Tuesday, May 10, 2011

"Ciri mendasari anjakan paradigma pekerja"

Gabungan produktiviti, kreativiti, dan inovasi dikatakan sebagai satu anjakan paradigma yang perlu dilakukan perkhidmatan awam dalam proses permodenan sesuai dengan pencapaian kejayaan alaf baru.
Seluruh negara baru sahaja menyambut perayaan Hari Pekerja, satu pengikhtirafan besar kerajaan kepada sektor awam dan swasta selama ini, demi memikirkan sumbangan signifikan mereka kepada produktiviti pengeluaran dan pembangunan negara.
Produktiviti sahaja belum mencukupi selagi tidak digabungkan dengan kreativiti dan inovasi agar mudah melonjakkan kecekapan dan keberkesanan tenaga kerja kedua-dua sektor.
Banyak teori telah diutarakan pakar pengurusan untuk melonjakkan kreativiti dan inovasi pekerja bagi memerkasa produktiviti sehingga membawa hasil dan kejayaan besar kepada negara.
Yang popular barangkali teori tokoh psikologi, Abraham Maslow terkenal dengan Teori Hierarki Keperluan, biarpun tidak dinafikan akan kepentingan teori motivasi lain daripada buah tangan Douglas McGregor, Fredderick Henzberg, dan Atkinson J.W.
Situasi kegawatan ekonomi global, pekerja sektor awam apatah lagi swasta nampaknya menyambar peluang kerja yang ada asalkan keperluan asasi, tuntutan psikologi dapat dipenuhi bagi menjamin keselamatan diri dan malahan keluarga.
Maslow berpendapat apabila satu-satu keperluan terpenuhi akan timbul pula keperluan lain yang lebih tinggi darjatnya. Apabila kesemua keperluan terpenuh berkat kesabaran dan kegigihan diri bekerja, pekerja pastinya berusaha lebih gigih mencapai kehakikian diri ataupun self-actualization.
Tahap paling puncak ini menyaksikan pekerja berusaha membina perkembangan diri yang bermakna daripada segi pekerjaan dan malah gigih pula hendak memikul tanggungjawab baru.
Ada pekerja mencapai kehakikian diri melalui penghasilan kerja lebih bermutu sementera ada pula melahirkan ide kreativiti dan inovasi seperti disebutkan tadi.
Gagasan itu datangnya daripada sikap pekerja khusus sektor awam yang sambil lewa tanpa memberi khidmat terbaik kepada pelanggan contoh khidmat kaunter. Pengurus berandaian rata-rata pekerja tidak berminat kepada kerja dan menolak tanggungjawab.
McGregor menolak andaian ini disebutkan Teori X lalu lahir Teori Y dengan hakikatnya kesemua orang berasa puas hati jika mereka bekerja. Yang menjadi masalahnya, rata-rata pekerja tidak menggunakan bakat kreativiti mereka sepenuhnya dalam pekerjaan.
Apapun motivasi hendak bekerja keras bersumber daripada kekuatan dalam diri. Memang tiap-tiap pekerja berusaha gigih membaiki taraf hidup dengan harapan beroleh kedudukan lebih tinggi dan pendapatan lebih lumayan sehingga tercapainya kehakikian diri.
Kepada Atkinson, begitu banyak kemahiran dan bakat terpendam dalam diri orang dewasa. Rangsangan motivasi individu serta peluang yang diberikan menjadi dua faktor kejayaan seseorang menggunakan bakat dan kemahiran terpendam sebaik-baiknya.
Nilai galakan yang dipertali dengan matlamat harus ada pada pekerja sementara peluang kejayaan sepatutnya datangnya daripada majikan.
Justeru sempena Hari Pekerja pada kali ini, kerjasama erat perlu terpupuk majikan-pekerja ke arah pewujudan suasana dan tempat bekerja yang lebih kondusif kepada peningkatan produktiviti berpaksikan daya kreativiti sejati serta inovasi yang tinggi.

3 comments:

Anak Pak Din & Hawa said...

Salam Dr.

Terjumpa secara tidak sengaja blog Dr. Gembira melihat Dr. sihat dan masih menulis. Teringat pada Dr. sewaktu saya di zaman kanak - kanak dulu di Gombak :)

Outbound Training Malang said...

salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...