Friday, March 25, 2011

"Kepentingan Tenaga Nuklear dalam Pembangunan Negara"

PENGENALAN
• Forum ialah perjumpaan untuk perbincangan terbuka berhubung dengan isu atau perkara yang menjadi kepentingan awam.
• Yang terbabit dalam perbincangan sekurang-kurangnya dua orang tokoh bidang, barangkali mungkin lebih daripada itu.
• Perbualan dan wawancara cuma membabitkan dua tokoh.
• Pengerusi bertindak sebagai perantara kedua-dua tokoh ataupun lebih tokoh yang berbincang bagi mengelakkan kekalutan.
• Pengerusi bertindak membuka gelanggang bicara dengan memperkenalkan tokoh forum.
• Biasanya, kertas soalan memberikan situasi tertentu, yang turut menjadi tugas pengerusi hendak memperkenalkannya kepada khalayak.
• Khalayak juga berpeluang mengemukakan pandangan, pendapat, dan soalan kepada majlis ditujukan kepada tokoh tertentu.

FORMAT KARANGAN JENIS FORUM
• Kata pertama bahagian Pendahuluan karangan jenis forum hendaklah dianjakkan ke dalam sedikit seperti permulaan perenggan biasa.
• Nama penutur (ahli forum) ditulis di sebelah kiri, sejajar dengan nama penutur lain termasuk pengerusi.
• PENGERUSI dan nama ahli panel ditulis dengan HURUF BESAR dan diakhiri dengan nokhtah bertindih (: ).
• Isi-isi forum perlu ditulis sejajar satu sama lain.
• Penutupan perlu ditulis sejajar dengan nama ahli panel. Baris pertama hendaklah ditulis ke dalam sedikit seperti permulaan perenggan biasa.
• Peserta forum diperkenalkan menurut protokol gelaran serta pangkat masing-masing.
• Pengerusi meminta ahli panel mengemukakan pendapat secara bergilir-gilir seseorang demi seorang.
• Apabila selesai satu pusingan, khalayak diberi peluang bertanya soalan ataupun memberi pendapat dan pandangan.
• Forum diakhiri dengan rumusan umum oleh pengerusi majlis sebelum menyerikan majlis dengan serangkap pantun dan ucapan terima kasih.


MODEL SOALAN

Selaku Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik Sekolah Menengah Bukit Meranti, anda ditugaskan merakamkan perbincangan satu majlis forum untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Majlis itu mendapat sambutan hangat kerana tajuknya begitu kontroversi berbunyi : Bahaya tetapi tidak dinafikan akan kepentingan tenaga nuklear dalam pembangunan negara.

KEHENDAK SOALAN

• Kata kunci kepada tajuk forum di atas ialah ‘tenaga nuklear’.
• Biasanya tenaga nuklear yang membawa konotasi buruk dan berbahaya kepada kehidupan manusia dan tamadun dunia.
• Yang menjadikan perbincangan sehingga teranjurkan majlis forum ialah tenaga berkenaan juga membawa kebaikan kepada pembangunan negara.
• Ahli panel bebas mengemukakan pendapat berhubung perkara ini asalkan tidak terkeluar jauh daripada perbincangan tajuk asal.
• Biasanya, pengerusi pada peringkat awal meminta panel pertama menghuraikan maksud tajuk iaitu ‘tenaga nuklear’.
• Soalan hendaklah relevan dengan kepakaran ahli panel.
• Contoh-contoh relevan dan tepat perlu dikemukakan.
• Dalam konteks terkhusus, pelajar perlu mendapat bahan terkini melalui pembacaan luas seperti kemungkinan tenaga nuklear menjadi tenaga alternatif kepada minyak petrol pada masa depan.

RANGKA DAN ISI-ISI
1. Pengantar majlis forum
• Huraian ringkas tentang majlis forum.
• Tajuk forum.
2. Pengenalan majlis forum
Ucapan pengerusi majlis forum.
3. Isi-isi majlis forum
• Sains nuklear terbukti membawa perubahan besar.
• Kegunaan tenaga nuklear dalam bidang perubatan.
• Permodenan sektor pertanian menggunakan tenaga nuklear.
• Tenaga isotop bermanfaat untuk tujuan penyelidikan.
Akhiran majlis forum
• Ubah persepsi negatif masyarakat terhadap tenaga nuklear.

No comments: