Showing posts with label Analisis Berita SPM. Show all posts
Showing posts with label Analisis Berita SPM. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

"Rahsia Kejayaan Cemerlang Kami dalam SPM 2010"

(1) Muhamad Izzat Syameer Mohd Zaid, pelajar terbaik SPM 2010 Kelantan dengan memperoleh 11A+, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama SMKA Lati di Pasir Mas, menjadikan bacaan al-Quran sebagai amalan hariannya untuk mendapatkan kekuatan rohani. Dia berazam hendak melanjutkan pelajaran di Mesir ataupun Jordan bagi merealisasikan cita-citanya menjadi doktor pakar bedah jantung.
(2) Fais Ziad Zainuddin, Sekolah Menengah Kebangsaan SMK Kubang Benbam, Pasir Mas, memperoleh 10A+ berkata tiap-tiap hari dia bersolat hajat bagi mencapai ketenangan dan memudahkannya belajar. Tiap-tiap pagi, dia mengambil 11 biji kismis yang didahului dengan salawat.
(3) Kepada Izzat Zaid, Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, yang memperoleh keputusan 11A, “Ibu menjadi sumber inspirasi. Sokongan berterusan ibu membolehkan saya memperoleh keputusan cemerlang ini.”
Bimbingan guru yang penuh berdedikasi, turut membantunya memahami sesuatu topik sukar dengan mudah. “Tinggal di asrama banyak kelebihan, kami selesa mengadakan perbincangan bersama. Pelajar lebih mudah merujuk masalah dengan guru yang sentiasa komited membantu,” katanya anak kedua daripada empat beradik yang bercita-cita menjadi seorang pakar motivasi.
(4) Phoon Ru Yi and Leong Carven, from SMK Convent Bukit Nenas, in Kuala Lumpur studied together to prepare the SPM exams and their tag team of two proved beneficial to both, as they both scored 9As each.
(5) Proving again that teamwork takes the case are Rohadarshine Mahenthiran and Rupashini Thangamuthu, who scored 9A+s and 10s respectively. They both cite consistent (and late-night) studying, sharing tips and studying focused despite distractions as reasons for their success.
(6) Fellow student Zura Om, who scored 10As, burned the mid-night oil and credited perseverance as the key to success.
(7) Tang Kah Hung of SM Pendidikan Khas (visually impaired) Setapak, Kuala Lumpur, attributed his success of obtaining 10As to a wise concept in revision, which included making notes and attempting questions. The success is even sweeter when he became the first student from the school scoring A in all subjects since it was established in 1974. Kah Hung wants to be a teacher to help visually impaired students.
(8) Nur Syahira Zulkefli, Sekolah Sains Seri Puteri (SESERI), memperoleh 10A+ mengakui tiada rahsia tertentu melainkan memberi tumpuan penuh terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas serta bijak mengatur dan menggunakan masa. “Masa belajar di asrama pada waktu petang dan malam dimanfaatkan untuk menyiapkan tugasan sekolah, manakala selebihnya mengulang kaji pelajaran,” katanya.
(9) May Lee Cai Ling, Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki (SABKL), berkata kunci kejayaannya ialah “memberi tumpuan ketika guru mengajar dan menyiapkan semua tugasan,” . Dia memperuntuk masa lima hingga enam jam tiap-tiap hari untuk mengulang kaji pelajaran.
(10) Wong Yujing, 18, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, adalah antara 17 pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat 10A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Tasawwur Islam. "Saya tidak suka tangguh buat kerja rumah. Saya akan pastikan kerja rumah siap seperti yang dijadualkan," kata Wong yang ingin melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan di Amerika Syarikat atau England.
(11) Nur Zulaikha Ismail, seorang daripada empat pelajar terbaik SMK Agama Tok Jiring, Terengganu berazam sejak awal lagi untuk memperoleh keputusan terbaik dalam SPM, sehingga memperoleh 11A+. "Sebab itu saya sangat fokus dan memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar dalam kelas. Kalau saya tidak faham saya akan bertanya selain banyak membuat latihan bersama rakan-rakan. Saya juga bertekad untuk mengubah hidup keluarga yang miskin. Dengan pelajaran saja saya fikir dapat mengubah iklim kehidupan keluarga," kata anak kelima daripada 10 beradik.

(12) Kini apakah balasan ibu bapa terhadap anak-anak genius, pintar, cerdik, dan cemerlang terbilang ini? Katakan habuan 1A seratus, maka jumlahnya baru sebanyak-banyaknya seribu seratus (11A).
Yang paling mudah bawa sahaja anak-anak melancong ke detinasi menarik lagi bersejarah baik di dalam mahupun di luar negara.
AirAsia Sdn Bhd sedia memberikan perkhidmatan mesra penumpang dengan layanan istimewa serta tambang murah yang tidak ada tara seumpamnya oleh syarikat penerbangan lain di dunia.

Wednesday, March 23, 2011

Analisis Keputusan SPM 2010: Jom Kita Bermain Angka

Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM di Putrajaya semalam (22 Mac 2011), Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, 10,488 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berjaya cemerlang (A+,A dan A-) dalam kesemua subjek diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.
Kepada kami, prestasi cemerlang ini lebih bermakna jika markah kelulusan dikekal tanpa perlu berdasarkan graf, ikut prestasi calon keseluruhannya.
Maksudnya markah 90+ baru dianugerahi A+, 86-89 (A) dan 80-85 (A-). Zaman kita dulu awal enam puluhan begitu keadaan, seperti kata guru kami, yang bijak-bijak belaka.
Nombor juga menunjukkan 9,239 calon daripada jumlah berkenaan membabitkan sekolah KPM, bertambah jika dibandingkan dengan 7,987 calon pada 2009.
Yang amat cemerlang 403 calon memperoleh gred cemerlang tertinggi (kesemua A+) bagi kesemua mata pelajaran berbanding 255 calon pada tahun sebelumnya.
Setinggi-tinggi tahniah serta syabas diucapkan kepada pelajar cemerlang SBP Intergrasi Selandar, Melaka Ameerul Asharaf Harunrashid (11A+), pelajar cemerlang Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Izzat Zaid (11A), pelajar cemerlang Sekolah Sains Seri Puteri (SESERI), Nur Syahira Zulkefli (10A), Pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki (SABKL), May Lee Cai Ling, dan pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Wong Yujing, antara 17 pelajar cemerlang Terengganu mendapat 10A+ termasuk subjek Tassawwur Islam.
Namun begitu, Abdul Ghafar tidak pula mengumumkan peratusan calon paling tercorot, kecuali gembira dengan peningkatan calon luar bandar yang menunjukkan peningkatan termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains yang lebih baik berbanding calon bandar.
Banyak lagi pelajar cemerlang sehingga tiada ruang hendak dicatatkan di sini.
Calon luar bandar juga, rata-ratanya Melayu, dikaitkan dengan kelemahan subjek-subjek Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Tahun demi tahun begitulah keadaannya sehingga nampak benar usaha selama ini tidak berkesan bagi merapatkan jurang prestasi calon-calon luar bandar dengan bandar.
Angka juga membuktikan pencapaian keseluruhan SPM 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun dengan 368,559 calon berjaya memperoleh sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya.
Tahun ini tahun kedua sistem penggredan baru diguna pakai yang dapat secara lebih tepat mendiskriminasi pencapaian calon yang memperoleh keputusan cemerlang, selain turut dipengaruhi pelaksanaan Dasar Mengehadkan Jumlah Maksimum 10 Mata Pelajaran dan Penambahan Dua Mata Pelajaran Tambahan Dalam SPM yang mula diperkenalkan tahun lepas.
Sebanyak 467,970 calon mendaftar menduduki SPM di 3,594 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 23 November hingga 20 Disember. Pecahannya ialah 410,083 calon sekolah KPM, MRSM dan Sekolah Perantis Tentera (7,216), Sekolah Menengah Agama Negeri (8,127), Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Sekolah Swasta (11,248) serta persendirian perseorangan (31,296).
Prestasi sekolah yang dinilai berdasarkan berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) menunjukkan 67 sekolah mencapai tahap cemerlang, baik (340), memuaskan (1,683) dan berpotensi (2,156).
Keputusan ini dikatakan hasil tawaran baru antara sekolah dengan kementerian dalam usaha meningkatkan prestasi akademik sekolah.
Cemerlang tetap cemerlang, membuka jalan cerah ke puncak. Tetapi apalah halnya calon yang tercorot, tidakkan hendak dibiarkan begitu sahaja? Adakah fakulti otak mereka tidak cerdas, tidak langsung dapat menerima pelajaran? Adakah mereka memang sebenarnya malas hendak belajar? Tepuk dada tanya seleras. Sesuatu yang konkrit perlu dilakukan untuk golongan pelajar kurang bernasib baik ini! Carilah ketenangan dengan mendengar muzik radio Hitz.FM.
Syabas dan tahniah sekali lagi kepada calon cemerlang dengan panjatan doa agar terus meniti tangga kejayaan gemilang pada tahap pengajian tinggi. Lulus dengan ijazah kepujian kelas pertama, barulah dikatakan cemerlang lagi terbilang.