Anda sedang dilamun cinta? Jika misalnya anda asyik teringat-ingat dan terbayang-bayang saja akan pasangan anda yang berlainan jantina itu, tandanya benarlah anda sedang dilamun cinta. Jika anda mandi tak basah, makan tak kenyang, minum tak menghilangkan dahaga, dan tidur tak lena, benarlah anda sedang bercinta.
Jika begitu, cari dan pilihlah pasangan yang benar-benar ikhlas dan jujur dalam melayari percintaan leluhur anda, bakal meranum putik kasih, bakal merebatkan daun harapan, dan bakal menegah pepohon yang dibajai sekarang.
Yang hendak dicari ialah kekasih dapat dipercayai untuk hidup semati ketika sudah memasuki gerbang perkahwinan yang kekal abadi selama-lamanya.
Kata penyair yang saya minati, allahyarham Zaihasra, malam pertama perkahwinan itu berlalu cukup pantas, persis momen perpisahan siang daripada malam, apa yang disebut senja. yang menuntut hidangan di tengah-tengah jalan, kononnya tanda rasa kasih dan sayang, ha, lupakan sahaja, itu bukan calon suami yang baik dan berhati jujur. ada udang di sebalik mee rebut, yang tidak seenak mana.
Kata veteran berpengalaman seperti saya lagi, kali penyanyi ever green sepanjang zaman, Tan Sri SM Salam, ha seronoknya perkahwinan itu sekejap saja, kemudian sesudah itu nampaklah pekung di dada, kudis buta seluruh badan, dan tokak di betis berparut sana sini.
Justru pilihlah pasangan yang tepat dan betul. jangan pilih yang bulu keningnya bertaut dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri. langsung tidak boleh dan tidak dapat dipercayai. jangan pilih yang ada tumbuh tahi lalat betul-betul di tengah-tengah batang hidung, tanda peminta papa. jangan pilih yang berjalan mendabek dada, juga tidak boleh dipercayai. juga jangan pilih yang lompak gagak, tanpanya tidak amanah dan tidak boleh dipercayai.
Kata orang tua-tua. tanggapan dan kesan daripada pandangan pertama itu penting. hari sabtu ini berjumpa dalam pertemuan pertama. ok dan menarik. sabtu depan bertemu lagi. lagi ok dan lagi menarik wajahnya. tandanya itulah jodoh anda. janganlah fikir panjang lagi. kawinlah saja.
gadis yang menyerahkan mutiaranya di tengah-tengah belukar bersaksi bulan yang gerhana dan bintang yang tidak mahu berkelip, tandanya gadis yang tidak ada maruah diri. akhirnya rebah layu tersungkur di celah-celah dadah rapuh kerana ditinggalkan kekasih. apakah yang diharapkan kekasih itu lagi sebab sudah menikmati idamananya selama ini.
sekian sahaja coretan ringkas saya sempena Hari Kekasih atau Valentine's Day semalam 14 Februari.
Semasa bercinta dan berkasih sayang, masing-masing perlu menjaga hati dan perasaan, tahu dan hati-hati akan batasan pergaulan. Hormati hak diri sendiri dan hak kekasih. Jagai adab pergaulan ketika hati benar-benar dilambung kasih dan sayang. Amin!
No comments:
Post a Comment