Wednesday, April 6, 2011

Lingkaran Cinta Hidupku (1)

Sebagai gadis yang mencecahi usia awal tiga puluhan, aku mengharapkan 2011 bakal mengetuk pintu keperawananku, biarpun dua tarikh yang kuidam-idamkan selama ini sudah berangkat pergi begitu sahaja.
Aduh, betapa beruntungnya jika tarikh kelahiranku jatuh pada tanggal 1.1.11. Tetapi di luar kudratku, nasib tidak menyebelahiku. Kusabar menunggu kedatangan 11.1.11, juga tidak menjadi, tidak berlaku juga, sekali lagi di luar kudratku.
Jangan risau, jangan gundah gelana, kerana ada tarikh keramat bakal menitip keceriaan dan kebahagian dalam hidupku. Jika tidak tanggal 1.11.11 nanti, agaknya 11.11.11 harinya, hari Jumaat, hari segala hari, bakal kualami nikmat malam pertama.
Aduh, enak dan lazatnya!
Tanggal 11.11.11 pasti ditunggu-tunggu oleh kekasih untuk diijabkabulkan menjadi suami isteri yang sah. Aku juga mengidami begitu. Moga-moga dimakbulkan Allah swt. Aku panjatkan doa ke hadrat Ilahi agar Pencipta Sekalian Alam agar menunaikan permintaan suci dan luhurku itu.
Aduh nikmatnya malam pengantin, persis titip Zaihasra dalam puisinya “Lautan di Waktu Subuh”: ianya gadis yang menghirup rindu; dengan rahsia sebuah malu.
Kepada pensyarahku dulu: puisi ini melambangkan dunia “seorang gadis yang baru saja merasai nikmat keriaan hidup di malam pernikahan”.
Aku menunggunya dengan penuh kesabaran.
Tetapi pada perkiraanku, jika tarikh-tarikh berkenaan tidak mengusik keperawananku, masih ada hari-hari bertuah lain pada tahun 2011.
Cuba ambil dua nombor terakhir tahun kita dilahirkan serta tambah dengan umur kita pada tahun 2011 ini. Keputusannya ialah 111 buat semua orang! Hebatkan? Sebab itulah 2011 dinamai tahun KEKAYAAN.
Bulan Oktober nanti menyaksikan lima kali hari Ahad, lima kali hari Isnin, dan lima kali Sabtu. Fantastik lagi!
Kemujuran seperti ini bakal terjadi pada tiap-tiap 823 tahun.
Doa hamba: Justru saya berdoa bertemu jodoh pada tahun ini sebab hidup akan bahagia, indah, dan cantik dimesrai oleh kesenangan dan kekayaan hidup biarpun tidak mencecahi tahap kemakmuran jutaan ringgit.
Sebagai muslimah yang suka akan fesyen moden dan bermakeup biarpun agak outspoken, tetapi saya sentiasa bersederhana dalam hidup sekali gus tidak putus-putus mensyukuri nikmat Ilahi agar ditambahi nikmat sedia ada.
Percintaan dan dating, oh yes! Tetapi mesti ada batas-batas keIslaman. Sebagai gadis yang pemalu dan sipu-sipu, aku tetapi menghormati kedua-dua ibu bapa. Merekalah payung kehidupanku. Aku tidak mahu memulakan penyulaman percintaan. Biarlah si teruna yang memulakan, lebih sopan dan lebih beradab.
Aku akan sambung kisah ini selanjutnya. Baca jangan tak baca harapan dan rintihan hatiku ini!

2 comments:

Anonymous said...

Bila Allah cepat makbulkan Doa saya, Maka DIA Menyayangi saya, Bila DIA Lambat Makbulkan doa saya, Maka DIA Ingin Menguji saya,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doa saya, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik.

Bila saya memandang segalanya dr TUHANMU
yang mencipta segalanya
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hati saya
yang membuatkan keinginan saya terhalang
serta menyusahkan hidup saya...PASTI
akan damailah hati saya kerana:-
masakan ALLAH sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia
bukan ALLAH tidak tahu deritanya hidup saya,
retaknya hati saya....TAPI mungkin itulah yang DIA mahu
kerana, DIA tahu hati yang sebeginilah yang selalu
LEBIH LUNAK DAN MUDAH UNTUK DEKAT DAN AKRAB DENGANNYA....

‎So, I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed." Alhamdulillah :)

*** saya suka tulisan Dr.Ilias ni (^_^) TQVM

Anonymous said...

kenapa tak keluar nama saya ya??anonymous pula...:(