalian plan and the years following it came Thomas Hare’s publication: “The Machinery of Representation”.
Secara spesifik, Sistem Hare menyaksikan perpindahan undi popular daripada calon diisytiharkan menang kepada calon lain yang pastinya ada keserasian dengannya supaya dapat meraih dan diisytiharkan menang.
Dari segi matematiknya, sistem perwakilan berkadar ini benar-benar tepat dapat mencerminkan pendapat popular pemilih. Sistem sebegini dianggap paling demokratik berbanding dengan mana-mana sistem pilihan raya.
Justru sistem ini lebih praktikal dan demokratik bagi WP Kuala Lumpur dengan komposisi warganya yang rencam dan pelbagai dari segi bangsa dan agama, tahap usia, pendidikan, profesion, kemahiran, dan dengan mengambil jumlah kepadatan penduduknya.
Parlimen akan menjadi ‘cermin’ kepada pendapat pelbagai lapisan pemilih jika pilihan raya bebas dijalankan menurut sistem perwakilan berkadar. Yang pastinya minoriti ada wakil untuk membela dan menyuarakan permasalahan mereka.
Kita terlalu ghairah dengan tanggapan klise bahawa SPR telah menjalankan tugas dengan adil, saksama, dan telus. Namun begitu, rakyat terkeliru dengan ketakwajaran jumlah pemilih sesuatu kawasan, khususnya di antara Seputeh dengan Putrajaya. Ketakwajaran ini menjadikan wakil yang dipilih tidak wajar pula.
Perwakilan adil dan saksama perlu mengambil kira anomali ini. Di Amerika Syarikat misalnya, sejak keputusan mercu tanda dalam kes Bakar lawan Carr (1962), mahkamah menguatkuasakan sistem persamaan matematik yang tepat bagi penduduk wilayah ke Dewan Kongres.
Pun begitu, tidak semudah itu hendak memperoleh nisbah tepat dari segi jumlah daerah ‘majoriti-minoriti’ iaitu daerah golongan kulit hitam ataupun kulit putih yang patut menjadi penduduk majoriti sesuatu daerah.
Sebaliknya, Britain lebih bertoleransi dalam konteks ini apabila variasi penduduk yang dianggap wajar ialah antara 22,784 hingga 99,838 orang bagi satu-satu kawasan pilihan raya, mengikut angka tahun 1992.
Yang dituntut oleh rata-rata rakyat tanpa mengira bangsa, agama, dan pegangan politik ialah keadilan, kesaksamaan dan ketelusan SPR dalam pengendalian pilihan raya agar dengan itu, parlimen negara benar-benar mencerminkan pendapat dan suara bicara mereka.
Pemilih sebenarnya telah membuat pilihan yang wajar pada PRU kedua belas bagi merealisasikan impian melihat kesaksamaan agihan kek kekayaan ekonomi negara lebih merata lagi menyeluruh!

No comments: