Tuesday, April 26, 2011

Pola Pembacaan Masyarakat Perlu Beranjak

Pesta Buku Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Putra sejak Jumaat hingga Ahad ini dapat dikatakan rutin tahunan, menyaksikan ratusan ribu pengunjung, tetapi tidak menjanjikan pulangan lumayan atas kelarisan jualan buku.
Penerbitan buku perlu dipelbagai dan diperbanyak khusus buku bermutu tinggi supaya paradigma dan pola pembacaan masyarakat dapat beranjak daripada bahan bacaan ringan dan bercorak tahyul kepada yang dapat mengubah minda menjadi insan berilmu lagi bermaklumat sesuai dengan tuntutan era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi.
Penghasilan buku bermutu tinggi menuntut komitmen dan pengorbanan tinggi bukan sahaja daripada penulis berwibawa tetapi editor naskah yang berhemah tinggi pula.
Yang paling mudah dalam konteks ini ialah pengubahsuaian dan perombakan tesis dan disertasi menjadi manuskrip buku sesuai diterbit demi pemanfaatan ilmu khalayak.
Dilemanya di sini, ada penulis golongan cerdik pandai kita selalu terheret dalam ‘perang mulut’ mendakwa editor tidak layak sebab tidak cukup kelulusan menyunting tesis mereka.
Tesis dan disertasi perlu disunting dan malahan dirombak secara total supaya tahap keterbacaannya sesuai dengan tahap pengetahuan khalayak.
Golongan menengah dikatakan lebih gemar kepada bacaan ringan bercorak fiksyen sementara golongan bawah meminati bacaan bersifat tahyul, sebab bahan ini yang ada di pasaran.
Organisasi penerbitan lebih mengutamakan nilai komersial, sehingga dalam beberapa hal langsung mengenepikan tanggungjawab sosial.
Dasar Buku Negara digubal bersama prasarana Yayasan Pembangunan Buku Negara antara lain bertujuan memperbanyak kelahiran buku melalui kewujudan usahawan bergiat aktif dalam industri buku.
Yayasan sudah menubuhkan Akademi Buku Malaysia (ABM) khusus melatih penulis dan editor naskah, dilancarkan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim selaku Menteri Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan tiga tahun lampau.
Beliau merintihi prioriti rendah dari segi peruntukan dana kepada latihan dan penerbitan buku biarpun kerajaan sedar akan kepentingan buku sebagai santapan rohani dan minda rakyat.
Ah, sampai kini khalayak memang patutpun bertanya mengenai kegiatan ABM. Apakah benar dan tepat bahawa ABM hidup segan mati tak mahu, dan kegiatannya indah khabar daripada rupa? Tidak bergerak ke mana-mana.
Memang tidak ada peruntukan dana manifestasi daripada kurang prihatin pihak berwajib terhadap perkembangan penerbitan buku negara.
Buku dianggap wadah komunikasi berkesan, seperti akhbar dan majalah dalam proses penyampaian maklumat benar lagi sahih, ilmu yang mantap dengan tahap kesarjanaan yang tahan ujian zaman, dan hiburan yang dapat mengubati kepenatan dan kelelahan bertugas di pejabat.
Bagaimanakah penerbitan wadah pembacaan seperti ini hendak dilahirkan dalam usaha gigih pengubahan pola pembacaan khalayak jika kita sendiri memberi prioriti terkebawah kepada pembangunan buku?
Khalayak kita patut mencontohi 'ulat buku' masyarakat Jepun dan Korea Selatan, dan apatah lagi penduduk barat.

Monday, April 25, 2011

Pemartabatan Tinggi Islam kepada Insan Berilmu

Pendidikan seimbang duniawi dengan ukhrawi ini memang tuntutan ajaran Islam, lebih-lebih lagi sesudah mencapai markah cemerlang pada Ujian Prestasi Sekolah Rendah (UPSR) untuk memberi keyakinan padu kepada mereka melangkah masuk ke sekolah menengah pada tahun 1915 jika tidak ada apa-apa halangan yang merintang.
Titipan pendidikan seimbang selalu dikaitkan dengan subjek agama bagi murid beragama Islam dan pendidikan moral bagi yang bukan Islam bakal menunas putik segar kelak meranum menjadi buah harapan di taman negara dengan semangat perpaduan dan kerjasama intim menjulang gagah dan gah nama dan imej negara-bangsa di persada antarabangsa.
Ketika itu nanti, pengajian agama Islam sudah melepasi Tingkatan Lima bagi Maktab Rendah Sains Mara MSRM kerana mulai tahun ini, subjek ini diperkenal di MSRM Besut dalam usaha melahirkan pelajar seimbang seperti disebutkan tadi.
Kebetulan itu, serentak itu, Kementerian Pelajaran bercadang hendak memperkasa sekali gus memartabatkan dan menaik taraf Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM sama seperti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM, dengan menjadikannya sebahagian daripada kurikulum kebangsaan.
Cadangan drastik itu memang kena pada tempat dan bakal membuka peluang dan alternatif lebih luas kepada lulusan STAM melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.
Setakat ini, mereka melihat Universiti al-Azhar serta beberapa institusi pengajian tinggi di negara ini sebagai alternatif hendak meraih pendidikan tahap ketiga sesudah menengah.
STAM diperkenalkan pada 1999 untuk menyeragamkan pelbagai sijil yang dikeluarkan pihak berkuasa agama negeri sesudah mendapat perkenan Majlis Raja-raja Melayu sekali gus dipersetujui Universiti al-Azhar, Mesir.
Dengan tindakan yang sudah bermula serta cadangan yang bakal terlaksana, ertinya pendidikan agama Islam dalam konteks negara ini sudah tidak terabai dan terpinggir lagi, suatu tindakan yang sepatutnya sudah berjalan sejak lama dulu.
Malah negara ini sendiri sudah dianggap sebagai hub kepada pendidikan tinggi melalui Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM di Gombak, situasi amat kontras dari masa lampau apabila tumpuan pelajar kita terarah kepada Universiti al-Azhar.
Dengan asuhan dan didikan seimbang kepada lebih 500,000 murid tahun satu sekarang, yang dipermantap dengan pengajian Islam tahap sekolah menengah, pastinya pada tahun 2020 nanti, mereka menjadi asset penting lagi komprehensif dan holistik kepada pencapaian objektif negara maju nanti.
Mereka ini bakal memasuki gelanggang menerapkan gagasan besar jika diizinkan saya mengutip pandangan rencana pengarang Al-Imam tahun 1906 bermaksud:
“Hendak memperjuangkan kemajuan umat menerusi gerakan pemurnian, pemahaman dan penghayatan agama. Kejatuhan dan kemunduran umat Islam bukan kerana agama itu sendiri tetapi akibat kesilapan dan kecuaian dalam memahami dan menghayatinya.”
Nah, mereka diharapkan dapat membina kekuatan intelektual dan kekuatan dalaman mulai sekarang untuk kelak dapat pula membangun daya fikir umat menerusi unjuran berijtihad dan pembasmian amalan taqlid.
Sesungguhnya pendidikan menurut perspektif Islam sudah pun dibincangkan dalam berkala tertentu seperti Al-Imam dan Neracha sejak awal abad lampau lagi.
Neracha keluaran 22 Jan 1913 misalnya memberi ulasan tentang pentingnya pendidikan untuk kemajuan. Katanya: “Kelemahan bangsa Melayu disebabkan kurang atau tiada berpelajaran.”
Ulasan ini dilanjutkan dalam keluaran 16 April 1913, yang antara lain mengungkapkan “Pelajaran yang berguna itu adalah sebesar-besar modal pada kehidupan dunia ini. Tiada didapati bangkit dan maju sesuatu kaum itu melainkan pelajaran dan pengetahuan itu.
“Bangsa Eropah telah menjadi guru pada tamadun. Maka sekarang telah kita lihat jasa tamadun itu. Adakah patut kita mengambil teladan dan memilih untuk kaum kita mana-mana yang tiada faedah?”
Dalam hubungan ini, Neracha turut menyiarkan surat-surat pembaca khususnya daripada kalangan pelajar negara yang menuntut di Makkah dan Mesir yang mengupas isu-isu semasa ketika itu.
Misalnya pelajar Malaysia di Mesir mengajak anak-anak muda tanah air belajar bahasa Arab di sana kerana katanya “Tiada sempurna pengetahuan kita pada agama itu melainkan dengan pengetahuan bahasa Arab.” Cadangan ini tersiar dalam Neracha keluaran 6 Dis 1912.
Seorang pembaca dari Pahang, Haji Mohd Tahir menganjurkan pendidikan agama Islam diajarkan di sekolah-sekolah Melayu, dalam usaha hendak menggalakkan masyarakat menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu.
Antara lain, beliau berpendapat “Jika tiada diluluskan atau tiada dibenarkan pelajaran agama Islam diajar di dalam sekolah-sekolah Melayu yang ada ini, maka nyatalah pemerintah negeri kita ini hendak membuang agama Islam dengan jalan memaksa anak-anak Islam ini biar menjadi fazik jahil. Dan bebal dalam ikhtikad agama Islam”, lihat Neracha, 10 Julai 1912.
Keprihatinan mereka tertumpu pada kepentingan masyarakat Islam seluruhnya berilmu. Ke arah ini, kaum Muslim dianjurkan menuntut ilmu secara seimbang bukan semata-mata untuk kepentingan akhirat, tetapi kemajuan dunaiwi, dan menuntut ilmu hatta sampai ke negara Jepun.
Seawal zaman Neracha lagi, umat Islam tidak menolak ilmu-ilmu dari Barat tetapi “apa juga ilmu boleh terbit faedahnya dengan amal (membuat pekerjaan), maka dengan amal itu bertambah-tambah pengetahuan dan mendapat beberapa percubaan dan memberi faedah yang ramai.” Neracha, 22 Jan 1913.
Perbincangan ini dilanjutkan dalam keluaran 7 Mei 1913 tentang perlunya umat Islam menuntut ilmu biar ke mana saja, tanpa terbatas ke Mesir dan Eropah. Katanya “Jika orang-orang kita bersungguh-sungguh menuntut ilmu kepandaian itu di Eropah atau di Jepun nescaya hendak menyamai atau melebihi orang Mesir pun boleh maka jika tuan berkehendakkan yang demikian itu hendaklah tuan serukan menuntut ilmu kepandaian itu di Eropah atau di Jepun dan tentang itu agama di Mesir atau di tempat-tempat lain.”
Sudah berabad lamanya cetusan pandangan dan cadangan ini berlalu tetapi masih tetap relevan sampai sekarang. Seluruh generasi muda umat patut mengambil ikhtibar daripada ide ini kerana pemartabatan tinggi Islam kepada umatnya yang berilmu pengetahuan dapat turut sama memartabatkan negara-bangsa pada pandangan komuniti global.

Saturday, April 23, 2011

Hidup Sihat: Amalkan Pemakanan Seimbang

Pemakanan seimbang dapat diibaratkan akar tunjang kepada pokok. Tegap dan kukuh akar tunjang akan mantap dirian pohon berkenaan.
Akar tunjanglah yang menyangga batang, dahan, ranting dan daun yang merimbun lebat bersama-sama dengan buah yang bergayutan pada tiap-tiap ruang.
Nah, begitulah dengan makanan dan pemakanan seimbang. Aktiviti lain yang wajar dan patut diamalkan ialah ‘bersenam dan bersukan’, ‘tidur dan rehat yang cukup’, dan pastinya ‘menjalani pemeriksaan kesihatan’.
Malah, amalan pemakanan seimbang tadi memayungi ketiga-tiga aktiviti berkenaan untuk hidup sihat sepanjang usia.
Apakah maksud amalan pemakanan seimbang?
Pemakanan seimbang samalah kedudukannya seperti piramid tegak.
Dasarnya ialah pengamalan pemakanan jenis bijian roti dan krakers, daripada 8-12 kali sehari. Yang menduduki tangga kedua pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran 3-5 kali sehari.
Tahap ketiga, pengguna digalakkan mengambil hasil tenusu dan daging secara sederhana dan berpatutan 1-2 kali sehari.
Kurangkan makan lemak, minyak, gula, dan garam sebagai puncak kepada piramid tegak pemakanan seimbang ini.
Elakkan makan kulit ayam. Ada orang yang langsung tidak mengambil daging.
Sistem fisiologi dan anatomi bakal beroperasi mengikut fungsi yang betul jika pemakanan seimbang menjadi amalan harian, apatah lagi jika dapat dilengkapi dengan amalan riadah dan bersenam secara rutin.

Faktor-faktor Kepupusan Spesies Flora dan Fauna

Hutan hujan tropika contohnya memang kaya dengan spesies flora dan fauna. Di Semenanjung, kira-kira 8,000 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga yang direkodkan sementara 2,500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya pula, ada 200 spesies mamalia, 115 spesies ular, 80 spesies katak dan 80 spesies lagi cicak, yang telah disenaraikan.
Sehubung dengan itu, hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat flora dan fauna, akan tetapi mempunyai fungsi lain seperti sumber ubat-ubatan serta kawasan tadahan air.
Justru itu, tidak hairanlah apabila kawasan hutan kian pupus akibat pelbagai faktor seperti pembalakan haram, pembakaran hutan, pembukaan tanah baru, pemburuan secara haram, dan peningkatan suhu dunia.
Sebagai misalan, dalam jangka masa lima tahun sehingga Jun 1990, keluasan hutan yang ditebang menjangkau angka 500,000 hektar, jauh melebihi had yang dibenarkan 320,000 hektar sahaja.
Pembalakan turut dijalankan di kawasan hutan simpan dan Taman Negara serta membabitkan spesies yang dilindungi seperti meranti dan cengal.
Pembakaran hutan secara terbuka serta pembukaan tanah baru turut memusnah tumbuh-tumbuhan yang sedia ada di hutan. Keadaan ini diperburukkan oleh tindakan pemburu tanpa lesen yang telah mengaut keuntungan besar. Permintaan yang tinggi melalui pasaran antara bangsa dan tempatan terhadap binatang tertentu menjadi punca utama berleluasanya pemburuan haram ini. Kalau begitu, tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang terbabit dengan aktiviti ini.
Akhirnya peningkatan suhu dunia turut menjadi faktor kepupusan flora dan fauna. Sejarah membuktikan kepupusan ‘dinasour’ pun berpunca daripada perubahan cuaca dunia.
Fenomena Elnino yang meningkatkan suhu dunia secara mendadak telah mengancam sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang tidak tahan dengan cuaca panas.
Sementara faktor tabii ini di luar kemampuan manusia hendak mengawalnya, akan tetapi faktor lain akibat kerakusan manusia perlu diberhentikan segera untuk mengelak kepupusan flora dan fauna yang penting kepada kehidupan manusia.
Tindakan memelihara spesies flora dan fauna ini membabitkan kesemua pihak termasuk Jabatan Perhutanan, Kerajaan Negeri, Jabatan Pengaliran dan Saliran, dan hatta individu yang terbabit.
Ada spesies tertentu yang perlu dikategorikan semula daripada ‘terancam’ kepada ‘hampir pupus’ seperti yang terjadi pada burung botak upeh.
Kawasan perlindungan spesies tertentu perlu diperluaskan sekaligus mengisytiharkannya sebagai kawasan santuari burung dan sebagainya.
Kajian terperinci perlu dijalankan dari semasa ke semasa untuk memastikan jumlah sebenar populasi flora dan fauna negara. Yang penting orang ramai perlu dididik dan ada rasa tanggungjawab terhadap spesies ini.
Kita masih ingat lagi akan peristiwa pahit yang patut dijadikan pengajaran akan kepupusan burung Merak Hijau dari bumi Malaysia pada tahun 1960-an dulu.

Friday, April 22, 2011

Contohi Kegigihan dan Kekuatan Semangat Federer

Apabila Roger Federer tewas mengejut kepada pemain Austria, pilihan ketujuh, Juergen Melzer 4-6,4-6, peringkat suku akhir Monte Carlo Masters di Monaca, Ahad lepas, maka pemain Grand Slam 16 kali itu tergelincir kepada kedudukan ketiga menurut ranking dunia.
Ranking Rafa Nadal sebagai pemain nombor satu dunia kian melebar berbanding Djokovic, yang mengambil alih ranking kedua dan apatah lagi Federer, yang setakat ini baru mengungguli kejuaraan Doha awal Januari sahaja.
Tetapi kita masih ingat akan peristiwa berjuta-juta peminat di seluruh dunia menyaksikan lelehan air mata membasahi pipi licin-gedu Federer dalam dua suasana Grand Slam tenis yang berbeza selang empat bulan awal tahun 2009 dulu.
Pada awal tahun 2009 itu, pemain nombor dua dunia berasal dari Switzerland itu tidak dapat menahan kesedihan teramat sangat lantaran kecundang kepada muruh tradisinya, Nadal pada pertandingan akhir Terbuka Australia di Melbourne.
Lima bulan kemudian, beliau sekali lagi tidak dapat menahan sebak kegenangan air mata membasahi pipinya tapi kali ini dalam suasana gembira teramat ceria ketika menjuarai kejohanan Terbuka Peranchis, gelaran pertama seumpamanya untuk menyamai rekod 14 juara utama yang dipegangi Pete Sampras, sekali gus pemain keenam dapat melengkapi karier Grand Slamnya.
Federer dengan gaya permainan yang amat mantap, penuh taktikal dari segi atur gerak-langkah dan pukulan bola di segenap gelanggang dapat menewaskan Robin Soderling, ketika itu selaku pemain pilihan ke-23 dari Sweden, 6-1, 7-6 (1), 6-4 pada pertandingan akhir di Roland Garros
Dalam tiga pertandingan akhir Terbuka Peranchis sebelum ini, Federer kalah kepada Nadal, tetapi juara bertahan empat tahun berturut-turut dari Sepanyol itu dikecewakan Soderling dalam pusingan keempat tahun 2009.
Federer telah memenangi lima tahun berturut-turut kejohanan Wimbledon kecuali tahun lepas dan Terbuka AS serta tiga Terbuka Australia. Sampras memenangi ketiga-tiga Grand Slam itu tetapi tidak termasuk Terbuka Peranchis.
Justru Sampras yang turut menonton perlawanan akhir itu secara langsung di rumahnya di Los Angeles menyifatkan Federer pemain teragung dalam sejarah tenis selepas dapat menyamai rekod Grand Slamnya selama ini.
Federer memasuki gelanggang penuh keyakinan dengan langkah seorang juara. Ramalan memang berpihak kepadanya sesudah tumbangnya Nadal, Muray, dan Jokovic. Masa rehat sehari sesudah menewaskan Del Petro lima set peringkat separuh akhir memberi kesempatan kepadanya mengkaji kelemahan lawan.
Kelebihan Federer terletak pada aces 16-2 berbanding Soderling. Kekuatan inilah juga yang memihakinya kepada 13 gelaran Grand Slam selamanya.
Bintang Switzerland dan Sweden masing-masing terkenal dengan pukulan kencang, demi sedar akan hakikat, Federer sekali sekala mengubah taktik permainan membolehkannya banyak memperoleh mata di jaring.
Set kedua menyaksikan Federer unggul melalui tiebreaker dianggapnya terbaik sepanjang kerjaya tenisnya. Soderling mengakui kehebatan permainan lawannya pada pertandingan akhir itu sehingga diakuinya “Dia mengajari saya bagaimana hendak bermain tenis”.
Yang ini pertandingan akhir Gland Slam ke-19 buat Federer, menyamai rekod Ivan Lendl, sementara yang pertama buat Soderling. Soderling bukan sahaja mengejutkan Nadal, tetapi juga pemain No. 10 ketika itu Nikolay Davydenko, No. 12 Fernando Gonzalez dan No. 14 David Ferrer.
Ketabahan menghadapi gemuruh penonton memberi sokongan padu kepada pemain tuan rumah seperti Gael Monfils, gangguan penonton yang memasuki gelanggang seperti pertandingan akhir, dan kesungguhan menebus kekalahan dua set pertama seperti penentangan Federer terhadap Tommy Haas dari Jerman, berakhir dengan kemenangan 6-7 (4/7), 5-7, 6-4, 6-0, 6-2, adalah pengajaran berguna kepada pemain bukan sahaja bertanding dalam kejohanan Grand Slam seperti Terbuka Peranchis tetapi kejohanan lain yang tidak kurang unggulnya.
Djokovic dan Federer tidak bermain pada kejohanan terbuka Bacelona sekarang, pastinya memberi kesempatan kepada Nadal untuk melebarkan jarak perbezaan mata daripada mereka. Soderling, finalis 2010, tewas mengejut 2-6, 4-6, kepada pemain Croasa Ivan Dodig, sesudah terpaksa berehat dua minggu kerana kecederaan lutut.
Pemain Sweden itu akan mencuba nasibnya pada kejohanan Estoril, Portugal, minggu depan.

Tuesday, April 19, 2011

"English Premier League title race still open"

Manchester United held to goalless draw by Newcastle at St James’ Park early today to throw premier league title race open.
Last Saturday, league leaders with 70 points, was defeated 0-1 by Manchester City, in the semi-final FA Cup.
On Monday, second spot Arsenal with 64 points suffering a huge blow to their hopes aftar a controversial 1-1 draw against Liverpool
However, Arsene Wenger has asked his Arsenal players to fight until the end in the Premier League title race.
It leaves Arsenal six points behind Manchester United with just six games to play this season and time running out to catch Sir Alex Ferguson’s league leaders.
Manchester City will meet Stoke City, with a convincing win 5-0 agaist Bolton, in next month’s FA Cup final.
Its manager Roberto Mancini believes victory in the FA Cup can be a launchpad for success in the Premier League by saying that “If we can win the FA Cup, probably next year we can play for the title”.
He believed victory in the FA Cup could be a turning point for City, the Italian warned that the club still had to win a final against Stoke if they are to end a 35-year trophy drought.
On the other hand, Mclaren’s Lewis Hamilton won a thrilling Chinese Grand Prix on Sunday to deny Formula One world champion Sebastian Vettel fifth triumph in a row.
Germany’s Vettel finished runner-up and 5.1 seconds behind the Briton, with his Australian Red Bull teammate Mark Webber taking third after starting 18th.
Vettel had won the fist two races of the season, after also finishing first in the last two of 2010.
He took his first defeat of 2011 on the chin, and was adamant that second place was no disappointment on an afternoon when a bold, two-stop strategy failed to pay off.
Vettel now has 68 points while Hamilton moved up to second overall with 42.
Red Bull have 105 to McLaren’s 85 and Ferrari’s 50.
World No.1, Rafa Nadal wrapped up a seventh title in a row defeating his fellow Spaniard, David Ferrer 6-4,7-5, in the final of Monte Carlo Masters, on Sunday.
Nadal is also only 24 and has amassed a reoord 19 Masters titles.
His dominance on clay has put him on course to win every claycourt event he enters this year (2011) just like in 2010.

Monday, April 18, 2011

"Berdosakah Daku kepada Suamiku?" (8)

(8)
Rezeki kami bertambah murah di rumah sewa baru. Suami ligat bekerja mengumpul wang untuk membeli rumah. Dia dapat tawaran menulis skrip drama radio dan ulasan buku di radio selain sudah dinaikkan kepada penyunting berita di bilik berita radio, syif malam tadi. Satu syif dapat RM35.
Gaji di Bernama juga sudah berada pada tahap melebihi RM700 sebulan dalam masa tiga tahun perkhidmatannya. Peningkatan gaji agak mendadak daripada RM450 (mula-mula bekerja) kepada RM550, kepada RM580 dan kepada RM770. Aku memanjat syukur ke hadrat Ilahi atas kemurahan rezeki itu.
Pada suatu malam, jiran sebelah mengajak kami bertandang ke rumahnya. “Bawa sama anak yang kuat menangis tu,” pintanya.
Entah mengapa, anak kedua kami kuat menangis malam. Begitu juga dengan anak ketiga yang lahir lapan tahun kemudian, juga kuat teriak malam.
“Budak ini sewa sawan tangis,” kata tamu yang hadir di rumah jiran sebelah.
Sejak itu, anak kedua kami itu sudah tidak menangis malam lagi. Kami memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi. Amin! Allah ta’alalah yang mengizinkan dia jadi begitu. Kelenaan tidurku tidaklah terganggu seperti selalu sesudah dia juga lena tidur dalam dakapan malam.
Si tamu langsung merungkai mistri di sebalik kepucatan dan kelesuan wajahku. “Adik ni, macam terkena buatan orang. Dendam tak sudah,” tidak segan silu dia bersuara spontan.
Beberapa jurus kemudian dia bertanya kepadaku: “Barang ni nak hantar balik kepada tuannya, ataupun buang begitu sahaja?”
Spontan itu pula, aku menjawab: “Buangkan sahaja”.
Ketika itu kami sudah membeli rumah baru teres dua tingkat di Desa Minang, Jalan Batu Caves melalui simpanan kami sekitar RM10,000. Rumah bernilai RM47,500 itu kami duduki tahun 1976, melalui pinjaman perumahan sekitar RM30,000, huluran agensi berita Bernama, tempat suamiku berkhidmat.
Lima belas tahun berlalu dan rezeki kami bertambah lagi. Kami membeli sebidang tanah sekitar RM40,000 dekat rumah sewa lama di Taman Perwira, kononnya hendak membina bonglow. Cerita konon-kononnya sahaja pada waktu itu.
Jawatan terakhirnya di Bernama ialah Ketua Penyunting bertaraf superskil G sesudah lulus kepujian kelas pertama Program Penulisan Kreatif dan Deskriptif, Jabatan Pengajian Melayu. Suami hanya diberi cuti tanpa gaji selama tiga tahun oleh Bernama.
Si suami selalu bersungut tentang perkara ini kerana sudah ada teladan staf diberi ganjaran gaji penuh semasa belajar untuk ijazah pertama di Universiti Sains Malaysia USM di Pulau Pinang. Katanya, mengapakah mesti ada pilih kasih dan ‘double standard’ dalam soal ini?
Dia nampaknya berkecil hati lalu nekad memindahkan khidmatnya ke organisasi lain. Biarpun dengan perasaan berat dan sedih, akhirnya, dia terpaksa juga meninggalkan khidmatnya selama 16 tahun di Bernama pada awal 1987.
Justru warga fakulti seharusnya tidak berasa cemburu dan irihati dengan kedudukannya sebagai pensyarah kanan, sambungan daripada jawatan kanannya di Bernama.
Suami sedang menyiapkan tesis Sarjana Sastera (MA) secara sambilan dengan Universiti Malaya, sebelum mohon dipindahkan ke Institut Teknologi Mara kampus Melaka (Kini Universiti Teknologi Mara UiTM) pada 1990.
Begitu banyak fitnah dan tohmahan dilemparkan terhadap dirinya selaku Dekan Fakulti Sebaran Am. Desas-desus yang kedengaran ke cuping telinganya termasuklah “MA pun tak ada, nak jadi dekan”.
Begitulah dunia Melayu, tak kira insan biasa, berpendidikan separuh tiang, dan berpendidikan tinggi, sama sahaja PHD mereka tak lekang dek panas dan tak luput dek hujan.
Jika tidak sampai hajat di hati, ha, bukan dikatakan anggur itu masam, malah dibomohi seperti yang terjadi kepada diriku selama lima tahun.
“Biarkan mereka bertunang dulu, lepas itu tahulah kami apa yang patut dibuat,” suara sindiran ini terngiang-ngiang mengusik telingaku, suara yang disampaikan emak saudara kepada emak.
Emak saudara itu mendengarinya ketika dalam bas, terlontar oleh suara emak saudara pihak laki-laki yang gagal hendak memilikiku sebagai isteri.
Bonda pula menyerahkan segala-galanya kepada kudrat Ilahi.
Berdosakah daku kepada suami dengan suratan takdir hidupku begini?

Ulasan format dan isi-isi karangan jenis ceramah

• Isi ceramah mantap dan tuntas.
• Isi-isi yang diutarakan ialah penyediaan bajet perbelanjaan, perancangan awal, jangan terlalu boros tetapi sebaliknya bersikap sederhana, wang lebihan dapat disimpan di bank yang sesuai demi masa depan dan pendidikan anak-anak, dan jangan terlalu terpedaya dengan tawaran harga atau harga runtuh.
• Susunan isi diucapkan menurut kepentingan dan kronologi.
• Penceramah mendahului ucapannya dengan memetik peristiwa ‘hari tidak berbelanja’ dan kesan-kesannya anjuran FOMCA.
• Kemudian baru penceramah memuliakan majlis dengan kata-kata sambutan dan penghadapan.
• Urutan berikutnya ialah makna dua diksi iaitu ‘hemat’ dan ‘nikmat’, kerana kedua-duanya saling berangkaian dan berkaitan, memberi makna satu sama lain.
• Sebagai kesinambungan, penceramah mengulangi peristiwa ‘hari tidak berbelanja’ yang dimukadimahkan, tetapi kini lebih kepada keberhasilan penurunan harga barang keperluan akibat pemantauan pihak berkuasa.
• Ceramah diakhiri dengan penutipan puisi Imam al-Ghazali, contoh yang relevan bagi berbelanja secara berhemat untuk hikmat tidak terhingga.
• Kutipan ini relevan sebab dalam perenggan sebelumnya disebutkan pengguna terpaksa menanggungi beban hutang akibat berbelanja secara tidak berhemat.
• Penceramah mengakhiri ucapannya dengan harapan agar hadirin dapat mengambil ikhtibar daripada isi-isi ceramahnya.
• Memang wajar apabila ceramah diakhiri dengan serangkap pantun.

ULASAN GAYA BAHASA KARANGAN JENIS CERAMAH

 Pengucapan gaya bahasa cantik dan indah sesuai sebagai bahan ceramah bermutu tinggi lagi tuntas.
 Bahasanya berupa gabung jalin yang mudah dengan yang payah kerana ada maksud pada lapisan kedua.
 Namun begitu, secara keseluruhannya, gaya bahasanya mudah sebab berada pada tahap keterbacaan mudah difahami.
 Yang berada pada tahap kedua maknanya ialah petikan baris-baris puisi Imam al-Ghazali.
 Al-Ghazali menyifatkan dirinya sebagai sebutir mutiara yang keluar dari sarungnya. Selama ini sarung merupai penjara dalam keadaan memenjara hidupnya dalam keadaan duka nestapa.
 Pada lapisan kedua, al-Ghazali menyifatkan dirinya sebagai seekor burung dan jasad sebagai sangkarnya yang memenjara dirinya. Begitulah hasilnya apabila hari ini beliau berpesta dengan para auliya’ di tempat yang tinggi.
 Tindakan boros berbelanja memaksa penanggungan hutang yang banyak sehingga jasad sebagai sangkar yang memenjara diri.
 Mesejnya, pengguna perlu berbelanja secara berhemat untuk meraih hikmat yang tidak terhingga.
 Bahasa ceramah ini juga luas melalui proses normalisasi seperti contoh yang digarisi dalam karangan.

Sunday, April 17, 2011

Model Karangan: "Hemat berbelanja, hikmatnya tidak terhingga"

‘Hari tidak berbelanja’ pernah dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). Kepada saya, langkah berkenaan dapat dianggap bijaksana dalam usaha mendidik pengguna lebih berhemat dan pintar berbelanja dalam situasi kenaikan amat tinggi harga barang keperluan. Penganjuran program berkenaan sebenarnya langkah permulaan bagi masyarakat melatih diri jimat berbelanja sepanjang masa.
Selamat pagi dan salam sejahtera. Yang dihormati tuan pengerusi majlis, tuan Pengarah Pelajaran Daerah, Tuan Pengetua, wakil FOMCA, dif-dif kehormat, tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang saya hormati sekalian. Ceramah saya pada pagi mulia ini berbunyi : ‘Hemat berbelanja, hikmatnya tidak terhingga’.
Sebelum saya meneruskan bicara, ada baiknya terlebih dahulu saya takrifkan dua kata kunci ceramah ini iaitu ‘hemat’ dan ‘hikmat’ untuk merungkai kekeliruan yang mungkin bertakhta dalam fakulti fikiran khalayak sekalian. Kedua-dua diksi ini saling berangkai kerana tanpa hemat berbelanja, tidak akan ada hikmat yang diharap-harapkan.
‘Hemat’ bermaksud ‘berhati-hati, cermat, dengan teliti, jimat, dan tidak boros ataupun membazir daripada segi penggunaan wang atau menggunakan sesuatu’. ‘Hikmat’ pula bererti ‘kepandaian, bijaksana, erti dan tujuan sebenar daripada sesuatu tingkah laku dan perbuatan’. Dengan itu dapat saya simpulkan bahawa ‘kecermatan, kepandaian, dan kebijaksaan berbelanja (amalan) bakal mendatangkan hikmat dan berkat’.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Pemulauan sampai ‘tidak berbelanja’ dapat memberi pengajaran kepada pihak tidak bertanggungjawab seperti penyorok barang keperluan khususnya beras dan gula pasir serta pemanipulasian harga kepada tahap melampau. Tindakan begini nampaknya begitu berkesan apabila harga ayam basah telah turun kepada paras biasa kerana penawaran melebihi permintaan. Keberhasilan ini tentunya berpunca daripada pemantauan pihak berkuasa terutama di pasar-pasar besar di bandar. Begitulah hikmatnya daripada bijak berbelanja secara cermat lagi berhemat.
Mengapakah kita perlu berhemat berbelanja melalui penyediaan bajet rapi sebelum membeli-belah di pasar-pasar raya dan sebagainya? Ya, pengaturan bajet awal-awal lagi pasti akan mengekang pengguna bertindak boros, melebihi perancangan awal. Wang lebihan dapat ditabung demi kepentingan dan kegunaan masa depan terutama ketika berlaku kecemasan dan kesusahan membeliti diri dan kehidupan keluarga. Lebihan wang dapat dimanfaatkan membeli buku kerja dan bacaan tambahan demi kepentingan pelajaran anak-anak. Kata orang tua-tua ‘sediakan payung sebelum hujan’ hendaklah dimanfaatkan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Penghematan pada segi berbelanja dapat mengelakkan keborosan dan pembaziran sebab kedua-duanya menjadi teman syaitan. Kesederhanaan itu sebaik-baik tindakan yang perlu diambil dalam apa juga aktiviti dan ragam kehidupan. Makan secara sihat dan berimbang dapat menjaga kesihatan dan menjamin hidup sihat. Contohnya, gejala kegemukan badan terutama dalam kalangan kanak-kanak dapat dielakkan. Amalan hidup sihat berpunca daripada ambilan makanan seimbang.
Ya, masyarakat kita selalu terpesona dengan tawaran jualan murah atau harga runtuh. Tawaran melampau ini biasanya dibuat peniaga pada musim-musim perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina. Signifikan sambutan Aidilfitri misalnya lebih kepada kejayaan umat menunai amalan berpuasa dan ibadat lain yang dituntut sepanjang Ramadan, tidak diukur pada hiasan rumah yang melampau dan juadah hari raya yang keterlaluan sampai tahap pembaziran. Akibat berbelanja di luar tahap kemampuan ini ialah bebanan hutang yang banyak sesudah itu.
Ingatlah akan baris-baris puisi Imam al-Ghazali ini:
“Aku ialah sebutir mutiara yang keluar dari sarungnya, sarung merupai penjara dalam keadaan memenjara hidupku dalam duka nestapa. Aku seekor burung dan jasad ini sangkarku …. Hari ini aku berpesta dengan para auliya’ di tempat yang tinggi”.
Begitulah ceramah saya yang tidak sepertinya pada pagi ini. Saya berharap isi-isi ceramah ringkas ini dapat dimanfaatkan supaya sikap berbelanja secara berhemat akan akhirnya membawa berkat dan hikmat tidak terhingga. Saya akhiri ceramah ini dengan serangkap pantun: ‘Jika ada jarum yang patah, jangan disimpan dalam peti; jika ada silap sepatah, jangan disimpan dalam hati’.
(568 perkataan)

Saturday, April 16, 2011

Sarawak's state elections: Opposition parties make some inroads

Congratulation Pakatan Rakyat comprising of Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR), and PAS of capturing another seven seats in the 10th Sarawak State Assembly election yesterday.
In all, DAP and PKR won 12 and 3 seats respectively, and as in the words of its chief, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail: The result is historic – unprecedented in Sarawak’s history – never before has the result moved to a two-party system.
She went on to claim that “In fact the opposition are facing the whole government machinery.”
BN comprising of Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBS), Sarawak United People’s Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), and Sarawak People’s Democratic Party (SPDP) retained its two-third majority in the 71-seat State Assembly, winning 55 seats, less seven seats from 2006.
Another seat went to independent.
Say analysts : Despite BN winning three-quarters of the Sarawak State Assembly. Chief Minister Tan Sri Abdul Taib Mahmud has become a liability that the ruling coaliton can ill effort to carry into the next state general election.
The victory not all that sweet.
BN won 55 seats (PBB-35, SUPP-6, PRS-8), and SPDP-6) due to the fact that majority of the people especially in the rural areas are still thinking as they are like 30 years ego.
“It may take a long time from now for the rural folks the realize the way the urban people think about their political future,” said an analyst.
The DAP has won 12 out of its 15 contested seats, its biggest win in Sarawak to date that was capped by the biggest upset when young blood Ling Sie Kiong beat six-term incumbent Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, Deputy Chief Minister and SUPP president, for the Piasau state seat.
The party stamped its mark by nearly wiping out SUPP in urban Chinese-majority seats.
The seat has seen intense campaigning as DAP has made Miri its frontline.
During the campaigning, Dr Chan admitted it had been “one heck of a battle’ with DAP, which had been the SUPP’s arch-enemy ever since it joined BN in the late 1970s.
He also said that the outcome of the Sunday’s election will show who among the four – Peter Chin, David Teng, Lee Kim Shin, and Wong Soon Koh – has the higgest support of the rakyat and that will help determine their status in the party.
He said there were three more major projects he wanted to do before retiring.
“These are the outstanding tasks I must get done before I go – the contruction of the RM60mil Borneo Village and the RM200mil spillway project in Miri and also the upgrading of the highway from Kuala Baram.
“These are the nerve-centre for the future development of Miri. Once I see these projects in place, I will go,” he said in Miri SUPP headquaters on Friday.
Now, he had to go after losing Piasau seats to DAP’s Sie Kiong.
PKR still had made some progress as compared to the last election, winning two extra seats notably Krian with a convincing majority.
The party has made something of a breakthrough in rural Orang Ulu dan Dayak areas.
Krian for instance, is a semi-urban area, where according a PKR’s source, the internet connection is good and the people keep up to date with the latest news.
Ali Biju, 43, and single, who is a self-made bussinessman in the oil and gas industry based in Bintulu, defeated SPDP deputy president Datuk Peter Nyarok, SNAP’s Liman Sujang, and independent Banyi Beriak in a four-cornered fight.
State PKR chairman Baru Bian led the way for the party by winning in Ba’Kelalan, obtaining 2,505 votes to defeat SPDP newcomer Willie Liau by 473 votes.
PKR also retained Batu Lintang, with its state information chief, See Chee How, winning by a 8,381-vote majority over SUPP’s Sih Hua Tong and independent Lina Soo.
The party has only one seat in the previous state assembly in Dominique Ng, who stood as independent in Padungan where the DAP contested this time in a seat swap with PKR.
The DAP’s candidate won in Padungan while Ng lost his deposit.
The PKR victories showed that it was multi-ethnic, with representatives from various racial groups.
Good job for PR, especially DAP, and majority of the Sarawakians, who wanted to change. Keep it up for the coming of 13the parliamentary elections.

"Hemat berbelanja, hikmatnya tidak terhingga"

MODEL SOALAN

Pengguna selalu dipersalahkan di sebalik kenaikan harga barang keperluan kerana mereka boros berbelanja. Sempena sambutan Hari Pengguna, anda diminta menyampaikan ceramah bertajuk “Hemat Berbelanja, Hikmatnya tidak Terhingga’. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

KEHENDAK SOALAN
• Isu utama yang perlu diceramahkan ialah ‘keborosan pengguna berbelanja sehingga harga barang keperluan melambung tinggi khusus musim perayaan seperti hari raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina.
• Justru pengguna perlu mengubah tabiat berbelanja supaya lebih berhemat agar beroleh rahmat dan hikmat yang tidak terhingga dalam kehidupan seharian.
• Penceramah perlu menjelaskan maksud dua diksi yang saling berkaitan satu sama lain iaitu ‘hemat’ dan ‘hikmat’.
• Ceramah ini perlu disampaikan kepada khalayak tertentu pengguna dan justru teksnya benar-benar berupa ceramah.
• Maksud tersirat di sebalik ceramah ini ialah pengguna perlu berbelanja dengan cermat dan berhemah untuk mendapat keberatan melalui cadangan-cadangan yang diutarakan.

ACTIVITY

Stop for a few moments and think about the above topic based on the materials that you have read or heard recently. List down the points that clearly reflect the topic that you are going to discuss.

RANGKA DAN ISI-ISI KARANGAN

1. Pengenalan ucapan
• Kutipan daripada peristiwa ‘Hari tidak berbelanja’ anjuran FOMCA.
• Kata-kata sambutan dan penghargaan.
• Tajuk ceramah yang hendak disampaikan.

2. Isi-isi ucapan
• Huraian maksud ‘hemat’ dan ‘nikmat’.
• Kesan daripada pemulauan sampai ‘tidak berbelanja’.
• Penghematan berbelanja melalui penyediaan bajet.
• Pemborosan dan pembaziran dapat dielakkan.
• Jangan terpesona dengan tawaran jualan murah dan harga runtuh.
• Kutipan baris-baris puisi Imam al-Ghazali.

3. Penutupan ucapan
• Harapan di sebalik ceramah yang disampaikan.
• Ucapan terima kasih.
• Akhiri ucapan dengan serangkap pantun.

Are you tired? If you are, take a short break now.

Here you are : Mister Potato

Ingredients: Potatoes, Palm Olein, contains permitted flavouring substance, Sugar, Spices, contains Monosodium Glutamate (E621) as permitted flavour enhancer, salt, maltodextrin, contains asidity regulator (E296) and anticaking agent (E551) as permitted food conditioner. Cantains permitted food additives of plant and synthetic origin.

May contain traces : Gluten, crustace, fish, milk, peanuts, soybeans, celery, and mustard.

Friday, April 15, 2011

Karangan Jenis Ceramah - Pengenalan dan Format

PENGENALAN
• Sebagai penceramah, anda perlu membayangkan diri anda berucap di hadapan khalayak tertentu seperti rakan-rakan anda.
• Bahasa yang diucapkan semasa berceramah perlu sesuai dengan khalayak, sama ada masyarakat biasa ataupun yang berpendidikan tinggi. Anda perlu menggunakan kadar keterbacaan yang rendah bagi khalayak biasa sebaliknya kadar keterbacaan yang tinggi jika khalayak berpelajaran dan berpendidikan tinggi.
• Pengucapan hendaklah tegas, jitu, padat, dan berkesan dengan menggunakan intonasi suara (turun naik ataupun tinggi rendah nada suara) bagi menarik perhatian khalayak.
• Intonasi suara hendaklah tinggi apabila hendak menekankan isi yang penting, yang disebut dalam penulisan karangan sebagai AYAT TAJUK.
• Sebaliknya berintonasi rendah dan lembut apabila sampai kepada bahagian huraian, contohan dan buktian. Anda perlu menaikkan intonasi suara ketika hendak membuat kesimpulan bagi satu-satu isi penting.
• Tiap-tiap isi yang berupa AYAT TAJUK bagi tiap-tiap perenggan perlu jelas, tepat, dan tegas.
• Berikan HURAIAN, CONTOHAN sebelum membuat kesimpulan kecil untuk dirangkum padat dalam KESIMPULAN.

FORMAT KARANGAN JENIS CERAMAH

• Biasanya ceramah didahului oleh kata-kata sambutan menurut protokol. Contohnya seperti Tuan Pengerusi majlis yang saya muliakan, Tuan Pengetua, dif-dif kehormat, guru-guru, dan pelajar sekalian.
• Ada pula penceramah yang cenderung memberikan mukadimah terhadap satu-satu tajuk yang hendak diceramahkan seperti karangan model ini.
• Sesudah itu barulah penceramah berkenaan memberikan kata-kata sambutan dan memuliakan dif menurut protokol seperti di atas.
• Seelok-eloknya perinjakan daripada satu isi dengan isi berikutnya, diselitkan unsur sapaan seperti ‘hadirin yang saya muliakan’, ‘hadirin yang dihormati sekalian’, ‘tuan-tuan dan puan-puan sekalian’, dan sebagainya.
• Sebelum mengakhiri ceramah, penegasan isi perlu dibuat sebagai rangkuman supaya khalayak dapat memahami ceramah berkenaan melalui imbasan kembali.
• Ceramah diakhiri dengan kata-kata sambutan seperti yang terungkap dalam pembuka bicara disusuli dengan ucapan terima kasih kepada hadirin atas keprihatinan mereka mendengar ceramah dengan tekun.

Thursday, April 14, 2011

"Berdosakah Daku kepada Suamiku?" (7)

(7)
Seminggu berlalu. Aku ikuti suami berpindah ke Kuala Lumpur. Dia bekerja dengan Utusan Melayu. Gajinya sudah bertambah RM80 menjadi RM280, tahun kedua dia bekerja.
Sewa rumah kami RM80, di Setapak Garden, rumah teres setingkat milik tauke Cina, baik orangnya dan tidak banyak cerewet. Rumah sudah dicat semula dan cantik kemas macam rumah baru.
Pada satu hari, aku berterus terang kepada suamiku: “Jangan marah jika dinda berterus terang kepada kanda”.
Nampaknya dia selamba sahaja, memberi ruang kepadaku untuk terus berbicara: “Jikalah cikgu sekolah menengah tu dekat di sini, ada di Kuala Lumpur, saya akan pergi cari dia”.
“Tak apa, jika jodoh kita setakat ini sahaja,” suaranya tegas seolah-olah tidak langsung berbunga kekesalan.
“Terus terang kanda, dinda asyik teringat-ingat dan terbayang-bayang wajahnya. Hati dinda meronta-ronta hendak mencarinya”.
Bicaraku ternokhtah setakat itu sahaja apabila suamiku bersikap endah tak endah dan langsung tidak memberi respon.
Dia nampaknya lebih sibuk sekarang, kerana kerja ikut giliran, pagi, tengah hari, dan malam sampai jam 12.00.
Rezeki anak sulung kami ada. Suami sudah berpindah mendapat tawaran kerja di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai penolong penyunting dapat RM450 sebulan.
Ketika ini, perintah berkurung masih berkuatkuasa akibat tragedi 13 Mei 1969. Pun begitu, ketika perintah berkurung dilonggarkan, kami ke pasar besar Chow Kit Road juga.
Selain itu, suami juga bekerja sambilan sebagai penterjemah berita secara sambilan di bilik berita Radio RTM, biasanya syif malam. Pendapatannya dalam lingkungan RM300 – RM400 sebulan.
Kami sudah meninggalkan rumah sewa di Setapak Garden kerana jiran-jiran kurang menyenangkan. Kini menyewa rumah teres di Taman Perwira pula sehingga memperoleh anak kedua, yang kuat menangis.
Ada kira-kira setahun kami di rumah ini, kemudian terpaksa berpindah lagi, selang sepintu jaraknya, sewa bertambah. Tetapi tak apa, kata seniman Tan Sri SM Salim, rezeki anak-anak ada. Ketika bujang, ikut ceritanya, suamiku pernah tinggal dua bulan di bawah tangga rumah Salim ini, dengan sewaan RM30 sebulan, terletak di Kampung Baru.
Sesudah itu, dia berkongsi rumah sewa, rumah kayu dengan Nordin Cina, wartawan Utusan, ketika kuutusi telegrem mengatakan rombongan datang meminang dulu.
Tidak lama di sini kerana kemudiannya, dia berpindah lagi menyewa rumah batu empat pintu dua tingkat juga di Kampung Baru, tak jauh dari rumah lama tetapi lebih dekat dengan perhantian bas.
Di rumah inilah, ayah mentuaku datang memujuk anaknya agar terus bertunang dan menikahiku. Rumah inilah juga kami sekeluarga kunjungi sesudah kami diijabkabul (bernikah gantung).
Kami terpaksa pindah kerana rumah sewaan kami sudah dilelong bank. Pemilik rumah menawarkan harga paling murah kepada kami untuk menebus lelongan bank itu. Malangnya kami tidak mampu membelinya kerana simpanan tidak cukup.

Wednesday, April 13, 2011

"Berdosakah Daku kepada Suamiku?" (6)

(6)
Malam itu malam pengantin, malam pertama kudituduri laki-laki bergelar suami.
Bilik pengantin terhias indah dan cantik. Suamiku tidak berani menidurinya. “Cantik dan amat kemas,” usiknya.
Jelingannya memesrakan akal fikirku bahawa dia lebih rela tidur di bawah sahaja. Aku akur lalu menarik tilam bujang dari bawah katil.
Dia lantas menguliti seluruh badanku sepuas-puasnya, semahu-mahu, dan sehendak-hendaknya.
Aduh nikmatnya! Sudah pun kahwin. Limpahan keriangan dan kenikmatan yang membanjiri jasadku tiba-tiba terhenti oleh empangan yang terbina kukuh, mantap, dan teguh.
Baru sejenak tadi, kurasai kesedapan persis gadis yang baru sahaja menikmati keriaan dan kegembiraan malam pengantin, tetapi kini segala-galanya sudah ternokhtah.
Suamiku sedar dalam kesuraman cahaya lampu bilik tidur bahawa air mataku meleleh. Aku terbayang-bayang akan wajah kedua-dua orang guru yang melamariku. Seorang di kepala katil kanan dengan pandangan sinis memerhatikan gerak si suami “mendayungi perahu kecilku” sementara yang seorang lagi di kepala katil kiri dengan bersahaja menguliti pacuan suamiku terhadap kenderaan kecil yang baru dibelinya.
Tiba-tiba sahaja aku menjerit dalam kesepian malam mendapaki waktu. Nanti ibu bapa menyangkai aku kesakitan malam pengantin.
Oh tidak begitu. Kisahnya macam orang tidak percaya.
Benar yang kudakapi dalam olengan perahu kecilku, bukan suami tetapi dua insan yang kehausan tagihan cintaku, seorang demi seorang, saling bertukar!
Kudakapi mereka, seorang demi seorang kuat-kuat, erat-erat, dan padat-padat, kumelupai suamiku, yang bekerja keras mengumuli dan membajaki ladang sawahku.
Perasaan kasihan tiba-tiba menerjah banir perasaanku, terjahan yang amat kuat dan teramat sangat. Aku kasihan akan mereka. Mengapakah aku menolaki lamaran mereka? Mengapakah aku tidak berkahwin dengan seorang daripada mereka? Mereka sekarang baru tiba perasaan kasihan terhadap mereka? Mengapakah aku memilih lamaran orang ketiga?
Aku toleh lagi pangkal kanan katil, nampak dia yang menggeleter mengunjukkan lembaran kepadaku dulu, sedang sinis memerhatikan kekerasan sekujur tubuhku persis batang pisang rebah tanpa perasaan serta tidak bermaya.
Aku toleh pula pangkal kiri katil, terpamer wajah guru sekolah menengah dalam keadaan terus mengejek dan mempersenda permainan dan gurau senda kami.
Aku terus menangis teresak-esak. Barangkali suamiku menyangka aku kesakitan.
Oh tidak, drama ini bukan rekaan, tetapi realiti daripada satu kehidupan yang benar-benar hadir di dunia nyata, pernah kualami.
Yang kupeluki dan dakapi bukan suami, tetapi dia. Yang kuusapi dan mesrai bukan suamiku, tetapi mereka seorang demi seorang, silih berganti!
Aduh, besarnya dosaku!
Kelanjutan usia malam pengantin diusiki suara azan Subuh dari surau di depan rumah kami. Aku kaget dan hairan mengapakah di sebelahku ada seorang laki-laki, tidur mendakapiku.
“Oh, ada laki-laki rupanya tidur bersama-samaku malam tadi,” bisik hati kecilku.
Aku mengesel-ngeselkan mataku yang sebenarnya sudah bengkak.
Malu aku mengenangkan malam pengantin penuh trajis itu.
Sejurus kemudian aku sudah berada di bilik air. Sejurus kemudian lagi, suamiku datang pula mengambil alih tempatku sesudah aku selesai bersiram.
Kami pertama kali bersolat jemaah Subuh pagi itu. Jauh-jauh di sudut hati, aku memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar dipanjangkan jodoh dengan dia. Rupa-rupanya dia juga berdoa begitu.

Tuesday, April 12, 2011

"Berdosakah Daku kepada Suamiku?" (5)

(5)
Genap seminggu sesudah dia kuutusi lembaran, maka ayahanda mengunjukkan bungkusan kepadaku. “Budak itu hantar bungkusan,” tingkah ayah pendek.
Bungkusan surat-surat cinta kami selama enam tahun perkenalan, langsung merimbuni tasik kegembiraanku yang selama ini membeliti diri. Lantar kuserahkan kembali surat cinta yang sudah bertaip dan berfail cantik itu kepada ayahanda untuk dipanjangkan kepada pakcik Mahmud.
Majlis pertunangan berlangsung senyap-senyap di rumah kami, dengan tersarungnya sebentuk cincin belian di jari manisku. Cincin bernilai RM150 itu kupakai sepanjang masa biar ke mana sahaja terutama ketika mengajar. Baik guru sekolah rendah mahupun guru sekolah menengah, kedua-duanya sudah berkaca mata hitam.
Berdosakah aku kepada suamiku?
Si dia berasa bersalah mengambil kekasih orang, ketika pertemuan kami membeli cincin pertunangan di Ipoh, ketika aku sendiri ditemani abang ipar.
Dia berasa amat bertuah kerana cincin itu dibeli hasil hadiah saguhati bernilai yang sama, peraduan mengarang cereka rekaan sains anjuran DBP dengan tajuk “Mengejar Sebuah Ijazah”.
“Dinda mana tahu, mereka mencintai dinda,” tegasku untuk meredakan kegusaran sanubarinya.
“Mereka mencintaimu secara diam-diam, senyap-senyap, berat nak nyatakan hasrat yang terpendam dan terbuku di hati”.
Aku tidak mahu menegakkan benang basah dalam konteks ini sedangkan pertunangan belum berlangsung.
Sebentuk cincin belian sudah berbeli untuk disarung ke jari manisku pada majlis pertunangan nanti.
Memang majlisnya sederhana sahaja, pada hari Sabtu. Petanda awal itu menunjukkan rezeki kami murah. Kesemuanya 31 bekasan pihak kami dihantar kepada rombongan peminangan. Ikut ceritanya, si dia terbahak-bahak menegur air sirap merah, manis katanya kepada sanak saudara dan keluarga yang melingkarinya.
Persandingan bakal berlangsung setahun atas alasan keluarga bahawa si dia baru sahaja berkerja untuk menyiapkan hantaran seribu ringgit dan emas kahwin RM103. Aduh, hebatnya, agaknya diriku ini puteri turun dari kayangan.
Esoknya tersiar berita pertunangan kami dalam Utusan Malaysia. Minggu depannya, hari Ahad, termuat pula sajak khas ciptaan bakal suamiku untuk pertunangan kami juga dalam Utusan Zaman. Hebat. Topik itu menjadi perbualan hebat minggu itu dalam bilik guru.
Si dia mahu kami diijabkabul dulu sebelum persandingan. Ayahanda keberatan hendak menerimanya. Lantaran begitu, tercetuslah pergaduhan dikemuncaki dengan utusan bertaip dakwat merah kepada ayahanda hendak diputuskan tunang.
Coretnya kemudian bahawa bakal ayah mentuaku datang sendirian ke rumah sewanya di Kampung Baru Kuala Lumpur, memujuknya. Bonda pula beria-ria benar memohon supaya perkahwinan diteruskan kerana belum pernah terjadi dalam keluarga kami, peristiwa hitam seperti itu.
Rumah sewa itulah juga yang kami sekeluarga jengahi sesudah bertunang dan bernikah gantung.
Majlis persandingan berlangsung akhir tahun 1968 di rumah kami yang sederhana. Sahabat handai, saudara mara, dan rakan taulan, jauh dan dekat semua hadir memeriahkan majlis persandingan kami.
“Cerah masa depan budak-budak ini,” tingkah Pak Lang dari Alor Setar, Kedah kepada ayahanda. Pak Lang sudahpun arwah, tetapi jika ke Alor Setar, tidak jadi tidak kami singgah di rumahnya.
Guru sekolah menengah itu ada datang dengan rakan sekerjanya, mengejek-ngejek kami ketika bersanding di atas pelamin. Sinap dan kelibat yang seorang lagi tidak terusik oleh pandangan. Jauh-jauh di hati kami mendoakan mereka cepat bertemu jodoh yang sesuai dan sepadan. Amin!

"Berdosakah Daku kepada Suamiku?" (4)

(4)
Suatu hari, ayahanda mengizinkan aku bersua wajah empat mata dengan si guru sekolah rendah bagi merungkaikan kekalutan yang tersidai.
“Mengapakah cikgu tolak pinangan saya?” dia bertanya.
“Saya terima dia sebab kami sudah berkawan lama,” tingkah daku sambil menumpahkan pandangan kepada wajahnya.
“Saya tidak pernah ternampak surat untuk cikgu,” tingkahnya.
“Rahsia kami ayahandapun tidak tahu,” jelas daku.
“Maksudnya?”
“Si dia mengirimi saya surat melalui sahabat karib saya di Malim Nawar”.
Jawapan itu merungkai kemustahilannya selama ini, menoktahkan perbualan singkat di bilik guru sesudah kelas bubur.
Ibu tersayang amat berat hendak menerima pinangan si polan ini. Memang sudah takdir, bukan kami menghina, lututnya terpaksa ditusuki besi akibat kemalangan jalan raya.
Bisik-bisik ibu kepada ayah tetapi terbias ke gegendang telingaku: Bagaimanakah hendak rukuk dan sujud?
Cikgu Yusuf, mirip guru agama di sekolah rendah dulu, berpesan “pasangan yang ingin berkahwin perlu menitikberatkan agama dan iman daripada kecantikan dan kekayaan sebagai keutamaan”.
Semakin matang pengalaman dan semakin mendalam ilmu di dada, aku percaya amat nasihat cikgu Yusuf itu.
Jodoh yang dicari hendaklah yang beriman, berbaik sangka kepada Allah SWT agar jiwanya menjadi lapang dan tenang.
Seseorang ummah perlu mencari jodoh yang tidak melanggar syariat Allah SWT.
Antara jalan memperoleh jodoh ialah melalui perantaraan ibu bapa, sahabat, dan orang salih. Justru, aku berpendapat tindakanku menyerahkan perkara jodoh ini kepada ibu dan ayah, yang kemudiannya mewakilkannya kepada Pakcik Mahmud.
Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 14 yang bermaksud:
“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu iaitu perempuan, dan anak pinak, dan harta yang banyak terdiri daripada emas dan perak”.
Dalam surah an-Nur, ayat 32, Allah SWT berfirman, maksudnya:
“Dan kahwinkanlah orang bujang (laki-laki dan perempuan) dalam kalangan kamu dan orang yang salih daripada hamba kamu, laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”
Aku banyak berdoa dan bermunajat kepada-Nya agar berjodoh dengan si dia. Justru aku tidak henti-henti bertaqwa kepada-Nya.
Si Da (bukan nama sebenar) memaklumiku bahawa cikgu sekolah menengah reda akan ketentuan Ilahi seandainya aku berjodoh dengan si dia, tetapi jangan sekali-kali dengan cikgu sekolah rendah yang dimusuhinya.
Maklumat sulit ini tersampai kepada Da sebab abangnya bersahabat karib dengan guru itu.
Mujurpun Pakcik Mahmud merestui permintaanku biarpun bukan mudah hendak meleraikan kekusutan di sebalik bukti persahabatan intim yang dituntut, ibarat menarik rambut dalam tepung: rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.

Monday, April 11, 2011

"Berdosakah Daku kepada Suamiku?" (3)

(3)
Sepasang mata seorang guru muda menitip senyap-senyap dari kejauhan. Mata bundarnya melirik mengekori ayunan pinggulku ketika berpayung melintasi padang sekolah ke perhentian bas untuk pulang ke rumah.
Aku sendiri tidak perasaan diperhatikan sebegitu rupa. Di luar kudratku hendak ambil tahu hal titik bengik seperti itu. Kami tidak pernah bersapa, sekadar kupernah sekali diteguri: “Dah nak pulang cikgu?”. Tidak kuendahkan.
Begitulah rutinnya. Aku lewat ketika si dia memanaskan enjin kereta. Sedar akan diri sebagai guru sementara, aku tidak toleh kiri kanan.
Perhubunganku dengan si dia di Kuala Lumpur tetap berarusan seperti biasa, malah lebih intim, persis dua sejoli yang sedang mengadun kasih, menganyam kemesraan dan menghitung hari depan serba mungkin dan penuh kebarangkalian.
Bukan macam teruna-dara era teknologi maklumat dan komunikasi sekarang, mereka boleh berutus-utus sms, melayari internet, dan facebook. Kami sekadar berutus-utus lembaran sahaja, akhir enam puluhan.
Warkah terbarunya memaklumiku bahawa dia sudah bekerja di Utusan Melayu, sebagai pemberita kadet, jaga meja luar negara untuk Utusan Malaysia, yang baru sebulan menemui khalayak. Pilih berita penting dan relevan dan kemudian terjemahkan kepada Bahasa Melayu.
Dapat gaji RM200 sebulan, berkat usaha gigih abang A Samad Said, kemudiannya Sasterawan Negara bergelar Datuk, mencarikannya kerja. Dapat lagi kira-kira RM200 melalui tulisan dan rencana untuk mengisi dada Utusan Malaysia, baru terbit pada 31 Ogos 1967.
Editor rencana Utusan Malaysia, Nora memintanya menulis esei luar negara boleh dikatakan selang sehari.
Ustaz Subky Latiff selaku editor Utusan Zaman, memintanya menulis esei tiap-tiap minggu dalam mingguan bertulisan jawi itu.
A.R. Kamaluddin pula menjemputnya sebagai penulis tamu majalah Mastika, selang sebulan.
Namanya kian mercup sebagai penulis, yang asal-usulnya sudah pun berkarya khusus puisi sejak Tingkatan Dua lagi.
Dalam keulitan menatapi sajak-sajaknya dalam Berita Minggu dan Mingguan Malaysia, tiba-tiba aku tersintak, terharu, hiba, dan serba tak kena seperti lirik lagu popular Tan Sri SM Salim berjudul ‘Apa Nak Jadi?’
Ketika di rumah kakak angkat di Parit Buntar, kuutusi dia sepucuk telegram begini: ‘Kanda, ada rombongan masuk meminang’.
Dua teruna datang serentak. Yang mula-mula mengadu nasib guru sekolah menengah, tempat aku mengajar sementara. Yang kedua guru sekolah rendah, tempat pernah aku mengajar awal mencari pengalaman berhadapan anak murid.
Ayahanda mahu yang kedua, lantaran malu berdepanan dengannya tiap-tiap hari di sekolah. Lagipun, ayahanda pernah sama-sama belajar dengan ayahandanya di Maktab Perguruan Sultan Idris SITC, Tanjung Malim.
Kekalutan ayahanda dan bonda membuat keputusan, mereka mewakilkan waris terdekat, Pakcik Mahmud, yang disegani dan dihormati di Kuala Dipang, merisik berita daripadaku.
“Yang mana satu ni Zakiah?” suara Pakcik Mahmud terngiang-ngiang masih di cuping telingaku.
“Yang kemudian datang meminang,” tingkahku tegas persis gadis pingitan yang sudah keluar dari kepompongnya.
“Sebabnya?”
“Kami sudah hampir enam tahun berkenalan. Dia pernah datang jumpa nenek, emak dan ayah di Malim Nawar dulu,” sekali lagi tingkahanku berumbai ketegasan daripada satu perhitungan sudah lama dibuat.
“Mana buktinya kau orang berdua dah lama berkawan?”
Pertanyaan yang terakhir daripada bibir tebal Pakcik Mahmud ini tidak dapat kujawab.
Aku seperti biasa mengajar di sekolah menengah di pekan, tempat si peminang pertama juga mengajar.
Aduh, kalut dan kacaunya fikiranku apabila si dia di Kuala Lumpur sepi tanpa berita. Agaknya fikirannya juga kusut hendak mencari bukti perkenalan intim kami selama ini.

"Berdosakah Daku kepada Suamiku?" (2)

(2)
Pengayaman perkenalan kami bertunas sejak 1962, tanpa pengetahuan sesiapa kecuali kawan karibku, bernama Da (bukan nama sebenar).
Si Dalah yang memberitahuku akan kehebatan dia berbahas mewakili Sekolah Alam Shah ketika rancaknya sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan BBK, melalui siaran radio ke sekolah-sekolah pada awal enam puluhan.
Aku terpegun mendengar suara lantang, petah berbicara si dia mematahkan hujah lawan.
Kebetulan aku sendiri menjadi juruacara pertandingan syarahan daerah Malim Nawar, berlangsung di Sekolah Kebangsaan Malim Nawar, tempat ayahandaku berkhidmat sebagai guru besar.
Sesudah majlis penuh meriah itu, aku menerima surat tidak kurang 15 pucuk banyaknya daripada anak-anak muda, ingin berkenalan. “Macam juruhebah dan pembaca warta berita Radio Malaysia,” antara yang memuji suaraku.
Teluk hatiku langsung tidak terbuka hendak membalas surat-surat penuh rayuan itu sebab cita-citaku hendak menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran.
Ketika hendak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM, ayah bertukar ke Sekolah Kebangsaan Tanjung Tualang. Biarpun jarak dari Malim Nawar tidak sejauh mana, akan tetapi ketiadaan jambatan menyeberangi sungai nan sebatang, menyusahkan perjalanan ulang-alikku ke Sekolah Menengah di Kampar.
Biarpun begitu, dengan segala jerih payah serta berkat doa yang kupanjati tiap-tiap solat fardu, akhirnya aku berjaya dalam SPM, cukup buatku berkhidmat sebagai guru sementara di sekolah tempat ayahku menjadi guru besar.
Maka begitulah kekecohan majlis pertunanganku dengan si dia bermula di sini. Kehadiranku rupa-rupanya mengusik kesentosaan dan ketenangan perasaan dan gelora cinta mendalam seorang guru muda di situ sehingga akhirnya terutus lembaran percintaan melalui tangannya yang terketar-ketar kepadaku.
Sebelum surat terserah, si guru berkenaan mundar-mandir di hadapan kelas aku mengajar. Ibarat kata orang tua-tua “macam cacing kepanasan”.
Aku tidak membalas surat indahnya, penuh pujian dan madah. Antara lain yang masih kuingat ialah “jika cikgu sudi mempersuamikan saya, jangan risau, cikgu tidak perlu masak, riba tangan sahaja”.
Bukan sukar hendak berjanji begitu, mempertautkan kedua-dua rekahan bibir, hitam lebam akibat terlalu banyak merokok.
Soalnya berdosakah daku kerana tidak memberitahu si dia yang akhirnya menjadi suamiku yang sah?
Lembaran itu tidak menjadi kudis kepadaku kerana beberapa bulan kemudian akhir tahun mengetuk pintu. Tahun baru menjanjikan harapan baru apabila aku ditawarkan jawatan guru sementara oleh sekolah menengah di pekan Kampar tempat aku belajar dulu.
Segala-galanya kerana sokongan abang sulungku Aun bin Harun. Anak sulungnya, Hishamuddin menjadi wartawan atas sokongan suamiku juga, sehingga akhirnya diangkat jadi ketua editor kumpulan akhbar tersohor di negara ini ketika era pentadbiran dan pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kusangkakan sudah terlepas ujian seperti di sekolah kebangsaan, yang sebenarnya belum lagi terungkai. Rupa-rupanya tidak. Ujian datang lagi melingkari diriku, yang sudah memasuki gerbang keremajaan awal dua puluhan.

Sunday, April 10, 2011

"Berdosakah Daku kepada Suamiku?" (1)

Kekecohan majlis pertunanganku dengan si dia pada tahun 1967 masih tergambar jelas dalam lipatan nostalgiaku.
Kami sudah menganyam perkenalan sejak awal tahun 1964, ketika aku berada dalam Tingkatan Tiga sementara si dia dalam Tingkatan Empat.
Agak melucukan bagaimanakah kami boleh berkenalan. Minat mendalam dan ghairah menunjang dalam diri memberanikan daku mengutus lembaran kepada si dia yang kebetulan menjadi Monitor kelasnya di Sekolah Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, Perak.
Lembaran ringkas itu kualamatkan kepada monitor kerana aku sendiri tidak tahu namanya sedangkan diriku sendiri menggunakan nama samaran Mass Kiah.
Rakan karibku bernama Da (bukan nama sebenar) mengajariku menggunakan nama itu, menyamar sebagai teruna dengan kegemaran suka bermain bola sepak dan takraw.
Nawaitu yang tersemat dalam sanubari semata-mata hendak tahu tentang perkembangan pelajaran aliran Melayu yang waktu itu baru setahun bermula.
Menurut rentetan ceritanya sesudah kami sah sebagai suami isteri, dia begitu gementar menerima lembaran berkenaan yang diunjukkan Guru Tingkatan, Cikgu Ghazali.
Nama Monitor itu disebuti guru dengan suara lantang dan katanya, dia lantas ke muka kelas mengambilnya. Dia tidaklah begitu ghairah hendak membacanya ketika itu.
Dia sendiri tidak pernah menerima surat seperti itu. Biarpun begitu, dia ada mengutus surat kepada dua gadis, pertama puteri sekelas, bernama Fauziah, cantik orangnya dan putih warna kulit, dan seorang lagi Norkiah, kelas sebelah, manis orang dan berekor kuda, terbuai-buai ketika berbasikal berulang-alik ke sekolah.
Apa boleh buat, katanya, kudrat Ilahi menentukan lembaran-lembarannya tidak berbalas.
Yang sedihnya, lembaran-lembaranku dipulangkan. Jauh-jauh di sudut hati, dia berazam menjadi budak cerdik, pintar, dan cemerlang!
Sebaliknya kami berutus-utus surat sehingga rahsia diri sebagai teruna terlerai, dan si dia pun sudah melanjutkan pelajaran Tingkatan Lima di Sekolah Alam Shah, sekolah berasrama penuh, di Cheras, Kuala Lumpur, pada tahun 1963.
Perkenalan bertunas dan langsung berputik menjadi cinta ketika si dia belajar dalam Pra-Tingkatan Enam Rendah, Enam Rendah dan Enam Atas di sekolah yang sama.
Yang anehnya, aku mulai menatapi wajahnya melalui kakinya kerana badannya terlindung oleh pemidai buluh menghambati sinar suria memanasi ruang kedai.
Datanglah si dia menemui nenek, ayah, dan ibu di rumah, atas dalihanku, dia guruku.
Sepulangnya, aku sendiri dimarahi ayah semahu-mahunya. Sindiran ini masih terngiang-ngiang di cuping telinga kembangku: Jika ayah tahu tak mahu belajar, dari dulu lagi ayah terima pinangan anak polis itu.
Aku sendiri tidak tahu menahu lamaran itu. Maklumlah gadis sunti yang terpingit di rumah, berulang-alik ke sekolah sahaja, pun ditemani si ayah.
Dengan kudrat Ilahi juga, kami bertunang tetapi aku sendiri semacam berasa bersalah atas kekecohan yang berlaku sehingga hampir putus tunang. Berdosakah aku kepada si dia yang kemudiannya berjodoh juga kami pada akhir 1968?

"Malu daku ditakdirkan Melayu"

Malu daku ditakdirkan Melayu
Bijak bermadah beralih lidah
Petah bicara di luar perhitungan
Demi pangkat demi kedudukan
Tersongsanglah fakta
Teranjaklah nombor dan angka!

Malu daku ditakdirkan Melayu
Bodohnya berabad tidak terajar
Berguru kepalang ajar
Hitung sepuluh pakai kalkilatur
Malasnya berkurun tidak terlentur
Manjakan anak langsung tak tertegur!

Malu daku ditakdirkan Melayu
Perangai hasad dengki tak ubah-ubah
Pawang dan dukun jadi perhitungan
Apabia nak dapatkan ganjaran
Pangkat dan kedudukan
Pijak kawan kerana dengki
Tabur fitnah akibat dendam bersalut iri hati!

Malu daku ditakdirkan Melayu
Lentur melentur sesuatu hujah
Tuding sejari tegakkan bukti
Tidak amanah manis berjanji
Atas nama kebenaran
Satu-satu perhitungan
Berabad lagi pun Melayu tak maju
Jika cemburu membeliti kalbu
Yang tertonjol berkerisme tinggi
Langsung dilanyak sampai mati
Buat apalah pekung dibuka
Kelak bangsa sendiri yang tersula!

Ya Allah!
Ya Rabbi!
Lindungi anak kami Melayu sejati!
Jadikan kami ikan di laut!

Saturday, April 9, 2011

Pelancaran Kelab Membaca Buku Sekolah (2)

MODEL KARANGAN JENIS UCAPAN
Yang Berbahagia tuan pengerusi majlis, dif-dif Kehormat, dan sekalian pelajar yang saya hormati,
Saya memanjatkan syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala dengan limpah izin dan kurnianya-Nya jua, Majlis Pelancaran Kelab Membaca sekolah ini dapat kita langsungkan pada petang berbahagia ini. Saya mengambil kesempatan ini mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesudian tetamu hadir untuk memeriahkan majlis.

Dif-dif kehormat,Tuan-puan dan hadirin yang saya hormati,
Buku adalah segala-galanya. Melalui lembaran kertas berjilid terungkap pelbagai tulisan berisi ilmu pengetahuan dalam disiplin berbagai-bagai. Kandungan ini seandainya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bakal mendewasakan insan daripada segi berfikir, berhujah, berbincang, berdiskusi, dan berseminar seumpamanya. Malangnya, masyarakat kita yang diaur-aurkan mahu menjadi warga memiliki minda kelas pertama, kurang berminat membaca buku, lebih-lebih buku yang serius dan akademik sifatnya serta yang berat-berat kandungannya.
Agaknya memang begitulah klise sifat masyarakat kita, yang perlu diubah segera. Buku dengan segala macam kandungan dan kaedah persembahannya dapat mendekatkan langsung memesrakan rakyat pelbagai etnik bagi mewujudkan semangat patriotik, kecintaan mendalam terhadap negara-bangsa, dengan pemupukan semangat kepunyaan dan kekitaan yang tulen lagi murni. Biarpun kempen gerakan membaca buku dilancarkan secara berterusan sepanjang tahun, tetapi kesannya kurang menyengat seperti kekeli yang sudah kepatahan sengat apabila rata-rata rakyat membaca sebuah buku setahun.
Majlis Industri Buku Melayu Malaysia menganggarkan RM1bilion dibelanjakan rakyat tiap-tiap tahun bagi membeli buku. Angka ini amat rendah jika dibandingkan dengan jumlah penduduk yang sudah melepasi angka 26 juta orang. Ertinya tiap-tiap keluarga sekadar berbelanja RM50 setahun bagi membeli buku dan itupun termasuk pembelian buku kerja tambahan persekolahan anak-anak. Begitu juga dengan keanggotaan perpustakaan yang dianggarkan sekitar sembilan peratus sahaja. Bagi peringkat nasional, kita belum lagi mampu menunjukkan indikator menggalakkan untuk mengangkat masyarakat membaca sebagai satu ciri signifikan ke arah pewujudan negara maju.
Kelab Membaca tercetus atas semangat dan kesedaran bahawa untuk sesebuah negara-bangsa mencapai puncak kejayaan maka asasnya ialah rakyatnya mesti rajin membaca sejak di bangku sekolah. Kewujudan kelab seumpama ini diharapkan masyarakat terutamanya golongan pelajar ketagih dan menjadi ulat buku. Proses ini hendaklah berterusan sepanjang hayat agar potensi anak-anak kita dapat dipupuk dan dikembang menjadi modal insan yang unggul kebijaksanaannya lagi mulia keperibadiannya.
Tingginya martabat sesuatu negara-bangsa bergantung kepada penerokaan dan penguasaan ilmu oleh masyarakatnya. Ilmu itu sentiasa berubah dan berkembang tanpa mengira batas waktu dan sempadan geografi. Selaras dengan itu, pelajar sendiri mesti bergerak seiring dengan perubahan tersebut. Kita tidak boleh lagi menoleh ke belakang dalam dunia global masa kini yang serba pantas lagi mencabar.
Akhir kata, izinkan saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit bagi penganjuran Majlis Pelancaran Kelab Membaca Buku 2010. Moga kita dapat terus tanpa jemu berganding bahu dalam menganjurkan program berkaitan pembudayaan amalan membaca secara berterusan. Ibarat maksud pepatah: ’Bulat air oleh pembentung, bulat manusia oleh muafakat’ Maka dengan itu, saya dengan sukacitanya melancarkan Kelab Membaca Sekolah Menengah Sri Intan ini. Sekian. Terima kasih.
(471 perkataan)

ULASAN FORMAT DAN ISI UCAPAN DI ATAS
• Karangan berbentuk ucapan di atas ditulis menurut format yang betul. Ada kata-kata sambutan kepada pengerusi dan dif-dif yang hadir. Pengucap juga menjelaskan tujuan majlis diadakan iaitu pelancaran Kelab Membaca Buku 2010.
• Isi pengucap bermula dengan pengenalan tentang buku kerana rata-rata khalayak tahu buku tetapi gagal hendak menakrifkan maknanya.
• Kemudian pengucap menyebutkan faedah-faedah bermakna di sebalik pembacaan buku.
• Isunya di sini ialah masyarakat termasuk pelajar tidak berminat membaca biarpun peruntukan besar dan kempen galakan membaca dilancarkan sepanjang zaman.
• Ucapan mengandungi angka-angka yang dipetik daripada sumber rasmi bagi membuktikan kelesuan masyarakat hendak membaca buku.
• Tujuan penubuhan Kelab Membaca Buku peringkat sekolah juga relevan untuk melahirkan warga pelajar yang ‘ulat buku’ dan bermaklumat.
• Sebagai pengukuhan kepada harapan ini, pengucap mengutarakan idea bernas bahawa ‘Tingginya martabat sesuatu negara-bangsa bergantung kepada penerokaan dan penguasaan ilmu oleh masyarakatnya’.
• Memang patutnya begitu kerana ucapan yang memikat perhatian khalayak ialah yang mengandungi idea bernas mengundang mereka berfikir serius.
ULASAN ASPEK GAYA BAHASA UCAPAN DI ATAS
• Karangan ini terungkap dalam laras bahasa sains sosial menurut kadar keterbacaan yang sesuai dengan tahap Tingkatan Lima.
• Kadar keterbacaan bermaksud kemampuan khalayak memahami ucapan secara spontan, tidak perlu berfikir panjang.
• Dalam konteks ini, pengucap berjaya menyampaikan ucapan yang bernas, mudah difahami, dan mesejnya sampai kepada kelompok sasaran.
• Contoh bahasa dan ungkapan indah ialah keselarian pengucapan seperti ‘daripada segi berfikir, berhujah, berbincang, berdiskusi, dan berseminar’ dan ‘penerokaan dan penguasaan ilmu’.
• Karangan menjadi cantik dan indah melalui selitan simpulan bahasa ’ulat buku’ yang bermaksud ’sangat suka membaca’.
• Begitu juga dengan penyelitan pepatah: ’bulat air oleh pembentung, bulat manusia oleh muafakat’. Maksudnya ’kata sepakat didapati melalui rundingan’. Penampilan pepatah ini tepat sebab galakan dan kempen membaca adalah tanggungjawab dan kerjasama semua pihak.

Pelancaran Kelab Membaca Buku Sekolah

KARANGAN JENIS UCAPAN
1. PENGENALAN
• Ketika menulis karangan bercorak ucapan, anda perlu membayangkan diri anda berucap di hadapan khalayak.
• Justru begitu, bahasa yang digunakan perlu sesuai dan mudah difahami oleh tahap usia dan pengetahuan khalayak seperti pelajar sekolah.
• Format karangan ini adalah formal dimulai dengan kata-kata sambutan dan pujian serta terima kasih kepada pengerusi majlis dan dif-dif yang hadir.
• Protokol pujian perlu mendahulukan dif berkedudukan tinggi seperti Datuk/datin, Yang Berbahagia, sebelum sampai kepada hadirin dan hadirat sekalian.
• Upacara perasmian dan pelancaran seperti yang dicontohkan di sini adalah contoh karangan bercorak ucapan.
• Pengetua sekolah anda dijemput berucap dan seterusnya merasmikan pelancaran Kelab Buku sekolah. Anda selaku pelajar yang berbakat dalam bidang penulisan diminta menyediakan ucapan itu sepenuhnya.
• Isi-isi ucapan biasanya memberi penerangan, penjelasan, huraian, nasihat, tunjuk ajar, pengetahuan, peringatan, dan motivasi sebagainya.
• Ucapan perlu diselitkan dengan kiasan, peribahasa, pantun, gurindam sebagainya agar menjadi lebih menarik lagi menyeronokkan agar khalayak tidak bosan.
• Bagi mengelakkan kebosanan khalayak juga, pengucap perlu meringkaskan ucapan kepada sekitar 15 hingga 20 minit.
• Suara ucapan hendaklah jelas, tegas, dan lantang, mengikut idea dan buah fikiran yang hendak disampaikan.

2. FORMAT KARANGAN JENIS UCAPAN
• Karangan ucapan perlu ditulis menurut format yang ditetapkan.
• Mulakan ucapan dengan kata-kata sambutan kepada majlis.
• Kata-kata sambutan didahulukan dengan dif yang berkedudukan tinggi dan berganjak kepada yang lebih rendah.
• Mulakan ucapan dengan kata-kata sambutan terima kasih untuk pengerusi majlis dan dif kenamaan kerana sudi hadir.
• Seterusnya huraikan tujuan ucapan seperti pelancaran Kelab Buku, disusuli oleh isi-isi ucapan berkaitan dengan majlis berkenaan.
• Berikan contoh-contoh semasa lagi relevan.
• Berikan kata-kata penghadapan seperti ‘hadirin dan hadirat’ yang saya muliakan daripada hujah kepada hujah berikutnya untuk menarik tumpuan khalayak yang hadir.
• Ucapan hendaklah diakhiri dengan kata-kata pujian dan penghargaan, seterusnya melancarkan Kelab Membaca Buku. Nokhtahi ucapan dengan kata-kata ‘terima kasih’ seelok-eloknya diiringi oleh serangkap pantun.

3. MODEL KARANGAN UCAPAN
Pengetua sekolah anda hendak berucap bagi merasmikan pelancaran Kelab Membaca Buku Sekolah. Anda dikehendaki menyediakan ucapan beliau. Sediakan ucapan berkenaan dengan selengkapnya.

4. KEHENDAK SOALAN KARANGAN UCAPAN DI ATAS
• Kata kunci ucapan di atas ialah buku kerana majlis diadakan untuk pelancaran Kelab Membaca Buku Sekolah.
• Yang menjadi isu ialah kadar rendah pembacaan dalam kalangan pelajar dan rakyat peringkat nasional.
• Buktikan isu dengan pemetikan angka rasmi seperti kadar membaca satu judul buku setahun.
• Peruntukan rendah bagi membeli buku juga menjadi puncanya.
• Keadaan ini memang malang kepada negara kita yang dalam proses pembinaan negara-bangsa yang maju.
• Adakah dengan pelancaran Kelab Membaca Buku dapat mengubah keadaan ini khusus dalam kalangan pelajar?
• Setidak-tidaknya Kelab Buku dapat memulakan langkah awal yang betul dalam pembinaan masyarakat bermaklumat melalui pembacaan.
• Ucapan diakhiri dengan pelancaran Kelab Membaca Buku, bersekali dengan ucapan penghargaan dan terima kasih.

5. RANGKA DAN ISI-ISI KARANGAN
1. Pengenalan ucapan
• Kata-kata sambutan dan penghargaan.
• Tujuan majlis diadakan : Pelancaran Kelab Membaca Buku.

2. Isi-isi ucapan
• Perihal buku dan manfaatnya kepada manusia.
• Kadar rendah membaca dalam kalangan masyarakat.
• Faktor yang menyebabkan keadaan berkenaan.
• Kesedaran hendak melancarkan Kelab Membaca Buku.
• Khalayak bakal tidak bermaklumat jika tidak suka membaca.

3. Penutupan ucapan
• Pelancaran Kelab Membaca Buku.
• Harapan di sebalik pelancaran itu.
• Ucapan terima kasih.
• Akhiri ucapan dengan serangkap pantun.

Friday, April 8, 2011

Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang (3)

(3)
Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden Pas dan Menteri Besar telah membuktikan kejayaan besarnya sebagai pentadbir dan peneraju kerajaan Terengganu daripada kalangan ulama tersohor.
Beliau tidak keseorangan dan bersendirian dalam urus-tadbir negeri malah kekisi perjuangannya diperkejap oleh sokongan padu dan jitu golongan profesional dalam pelbagai disiplin dan bidang bersekali dengan golongan aktivis.
Maka sesungguhnya keberhasilan beliau terletak di sini, mampu menyatukan ulama, profesional, dan aktivis biarpun ulama selaku penggerak utama berada di barisan hadapan pucuk pentadbiran dan pemerintahan negeri.
Idea dan pemikiran politik beliau begitu mudah dijengahi melalui ucaputama merasmikan muktamar Pas tahun demi tahun.
Pada muktamar ke-50 tahun 2004 dengan tema ‘Memartabatkan Kedaulatan Rakyat’, beliau berkata “Kita hendaklah sedar bahawa Pas bukanlah parti politik semata-mata, bahkan satu gerakan yang memperjuangkan Islam secara syumul.
"Pembabitan Pas dalam pilihan raya hanya satu juzuk daripada agenda perjuangan yang besar. Apabila Pas belum mencapai kemenangan dalam satu-satu pilihan raya, bukanlah bererti parti gagal dalam perjuangannya. Skop perjuangan kita masih luas”.
Setahun berikutnya, ketika berlangsung Muktamar ke-51 bertemakan ‘Paksi Kebangkitan Perjuangan’ di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi perjuangan Pas kepada tujuh paksi besar seperti berikut:
“Yang berteraskan fitrah Islam yang ‘somimah’, jati dan suci diolah secara terkini’, ‘strategi parti dan pelan tindakan realistik serta mampu menangani tuntutan-cabaran saingan politik semasa’, ‘kesepaduan dan gandingan kepemimpinan yang serasi dengan konteks realiti dan tahap perjuangan kini’, ‘penggemblengan keiltizaman seluruh anggota mendukungi perjuangan parti’, ‘pemantapan pentarbiyahan dan juga latihan bagi meningkatkan ketrampilan’, ‘pengurusan parti yang mantap’, dan ‘program dakwah dan siasah yang melebarkan sokongan merentasi semua kelompok dan segmen rakyat dan malah pengundi’.
Kepada Tuan Guru Abdul Hadi Awang masalah masyarakat majmuk di Malaysia dapat diatasi dan diselesaikan melalui kaedah Islam sebab Islam agama sejagat yang universal.
Beliau yakin dan percaya bahawa jika Islam diberi peluang untuk dilaksanakan, maka masalah kaum dan apa juga masalah di negara ini dapat diatasi dengan sebaik-baiknya.
Sebab itulah, ketika merasmikan muktamar ke-54 di Ipoh, Perak pada tahun 2008, beliau menegaskan keterbukaan Pas kepada semua dengan “berteraskan keyakinan yang tinggi bahawa perjuangan parti hendak memakmurkan sekalian alam.
"Perjuangan Pas tetap kekal utuh dan dapat bertahan sampai hari ini kerana penubuhannya bersifat universial untuk seluruh umat manusia, dan membawa keadilan sejagat”.
Begitulah biarpun satu penggal sahaja Pas memerintah Terengganu di bawah Tuan Guru Abdul Hadi Awang, tetapi periode sesingkat itu membuktikan ketersohoran pemimpin dan kepemimpinan ulama.
Firman Allah ta’ala dalam Surah al-Ahzaab, ayat 72 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan”.

Thursday, April 7, 2011

Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang (2)

(2)
Jentera kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pas pimpinan Tuan Guru Hadi Awang ialah jentera ‘merakyatkan pentadbiran’ demi kepentingan masyarakat. Proses pengilmuan masyarakat dilakukan dengan pelbagai kaedah seperti penerusan kuliah di Masjid Rusila, masjid, penubuhan Unit Pembinaan Insan (UPI), Unit Mubaligh, Unit Mubalighat, kelas Tafaquh Fid Deen untuk imam dan bilal menguasai ilmu agama, kem kejurulatihan pembacaan khutbah, taklimat isu semasa, dan kem pemantapan bacaan al-Quran.
Maktabah al-Imamah wal Khitabah ditubuhkan di Kusza bagi melatih imam-imam sedia ada dan imam-imam muda agar mereka dapat menjadi daie demi penjagaan agama Allah swt.
Pentadbiran yang baik lagi telus melalui penyusunan semula anak-anak sementara Tuan Guru Hadi sendiri selaku ketua pentadbir negeri terus tinggal hidup sederhana di rumahnya di Rusila.
Rumah kediaman rasmi MB di Batu Buruk dijadikan tempat bermesyuarat dan kunjungan tamu dari luar.
Tuan Guru Haji Hadi bersama-sama dengan kepemimpinan yang lain dalam parti dapat merealisasikan pendaulatan undang-undang Islam di seluruh negeri melalui pelulusan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Pindaan 2003).
Pindaan enakmen ini memberi laluan kepada pendaulatan al-Quran, As-Sunnah, Ijmak Ulama dan Qias sebagai hokum tertinggi bagi Negeri Terengganu, selaras dengan cita-cita perjuangan Pas sejak penubuhannya lagi. Sehubungan dengan ini, kerajaan negeri memperkasa pendidikan Islam khusus dalam kalangan generasi muda melalui penubuhan institusi seperti Kolej Islam Sains Terengganu (KIST), Kolej Sains dan Teknologi al-Quran (KOSTAQ), dan Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB).
Tuan Guru Abdul Hadi sendiri mengasaskan pusat pendidikan Islam Maahad Darul Quran Rusila. Dewan Ulama Pas negeri pula diberi amanah mengendalikan sekolah rendah Islam di tiap-tiap kawasan seperti Darul Taqwa, Darul Bayan, Darul Ehsan, dan Darul Eslah.
Kesan pindaan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu ini bersama-sama dengan pemerkasaan tarbiah rakyat dapat diperhati daripada keprihatinan hidup beragama dalam kalangan masyarakat sekali gus pelakaran sejarah murid negeri Terengganu sebagai pelajar terbaik seluruh negara dalam peperiksaan awam seperti UPSR dan PMR tiap-tiap tahun.
Kelantan di bawah pemerintahan Pas juga menerima kesan seumpama ini malah pernah melahirkan calon terbaik SPM peringkat nasional. Kata peribahasa orang tua-tua, didik nelayan memancing ikan dan berikan mata pancing nescaya mereka dapat membaiki taraf hidup.
Begitulah, kerajaan Pas Terengganu telah dapat mengurangkan kadar kemiskinan negeri biarpun memerintah negeri sepenggal sahaja. Pada akhir 2001, kadar kemiskinan negeri telah turun kepada 14%, berbanding 17.3% ketika mengambil alih teraju pemerintahan negeri.
Selaras dengan pentadbiran baik lagi telus, yang berpaksikan pemerkasaan tarbiah rakyat, maka kerajaan negeri di bawah pimpinan Tuan Guru Abdul Hadi telah membuat pembaharuan yang melegakan hati rakyat seperti penyusunan semula jualan arak dan pengharaman perjudian, penghapusan cukai pintu bagi rumah kediaman serta tunggakannya, pelepasan cukai pintu sebagai bonus tahunan, penghapusan kutipan tol Jambatan Sultan Mahmud, pengenalan kerja lima hari dan cuti dua hari seminggu, penguatkuasaan cuti bersalin 90 hari dan cuti seminggu bagi suami, pembukaan Pusat Perubatan dan Rawatan Islam, penubuhan Pusat Pertumbuhan K-Komuniti (P2K2) di daerah-daerah seluruh sebagai pemanfaatan daripada kepesatan ICT, peningkatan elaun imam dan bilal, dan pengecualian cukai bakul dan lesen beca.

Lingkaran Cinta Hidupku) (2)

Kudinamai Syarifah Amal Hairani oleh bapaku yang dinamai ayahnya (datukku) sebagai Syed Ahmad.
Sedar akan diriku yang diasuh dengan disiplin dan ajaran agama yang ketat, maka aku tetap patuh akan nasihat ibu bapa termasuk soal pilihan jodoh. Orang nak kata aku konservatif, ha, katalah. Orang nak kata aku kolot, maka katalah. Apalah susahnya hendak mempertemu bibir bawah dengan bibir atas.
Ah, bibir! Macam manakah bentukmu. Tebalkah, nipiskah, ataupun bagaimana?
Ah, tidak mengapa asalkan berbibir dan bergigi agar sebutan antonasi cakapanku betul dan tepat, tidak ditertawakan khalayak. Hebat dan fantastik bunyinya!
Aku tetap memperagakan diri dengan pakaian Muslimat. Wajah gebu tetap kutitip dengan make-up berjenama tinggi. Hehehe Garnier! Hehehe Hugo Boss.
Tanyalah kepada insan bernama gadis, siapakah yang tidak mahu dipandang cantik dan menarik? Siapa?
Prinsip hidupku begini: Hmmm, kebenaran yang disorok masih kelihatan oleh mata hati yang celik, mulut sahaja yang dibisukan oleh keadaan.
Bekas pensyarahku yang terhormat lebih arif akan makna tersirat di sebalik madah ini.
Saya selalu anggapi diri saya biarpun lulusan ijazah pertama dinamai Bachelor of Corporate Administration (Hons), Faculty of Administration and Law di sebuah universiti tempatan pada bulan Oktober 2002 sebagai gadis purba dan konservatif, akan tetapi masih waras dan rasional dalam penilaian pembohongan dan penipuan, hehehe!
Heh, teruna dan laki-laki, mengapakah kalian tidak mahu berterus terang? Mengapa ha?
Justru itulah, sudah dua kali aku putus tunang, kerana kusangka bakal teman hidupku itu baik, jujur, dan amanah, akan tetapi rupa-rupanya penipu dan pembohong.
Apakah hendak dibohongkan, lama-lama tembelang diri terbongkar juga di hujung jari.
Nasib baik tidak kuserahkan keperawananku.
Bekas pensyarahku yang seorang ini pernah mengutip baris-baris puisi titipan Zanariah Wan Abdul Rahman di hadapan kuliah sebagai tokoh tambah syarahannya, sebagai panduan hidup: iman, cinta, setia, peribadi di mana? Jawapannya: Kubisikkan dalam sendu kerana hanya lantaran ‘waktu tuhan hilang di sini; kuterjuni neraka ini; mengusung keranda iman’.
Aku dah dua kali terjun dalam cinta monyek ini, tetapi maruah diri tetapku pertahankan, biarpun banyak rakan mempersoalkan “Adakah keperawanan masih dituntut dalam zaman kini, era teknologi canggih lagi tuntas ini?”
Masing-masing ada prinsip sendiri. Pegang dan genggamlah erat-erat.
Kutetap mempertahankannya dengan panjatan doa ke hadrat Ilahi agar Dia membentengi diriku kukuh-kukuh dengan jejenang dan kekisi keimanan yang tulen.
Bakalku serahkan segala-galanya kepada yang berhak, insan berhati mulia bernama suami. Ketika jemputan pelan-pelan berangkat pulang, ketika sepi mendakapi malam yang kian lewat usianya, ketika itulah aku merebahi diri yang montel ini buat pertama kalinya, mengusapi dan mendakapi seorang teruna tampan yang awal pagi tadi sudah berijabkabul denganku.
Bau wangi semerbak menelusuri jejenang hidung kami, dalam malu-malu dek intaian dan jelingan dinihari, kuserahkan segala-galanya buat si dia. Aduh, betapa enak dan nikmatnya malam pengantin. Siang malam kupanjatkan doa agar diri yang kerdil ini dapat mengecapi nikmat tanpa hujungan dan tebingan itu.
Apakah akan kusambung kisah ini selanjutnya? Yang penting anda mesti membaca harapan dan rintihan hatiku ini!