Saturday, March 5, 2011

Perlukah PRK sesudah kekosongan kerusi Parimen dan DUN?


Isu ini perlu dibincangkan secara kritikal, analitikal, dan komprehensif lantaran yang perlu difikirkan bukan sahaja daripada aspek penyuburan amalan demokrasi negara sejak merdeka, malahan juga aspek penjimatan peruntukan, masa, dan tenaga pelbagai pihak.
Kepada kami, isu ini tidak timbul jika badan bebas dan telus kita, Suruhanjaya Pilihan Raya, diberi tanggungjawab dan amanah mengendalikan pilihan raya nasional dan kecil, mengubah sistem pilihan raya kepada perwakilan berkadar atau sistem ‘proportional’.
Kepada Bill John dan et el dalam buku mereka Politics UK (1991:183) : In proportional systems there is a close relationship between the distribution of votes between parties and the allocation of seats in the legislature.
Kita selamanya mengamalkan ‘first-past-the-post majoritarian systems’ dengan maksud calon yang memperoleh undi lebih biarpun satu undi sahaja dianggap sebagai pemenang untuk menduduki kerusi Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri’.
Jika perwakilan berkadar, satu-satu kawasan mungkin dikongsi sekurang-kurang dua orang Yg Berhormat, satu sistem dapat dikatakan lebih adil dan saksama.
Dengan begitu, calon memperoleh undi kedua terbanyak bakal menggantikan penyandang yang berhenti melepaskan kerusinya ataupun meninggal dunia. PRK tidak perlu diadakan.
Malangnya, sistem pemerintahan kita berakar punca daripada tuan penjajah kita, United Kingdom. Selain UK, negara lain yang mengamalkan by-election ialah Republik Ireland, Australia, New Zealand, Kanada, India, Pakistan, dan Hong Kong.
Amerika Syarikat dan Filipina mengadakan pilihan raya khas untuk maksud kekosongan seperti di atas.
Tasmania dan beberapa kawasan di Australia, pengganti sesuatu kekosongan kerusi ditentukan parti tanpa perlu diadakan PRK, hendak berbeza daripada warisan nenek moyang mereka dulu.
Apa kata jika kekosongan tertentu itu dibiarkan kosong sehingga pilihan raya akan datang?
Dua pilihan raya kecil hari ini masing-masing bagi mengisi kekosongan kerusi DUN Melaka (Merlimau) dan Pahang (Kerdau) dikatakan yang terakhir pada penggal Parlimen dan DUN sekarang sesudah pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008.
Ikut Perlembagaanya, cut-off date bagi pilihan raya kecil sesudah ini ialah pada bulan Mei, iaitu tiga tahun sesudah sidang sulung dewan undangan.
Sesudah itu, jika berlaku kekosongan, maka tinggal ‘merintih dan mengeluhlah’ penduduk kawasan berkenaan tanpa tempat hendak mengadu masalah dan penderitaan’.
Jika berikhtibarkan situasi ini, perlukah satu-satu PRK?
Kedua-dua PRK hari ini, parti BN yakin dan diramalkan mengekalkan kerusi mereka, trend berlaku sebelum ini yang jelas berpihak kepada penyandang kecuali Kuala Terengganu berpindah kepada Pas (Pakatan Rakyat) dan Sibu kepada DAP biarpun dengan majoriti 398 undi sahaja.
Jika satu lagi PRK diadakan menjelang Mei depan, ertinya penggal parlimen sekarang dapat menyamai rekod 17 PRK bagi PRU-8.
Nah, fikirkan pula berapakah banyak wang terpaksa dibelanjakan didakwa menjangkau angka jutaan ringgit bagi satu-satu kawasan. Lain lagi umpanan peruntukan projek berjuta-juta ringgit kepada pemilih kawasan tertentu.
Yang pasti PKR bukanlah ukuran mutlak kepada imbasan putusan pilihan raya ke-13 nanti kerana suasana kedua-duanya amat berbeza satu sama lain.

No comments: