Monday, March 21, 2011

"Dua Ratu Berlainan Medan"

Yang seorang ratu squasy sementara yang seorang lagi ratu tenis. Masing-masing hebat dan rancak di tengah-tengah gelanggang.
Kedua-duanya menduduki ranking pertama dunia, berasal dari Asia dan Eropah, dua benua berbeza suasana dan iklimnya, tetapi mereka mempunyai keazaman dan komitmen yang serupa, memburu kejuaraan demi kejuaraan ikut medan masing-masing.
Datuk Nichol David ratu squasy negara baru Ahad lepas menjuarai Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur buat kali ketujuh dan yang pertama tahun ini (2011) manakala sehari sebelumnya ratu tenis dari Denmark, Caroline Wozniacki menjuarai Kejohanan Terbuka Paaribas BNP, di Indian Wells, California, Amerika Syarikat.
Nicol nampaknya semacam tidak berkeringat apabila dapat dengan mudah dalam masa setengah jam menundukkan Madeline Perry dar Ireland 11-6,11-6, 11-2.
Wozniacki terpaksa bertarung tiga set untuk menundukkan Marion Bartoli dari Peranchis, 6-1,2-6,6-3, bagi meraih kejuaraan ke-14. Pada peringkap separuh akhir, dia membelasah pemain Rusia, Maria Sharapova 6-1, 6-2.
Apakah rahsia kejayaan mereka agar dapat dikongsi bersama oleh ratu-ratu muda yang bercita-cita dan berazam hendak menjejaki kedua-duanya?
Kepada Nicol, beliau terpaksa bekerja keras biarpun pertandingan akhir itu nampaknya mudah kerana Perry tahu akan corak permainannya.
Beliau akan pulang ke Amsterdam (pangkalan latihan) dan berusaha menajamkan teknik serta memperbaiki segala kelemahan.
Rahsia kejayaan Wonzniacki terletak pada kecerdasan mental dan ketangkasan fizikal sehingga dapat membalas bola hantaran pemain lawan ke setiap gelanggang. Letakan bolanya juga cantik kerap kali mengelirukan lawan.
Caroline Wozniacki (born 11 July 1990) is a Danish professional tennis player. On 11 October 2010 she became the World No. 1 on the WTA Tour. After a single week as No. 2 in February 2011, she ensured enough points to become No. 1 again, despite not being in a major final since August 2009. She is the first Danish tennis player to hold the top ranking position and 20th overall.
Since her WTA debut in 2005, she has improved her year-end ranking each year until finishing on top in 2010. She has won 14 WTA singles titles as of March 2011, three in 2008, three in 2009, six in 2010 (the most since Justine Henin's ten in 2007), and two in 2011.[5] She was runner-up at the 2009 US Open and the 2010 WTA Tour Championships in Doha to Kim Clijsters. She won the 2006 Wimbledon Girls' Singles, but has yet to win a Women's Grand Slam title. She also holds two WTA titles in doubles.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada kedua-dua ratu, bakal terus menguasai gelanggang squasy dan tenis antarabangsa pada tahun-tahun mendatang!

No comments: