Thursday, March 17, 2011

"Gara-gara buli junior : 20 murid dibuang sekolah"

Maka merintih hibalah ibu bapa apabila anak mereka dibuang sekolah atas kesalahan membuli murid junior dengan menjentik dahinya.
Seorang bapa merintih begini: Saya tahu anak saya bersalah, tetapi jika boleh berilah mereka peluang sebab kami sukar mencari sekolah sesuai kerana mereka sudah memasuki aliran Sains Teknikal sejak Tingkatan Empat.
“Mereka menghadapi masalah jika bertukar ke sekolah lain yang kebanyakannya tidak ada aliran itu,” tambahnya.
Si bapa lain bermadah hiba begini: “Sekolah harus memberi peluang dan mengenakan hukuman selain buang sekolah kerana tindakan begitu boleh menjejaskan persediaan menghadapi peperiksaan SPM”.
Oh bapa oh ibu, susah-susah bukalah sekolah sendiri, paling senang di bawah pokok!
Jarang-jarang manusia menyesal sebelum berbuat kesalahan. Justru mana ada relevensinya peribahasa yang berbunyi “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”?
Sesungguhnya tindakan Persatuan Ibu Bapa-Guru PIBG Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kubang Pasu di Bukit Kayu Hitam, membuang 20 murid Tingkatan Lima berkuatkuasa seminggu lepas (Khamis lalu) adalah tepat, mengikut arahan yang betul, dan kena dengan tempat dan masanya, setimpal dengan kesalahan mereka.
Betapa tidak, mereka didapati bersalah membuli dengan menjentik dahi seorang murid Tingkatan Empat beramai-ramai pada 25 Februari.
Kita tidak mahu sekolah berasrama penuh dijadikan sarang samseng untuk sesudah SPM keluar menjadi mat rempit mendominasi jalan raya.
Tidak ada peluang kedua buat murid biadap dan angkuh seperti ini.
Usahkan SBPI Kubang Pasu, bahkan sebuah sekolah berasrama penuh elit di selatan Kuala Lumpur pernah membuang 25 orang pelajarnya kerana kesalahan yang sama.
Bahkan lebih dahsyat lagi apabila ada pelajar junior yang maut akibat bulian senior.
Anak saya pernah dibelasah enam senior sekolah menengah berasrama di Seremban.
Dalam surat saya kepada pengetuanya, saya mahu murid berkenaan dibuang segera.
Saya diberitahu pengetua berkenaan bahawa murid terbabit sudahpun dibuang. “Tidak ada rayuan dan tiada peluang kedua”. Beliau meminta saya tidak memanjangkan insiden itu kepada pihak berkuasa.
Puncanya anak saya yang baru memasuki Tingkatan Enam Rendah dilantik menjadi Ketua Murid (Head Boy), lantas sesudah peristiwa itu, saya memindah si anak ke Sekolah Menengah Clifford di Kuala Kangsar.
Oh kalian berkenaan, mengapakah tidak mahu bercita-cita besar hendak menjadi jagoan badminton negara seperti Datuk Lee Chong Wei, 27, ataupun menjadi jagoan bolasepak seperti Mohd Safee Mohd Sali, 27, yang kini gah di persada Pelita Jaya, Indonesia?

7 comments:

Anonymous said...

Memang agak lucu bunyi tajuk berita "..dibuang sekolah kerana menjentik dahi". Entah reporter mana dapat maklumat tu. ishh tak kan dibuang hanya kerna menjentik dahi kut! media..media..

Anonymous said...

assalam...diminta tuan meneliti dulu apa yang ditulis oleh media...mereka bukan hanya menjentik dahi..tapi hingga menyebabkan lebam2 dan luka..inilah dunia...cerita yang betul tak sedap didengar, cerita bohong memang best...tokok tambah supaya kesalahan sendiri tidak diketahui.

Anonymous said...

coih..masakan snior mmkul tnpa sbb...mst ada..mngpa npk kslhan snior sja??cuba prksa smula..mst si jnior yg mmulakan mslah shgga snior naik berang!jgn npk yg slh shja,tp lihatlah di stiap sdut..

Anonymous said...

ckp byk pa pakcik oii...
jgn laa,dok mgate cam haram g..
dah tua..
x duduk kt situasi bdak2 tu..[astu ckp macam2,,
x duduk kt skola tu,
pastu cakap macam2..p tgk sume sbp,sume ada ragging..cikgu je x tau...kompom!!

Anonymous said...

menyampah aku org tua nih ckp byk...

Anonymous said...

hai la org tua ney...byk2 btaubat la..ko dh tua tgu nk msok kbur je..xpyh la nk mnybok hal org..ko x thu kbnran ps2 ko ftnah plak..dosa ko tw??jgn msok cmpor la.

Anonymous said...

ada phd tp x taw berfikir..ada orang pukul orang tanpa sebab kah??..memang betul senior salah sebab pukul junior..buat peraturan sendiri..tapi dorang x patut dipersalahkan sepenuhnya..sebab saya budak sekolah asrama 5 tahun..dan saya tahu senior x akan touch junior kalau junior x buat perangai yang boleh menaik kan amarah senior..