Saturday, March 26, 2011

"Kepentingan Tenaga Nukler sebagai Sumber Tenaga"

Cakap-cakap mahu kerajaan membatalkan program pembinaan loji nuklear dan empangan besar bagi menangani krisis tenaga.
Mengapa? Komuniti global bimbang dan cemas akan bahaya kesan radiasi.
Jika tsunami dan gempa bumi tidak melanda Fukushima Daiichi, mereka tidak akan berasa bimbang dan buat tidak kisah dan endah tak endah sahaja.
Rakyat negara ini pun, tidak tahu akan program pembinaan loji itu, seandainya loji tenaga nuklear di wilayah timur laut Jepun itu tidak meletup.
Tahukah mereka akan radiasi?
Istilah biasanya ialah sinaran. Kata pensyarah Program Sains Nuklear Universiti Kebangsaan Malaysia UKM, Prof Madya Dr Muhamad Samudi Yasir: Sinaran berada di sekitar kita secara semula jadi kerana Allah taala menjadikan radionuklid.
Contohnya ialah uranium 235, thorium 232 dan kalium 40.
Kepada Presiden Persatuan Nuklear Malaysia, Dr Nahrul Khair Alang Md Rashid: Loji nuklear perlu diteruskan bagi tujuan menjana tenaga elektrik.
Ya tak ya juga. Apabila harga petrol dan diesel naik melambung tinggi, cakap-cakap kedengaran lantang meminta kerajaan mencari sumber tenaga alternatif, termasuklah tenaga nuklear.
Memang begitulah perangai manusia di negara kita ini! Serba tak kena. Hujan salah, panas salah, jadi kedua-duanya jadi serba salah. Manusia hidup dalam serba kesebersalahan.
Orang ramai perlu faham betul-betul maksud loji nuklear. Faham secara holistik tahu, jangan orang bercakap mengenai loji nuklear, kita pun hendak sampuk sama. Pengetahuan kita relatif cetek, ibarat sungai cetek, sampan kolek pun tidak boleh lalu.
Risiko kehabisan petrol dan diesel lebih tinggi, dahsyat, lagi menyusahkan sehinggakan pesawat udara tidak mampu berlepas ke udara dan kenderaan mewah lagi canggih tersadai tidak dapat meluncur laju di aspal.
Dr Nahrul berbicara semahunya: Pelan sokongan dan kepakaran perlu mampu tangani ‘malapetaka’, seperti yang dialami Jepun. Takdir menentukan malapetaka yang terjadi!
Pun begitu, kita perlu belajar daripada kesilapan serta memperbaiki sistem sedia ada.

No comments: