Tuesday, March 22, 2011

"Jom Kita Minum Susu Dutch Lady!'

Memang penatkan apabila tiap-tiap hari kita perlu belajar dan ulang kaji pelajaran?
Jentolak juga perlu direhatkan agar enjinnya dapat membina kekuatan baru bagi meningkatkan produktiviti.
Justru jom kita berehat dan minum susu Dutch Lady kerana khasiatnya banyak.
Bukankah Dutch Lady untuk kanak-kanak? Benar asas dan titik-tolaknya begitu, tetapi pelajar yang sudah berada dalam Tingkatan Lima pun tidak perlu menjauhinya.
Tambahan pula, baru-baru ini Dutch Lady sudah tampil dengan rumusan baru lima kali ganda DHA. Apakah maksud DHA?
Nama saintifiknya Docosahexaenoic Acid, iaitu sejenis asid lemak rangkaian panjang politaktepu berasal daripada keluarga Omega-3.
Semua orang tahukan, DNA perlu untuk perkembangan otak yang cerdas dan pintar. Minumlah susu secara konsisten. Kandungan nutrien dalam susu Dutch Lady memang penting untuk tumbesaran fizikal kanak-kanak.
Kerencatan tumbesaran dapat menjejaskan kelicinan proses pembelajaran mereka.
Semua ibu bapa perlukan anak yang pintar, cerdik, dan pandai. Siapakah yang tidak mahu anak mereka berjaya? Jika begitu, mereka perlu bermula dari tahap awal proses tumbesaran anak-anak.
DHA bahan asas pembinaan struktur otak manusia. Murid akan sentiasa pintar dan cerdas baik di dalam mahupun di luar kelas.
DHA dalam minuman dan makanan seimbang dapat mengukuh daya tumpuan, fungsi tingkah laku dan kognitif, mencakupi daya fikir, pertimbangan, dan ingatan murid.
Ibu bapa perlu prihatin mengenai DHA. Minumlah DHA mengikut syor pakar iaitu 100 miligram (mg) tiap-tiap hari.
Dutch Lady 123 dan Dutch Lady 456 bersituasi tiga perisa – biasa, madu, dan coklat. Dutch Lady 6+ disediakan dalam keadaan prisa biasa dan coklat.
Ok, sudah puas minum susu berkhasiat Dutch Lady? Kekuatan mental dan fizikal sudah pulih? Jom kita sambung perbincangan topik hari ini : “Kepentingan Subjek Sejarah kepada Generasi Masa Kini”.

1 comment:

Anonymous said...

saya tak minum susu..dan tips untuk mereka2 yang mcm saya..campurkan susu dgn flavor lain mcm milo ke, oren ke..