Showing posts with label SPM : BM Kertas 1 Bhg B (Forum). Show all posts
Showing posts with label SPM : BM Kertas 1 Bhg B (Forum). Show all posts

Friday, March 25, 2011

"Kepentingan Tenaga Nuklear dalam Pembangunan Negara" (2)

Bahaya tetapi tidak dinafikan akan kepentingan tenaga nuklear dalam pembangunan negara

Selaku Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik Sekolah Menengah Bukit Meranti, anda diminta merakamkan perbincangan satu majlis forum untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Majlis itu mendapat sambutan hangat kerana tajuknya begitu kontroversi berbunyi : Bahaya tetapi tidak dinafikan akan kepentingan tenaga nuclear dalam pembangunan negara.

PENGERUSI : Saya mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis forum pada pagi ini. Kita selalu dengar akan bahaya tenaga nuklear. Korea Utara dikecam hebat kerana tidak mengendahkan kecaman dunia terhadap ujian tenaga nuklearnya. Bangsa-bangsa Bersatu mengecam negara tertentu kerana didakwa memiliki kilang tenaga nuklear untuk pertahankan negara.
Tetapi daripada segi kebaikannya pula, tenaga nuklear banyak memberi sumbangan kepada pembangunan termasuklah negara kita. Justru, tanpa melengahkan masa lagi, saya persilakan ahli panel menyampaikan pandangannya. Beliau Dr Fatiqaah Harun, yang banyak membicarakan isu ini dalam media massa. Persilakan.
PANEL I : Terima kasih pengerusi majlis. Saya mengongsi tanggapan pengerusi itu. Justru komuniti dunia semacam berdilema berhubung dengan isu ini. Kita beruntung sebab isu ini bakal terungkai sebentar lagi.
Tetapi secara kasarnya, sains nuklear membawa perubahan besar dengan penemuan kaedah baru yang membabitkan sektor utama khususnya perubatan, pertanian, penyelidikan, dan yang terbaru arkeologi. Justru kepentingan teknologi nuklear dalam pembangunan negara memang tidak dinafikan yang sekali gus dapat mempertingkat kualiti dan nilai hidup masyarakat.

PENGERUSI : Terima kasih Dr Fatiqaah Harun. Nuklear dapat ditaksirkan sebagai sesuatu berkaitan dengan nuklear atom. Apabila dikatakan perang nuklear, ertinya, perang yang menggunakan tenaga nuklear atom. Itu yang kita tahu dan yang kita faham. Bahaya dan menakutkan. Sekarang saya persilakan Panel II, Dr Aimal Aqil, saintis sains nuklear yang tidak asing lagi.
PANEL II : Tapi yang terangkum dalam kaedah teknologi nuklear lebih luas lagi meliputi radiografi, tomografi, pentarikhan termoluminiscence, pentarikhan karbon, difraksi sinar-X, florascence sinar-X, imbasan dengan mikroskop elektron, analisis pengaktifan neutron, laser, radar menembusi tanah, boroskop, teknik keberintangan dan Ujian Tanah Musnah (NDT). Sekarang saya persilakan Panel II, Dr Aimal Aqil, saintis sains nuklear yang tidak asing lagi.
PANEL I : Kita tidak menolak kemungkinan nuklear menjadi tenaga alternatif untuk menyalakan lampu di rumah dan menggerakkan kenderaan di jalan raya. Negara kita berada dalam era bioteknologi yang pesat. Biotek dapat dicantumkan dengan medik iaitu perubatan menjadi biotekmedik. Tiga disiplin ilmu digabungkan menjadi satu.
PANEL II : Selama ini, tenaga nuklear digunakan secara meluas dalam bidang perubatan. Misalnya, bagi mengesan serta menentukan penyakit dalaman. Ketumbuhan otak, tairoid, kanser tulang, buah pinggang, kanser, jantung, dan hati termasuk contohnya. Tenaga nuklear digunakan untuk menguji darah dan air kencing.
PENGERUSI : Saya juga difahamkan pembangunan sektor pertanian memanfaatkan tenaga ini. Misalnya, kegunaannya dalam proses penghasilan benih tanaman bermutu, mempertingkat kesuburan tanah, dan menyingkatkan tempoh kematangan sesejenis baka tanaman sehingga dapat mengelurkan hasil dalam tempoh yang singkat. Apa pula pandangan Dr Fatiqaah?
PANEL I : Yang banyak digunakan ialah Isotop, berasaskan radioisotop yang memancarkan sinar. Tenaga isotop juga dapat digunakan dalam proses penyelidikan.
PANEL II : Misalnya, penggunaan isotop dalam analisis kimia dapat menentukan kuantitatif unsur dalam satu-satu sebatian. Analisis sebatian organik dan biokimia dalam bidang perubatan selalunya dilakukan melalui kaedah radio penyurih.
PENGERUSI : Begitulah hebatnya perbincangan forum kita pagi ini. Sedar tak sedar dah hampir dua jam kita berbincang. Yang dapat saya simpulkan persepsi negatif masyarakat terhadap tenaga nuklear perlu diubah. Saya akhiri forum ini dengan serangkap pantun : Baik bergalas baik tidak, buli-buli bertali benang; Baik berbalas baik tidak, asal budi sama dikenang. Terima kasih.
Yang perlu kita fikirkan ialah kemungkinan nuklear menjadi tenaga alternatif sekali gus kepesatan dan peningkatan penggunaannya dalam pembangunan negara.
(507 perkataan)

ULASAN FORMAT DAN ISI FORUM DI ATAS
• Format karangan berbentuk forum di atas adalah betul. Pendapat pengerusi dan kedua-dua ahli panel diungkapkan dalam bahasa yang persis dan tepat.
• Pengerusi memperkenalkan tajuk yang bakal dibincangkan dengan melihat tenaga nuklear daripada perspektif negatif, kemudian baru beranjak kepada isu sebenar iaitu kepentingan nuklear kepada pembangunan negara.
• Hujahan dua panel ditulis berselang-seli dengan yang pertama mempertahan hujah bahawa tenaga nuklear dapat mempertingkat kualiti dan nilai hidup masyarakat.
• Hujah panel pertama seterusnya adalah berpaksikan kemungkinan tenaga nuklear menggantikan minyak petrol dan gas pada masa depan selain melihat kegunaannya dalam isotop khusus dalam penyelidikan.
• Panel kedua nampaknya lebih spesifik apabila menghuraikan maksud tenaga nuklear selain memperincikan kegunaannya dalam perubatan. Beliau juga menghalusi pemakaian nuklear dalam isotop.
• Format karangan forum berakhir dengan kesimpulan penulis akan perlunya masyarakat mengubah persepsi negatif mereka terhadap tenaga nuklear.

ULASAN ASPEK GAYA BAHASA FORUM DI ATAS

• Penggunaan laras bahasa sains dan sains sosial untuk karangan forum di atas memang wajar sebab topik dibincangkan berkaitan dengan sains nuklear.
• Pengerusi nampaknya lebih mirip kepada laras bahasa sains sosial sementara kedua-dua orang ahli panel khusus yang kedua lebih berat kepada laras bahasa sains tulen.
• Radiografi, tomografi, pentarikhan termoluminiscence, pentarikhan karbon, difraksi sinar-X, florascence sinar-X, imbasan dengan mikroskop elektron, analisis pengaktifan neutron, laser, radar menembusi tanah, boroskop, teknik keberintangan, dan isotop contoh laras istilah sains yang memerlukan kepersisan dan ketepatan makna.

"Kepentingan Tenaga Nuklear dalam Pembangunan Negara"

PENGENALAN
• Forum ialah perjumpaan untuk perbincangan terbuka berhubung dengan isu atau perkara yang menjadi kepentingan awam.
• Yang terbabit dalam perbincangan sekurang-kurangnya dua orang tokoh bidang, barangkali mungkin lebih daripada itu.
• Perbualan dan wawancara cuma membabitkan dua tokoh.
• Pengerusi bertindak sebagai perantara kedua-dua tokoh ataupun lebih tokoh yang berbincang bagi mengelakkan kekalutan.
• Pengerusi bertindak membuka gelanggang bicara dengan memperkenalkan tokoh forum.
• Biasanya, kertas soalan memberikan situasi tertentu, yang turut menjadi tugas pengerusi hendak memperkenalkannya kepada khalayak.
• Khalayak juga berpeluang mengemukakan pandangan, pendapat, dan soalan kepada majlis ditujukan kepada tokoh tertentu.

FORMAT KARANGAN JENIS FORUM
• Kata pertama bahagian Pendahuluan karangan jenis forum hendaklah dianjakkan ke dalam sedikit seperti permulaan perenggan biasa.
• Nama penutur (ahli forum) ditulis di sebelah kiri, sejajar dengan nama penutur lain termasuk pengerusi.
• PENGERUSI dan nama ahli panel ditulis dengan HURUF BESAR dan diakhiri dengan nokhtah bertindih (: ).
• Isi-isi forum perlu ditulis sejajar satu sama lain.
• Penutupan perlu ditulis sejajar dengan nama ahli panel. Baris pertama hendaklah ditulis ke dalam sedikit seperti permulaan perenggan biasa.
• Peserta forum diperkenalkan menurut protokol gelaran serta pangkat masing-masing.
• Pengerusi meminta ahli panel mengemukakan pendapat secara bergilir-gilir seseorang demi seorang.
• Apabila selesai satu pusingan, khalayak diberi peluang bertanya soalan ataupun memberi pendapat dan pandangan.
• Forum diakhiri dengan rumusan umum oleh pengerusi majlis sebelum menyerikan majlis dengan serangkap pantun dan ucapan terima kasih.


MODEL SOALAN

Selaku Setiausaha Persatuan Sains dan Matematik Sekolah Menengah Bukit Meranti, anda ditugaskan merakamkan perbincangan satu majlis forum untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Majlis itu mendapat sambutan hangat kerana tajuknya begitu kontroversi berbunyi : Bahaya tetapi tidak dinafikan akan kepentingan tenaga nuklear dalam pembangunan negara.

KEHENDAK SOALAN

• Kata kunci kepada tajuk forum di atas ialah ‘tenaga nuklear’.
• Biasanya tenaga nuklear yang membawa konotasi buruk dan berbahaya kepada kehidupan manusia dan tamadun dunia.
• Yang menjadikan perbincangan sehingga teranjurkan majlis forum ialah tenaga berkenaan juga membawa kebaikan kepada pembangunan negara.
• Ahli panel bebas mengemukakan pendapat berhubung perkara ini asalkan tidak terkeluar jauh daripada perbincangan tajuk asal.
• Biasanya, pengerusi pada peringkat awal meminta panel pertama menghuraikan maksud tajuk iaitu ‘tenaga nuklear’.
• Soalan hendaklah relevan dengan kepakaran ahli panel.
• Contoh-contoh relevan dan tepat perlu dikemukakan.
• Dalam konteks terkhusus, pelajar perlu mendapat bahan terkini melalui pembacaan luas seperti kemungkinan tenaga nuklear menjadi tenaga alternatif kepada minyak petrol pada masa depan.

RANGKA DAN ISI-ISI
1. Pengantar majlis forum
• Huraian ringkas tentang majlis forum.
• Tajuk forum.
2. Pengenalan majlis forum
Ucapan pengerusi majlis forum.
3. Isi-isi majlis forum
• Sains nuklear terbukti membawa perubahan besar.
• Kegunaan tenaga nuklear dalam bidang perubatan.
• Permodenan sektor pertanian menggunakan tenaga nuklear.
• Tenaga isotop bermanfaat untuk tujuan penyelidikan.
Akhiran majlis forum
• Ubah persepsi negatif masyarakat terhadap tenaga nuklear.