Saturday, March 5, 2011

AirAsia Bhd dan Pelancongan


Tahniah dan syabas kepada AirAsia Bhd, pengendali perkhidmatan penerbangan tambang murah terbesar Asia kerana memperoleh anugerah Kerajaan Sarawak berupa sebidang tanah bagi pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA).
Agensi Berita Nasional BERNAMA mengutip Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan, sebagai berkata kerajaan negeri sedang membincangkan perkara itu dengan AirAsia Bhd.
Ertinya kini AirAsia Bhd. hanya perlu membina terminal berkenaan, yang apabila siap kelak bukan sahaja akan memudahkan perjalanan pengguna di negara ini, malah bakal menarik pengunjung dengan kadar lebih banyak lagi.
Kata Tan Sri Dr George Chan, LCCT dapat merangsang industri pelancongan sekali gus menjana pendapatan.
Cadangan AirAsia Bhd ialah hendak membina LCCT dekat KIA untuk menjadikan Sarawak sebagai hab perjalanan udara tambang murah dengan rangkaian penerbangan domestik serta antarabangsa yang luas.
Tambang murah tawaran AirAsia Bhd menjadi rangsangan kepada rakyat Sarawak, Sabah, dan Semenanjung untuk saling kunjung mengunjungi sehingga terpupuknya perpaduan nasional lebih intim sekali gus persefahaman antarabangsa lebih menyeluruh.
Dalam keadaan begitu, AirAsia Bhd turut mengukuh institusi keluarga dan meluas pemandangan, pengetahuan, dan pengalaman daripada persepsi pandangan ratina mata sendiri dalam kalangan rakyat ketiga-tiga wilayah terbabit.
Sarawak dan Sabah cukup membangun kini berbanding sedekad lampau. AirAsia Bhd sesungguhnya berperanan besar lagi penting dalam pengubahan persepsi pengunjung khususnya dari Semenanjung ini.
Tahniah dan syabas diucapkan sekali lagi kepada AirAsia Bhd.

1 comment:

nana said...

Good job Air Asia.