Thursday, April 7, 2011

Lingkaran Cinta Hidupku) (2)

Kudinamai Syarifah Amal Hairani oleh bapaku yang dinamai ayahnya (datukku) sebagai Syed Ahmad.
Sedar akan diriku yang diasuh dengan disiplin dan ajaran agama yang ketat, maka aku tetap patuh akan nasihat ibu bapa termasuk soal pilihan jodoh. Orang nak kata aku konservatif, ha, katalah. Orang nak kata aku kolot, maka katalah. Apalah susahnya hendak mempertemu bibir bawah dengan bibir atas.
Ah, bibir! Macam manakah bentukmu. Tebalkah, nipiskah, ataupun bagaimana?
Ah, tidak mengapa asalkan berbibir dan bergigi agar sebutan antonasi cakapanku betul dan tepat, tidak ditertawakan khalayak. Hebat dan fantastik bunyinya!
Aku tetap memperagakan diri dengan pakaian Muslimat. Wajah gebu tetap kutitip dengan make-up berjenama tinggi. Hehehe Garnier! Hehehe Hugo Boss.
Tanyalah kepada insan bernama gadis, siapakah yang tidak mahu dipandang cantik dan menarik? Siapa?
Prinsip hidupku begini: Hmmm, kebenaran yang disorok masih kelihatan oleh mata hati yang celik, mulut sahaja yang dibisukan oleh keadaan.
Bekas pensyarahku yang terhormat lebih arif akan makna tersirat di sebalik madah ini.
Saya selalu anggapi diri saya biarpun lulusan ijazah pertama dinamai Bachelor of Corporate Administration (Hons), Faculty of Administration and Law di sebuah universiti tempatan pada bulan Oktober 2002 sebagai gadis purba dan konservatif, akan tetapi masih waras dan rasional dalam penilaian pembohongan dan penipuan, hehehe!
Heh, teruna dan laki-laki, mengapakah kalian tidak mahu berterus terang? Mengapa ha?
Justru itulah, sudah dua kali aku putus tunang, kerana kusangka bakal teman hidupku itu baik, jujur, dan amanah, akan tetapi rupa-rupanya penipu dan pembohong.
Apakah hendak dibohongkan, lama-lama tembelang diri terbongkar juga di hujung jari.
Nasib baik tidak kuserahkan keperawananku.
Bekas pensyarahku yang seorang ini pernah mengutip baris-baris puisi titipan Zanariah Wan Abdul Rahman di hadapan kuliah sebagai tokoh tambah syarahannya, sebagai panduan hidup: iman, cinta, setia, peribadi di mana? Jawapannya: Kubisikkan dalam sendu kerana hanya lantaran ‘waktu tuhan hilang di sini; kuterjuni neraka ini; mengusung keranda iman’.
Aku dah dua kali terjun dalam cinta monyek ini, tetapi maruah diri tetapku pertahankan, biarpun banyak rakan mempersoalkan “Adakah keperawanan masih dituntut dalam zaman kini, era teknologi canggih lagi tuntas ini?”
Masing-masing ada prinsip sendiri. Pegang dan genggamlah erat-erat.
Kutetap mempertahankannya dengan panjatan doa ke hadrat Ilahi agar Dia membentengi diriku kukuh-kukuh dengan jejenang dan kekisi keimanan yang tulen.
Bakalku serahkan segala-galanya kepada yang berhak, insan berhati mulia bernama suami. Ketika jemputan pelan-pelan berangkat pulang, ketika sepi mendakapi malam yang kian lewat usianya, ketika itulah aku merebahi diri yang montel ini buat pertama kalinya, mengusapi dan mendakapi seorang teruna tampan yang awal pagi tadi sudah berijabkabul denganku.
Bau wangi semerbak menelusuri jejenang hidung kami, dalam malu-malu dek intaian dan jelingan dinihari, kuserahkan segala-galanya buat si dia. Aduh, betapa enak dan nikmatnya malam pengantin. Siang malam kupanjatkan doa agar diri yang kerdil ini dapat mengecapi nikmat tanpa hujungan dan tebingan itu.
Apakah akan kusambung kisah ini selanjutnya? Yang penting anda mesti membaca harapan dan rintihan hatiku ini!

1 comment:

Anonymous said...

TQ Tuan Hj, besar sungguh penghormatan seorang pensyarah kepada anak didiknya ini...

Telah menjadi ketentuan bahawa baik dan jahat, kehidupan yang diberkati bagi orang yang taat dan kesengsaraan bagi yang ingkar, adalah keadaan yang setiap orang dilahirkan dengannya. Kedua-duanya tersembunyi di dalam bakat atau keupayaan seseorang. Nabi s.a.w bersabda, “Orang yang bertuah menjadi baik adalah baik ketika di dalam kandungan ibunya, dan orang berdosa yang jahat adalah pendosa di dalam kandungan ibunya”. Begitulah keadaannya dan tiada siapa yang berhak berbincang mengenainya. Urusan takdir bukan untuk dibincangkan. Jika dibiarkan perbincangan demikian ia akan membawa kepada bidaah dan kekufuran.

Lagipun tiada siapa boleh menjadikan takdir sebagai alasan untuk membuang segala ikhtiar, semua perbuatan baik. Seseorang itu tidak boleh mengatakan, ‘Jika aku ditakdirkan menjadi baik maka aku bersusah payah membuat kebaikan sedangkan aku sudahpun diberkati’. Atau berkata, ‘Jika aku sudah ditakdirkan menjadi jahat apa gunanya aku berbuat kebaikan’. Jelas sekali pendirian demikian tidak benar. Tidak wajar mengatakan, ‘Jika keadaan aku sudah ditakdirkan pada azali apa untung atau rugi yang aku harapkan dengan usahaku sekarang’