Monday, February 28, 2011

Hendak Seribu Daya


Pepatah yang menjadi tajuk esei ini satu daripada beratus-ratus ribu peribahasa yang dipusakai orang Melayu sejak zaman berzaman.
Maksudnya ialah ‘Kalau mahu macam-macam usaha, kalau tidak mahu macam-macam alasan’.
Selamanya masyarakat Melayu terkenal dengan pengucapan beradat lagi berbudi bahasa.
Satu-satu hajat ataupun maksud tidak dinyatakan secara berterus terang kerana hal demikian dianggap tidak beradab lagi berkelakuan kasar dan biadap. Begitu juga nasihat diberikan secara lembut tanpa melukakan hati.
Begitulah peribahasa dicipta oleh nenek moyang kita dahulu kala untuk maksud tersirat dalam suasana kemesraan, bersopan santun lagi berbudi bahasa.
Peribahasa seperti tajuk esei ini berkias ibarat, tetapi tidak terselam akan kedalaman dan keluasan maknanya.
Tujuannya ialah hendak memberi semangat, pengajaran, motivasi, dorongan agar dapat bangkit daripada kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.
Kita kutip kisah Jusuh sebagai contoh membuktikan kesahihan maksud pepatah ini. Dia berasa berbesar hati kerana memperoleh pekerjaan baru!
Usaha kerasnya: mencari kerja kosong melalui iklan-iklan dalam media cetak, menjelajahi internet, menelefon, menghadiri temuduga akhirnya membuahkan hasil.
Dia berasa sungguh gembira. Betapa tidak, berapa tahun lamanya dia terpaksa menganggur biarpun ada ijazah jurusan kejuruteraan elektrik.
Selamanya, dia sedar, ijazah sahaja belum memadai untuk melamar kerja jika tidak disertai dengan kemahiran dan pengalaman bekerja dalam bidang berkenaan.



Kim Pak Ooi menangis teramat sangat sehingga tidak dapat mengawal perasaannya apabila mengenangkan kekasih hatinya tergamak memutuskan ikatan tali pertunangan.
Peristiwa itu benar-benar menyayat hatinya dan dia berasa sedih dan kecewa seolah-olah hidup sudah berakhir buatnya.
Ibu bapa dan rakan bersimpati dengannya banyak memberi nasihat, dengan kata-kata ‘kumbang tidak seekor, bunga tidak sekuntum,’.
Kata perangsang inilah yang menguat semangat untuk mengorak langkah dan azam baru yang lebih bersemangat sehingga akhirnya dia menjadi akauntan bertauliah.
Brian Maria begitu marah pada dirinya sendiri sehinggakan hidup dan perasaannya begitu gementar.
Dia pada mulanya begitu marah akan ibu bapanya kerana mereka tidak merestui cita-citanya hendak menjadi juruterbang.
Dakwa mereka, profesion demikian bahaya dan berisiko tinggi. Kian berengsut usia, dia kian sedar dan faham akan larangan mereka.
Demikianlah dia akhirnya mengubah haluan menjadi jurutera genetik sehingga berjaya menghasilkan ciptaan dan inovasi turut membanggakan rakyat dan negara.
Perasaan yang dialami oleh Jusuh, Kim, dan Brian, berbauran di antara gembira, sedih, marah, dengan damai adalah wajar dan sesuatu yang umum, lumrah dialami oleh insan di maya pada ini.
Tiap-tiap orang sesungguhnya mengalami perasaan yang bermacam-macam. Insan tidak dapat melayari bahtera hidup dalam erti kata sebenar-benar jika tidak berperasaan.
Perasaan tersemat dalam sanubari sewajarnya bersendi ketekunan dan kegigihan menghadapi cabaran hidup.
Ertinya, sekali gagal bukanlah bererti gagal selama-lamanya.
Pendek kata, ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh’ dan ‘jika rajin mengakas, namun selera lepas juga’.
Kesemua genre khazanah puisi lama seperti pepatah dalam esei contoh ini dicipta dengan kekuatan intelektual orang Melayu zaman silam.
Penciptaannya mendukung maksud tertentu.
Kepada anak remaja misalnya, banyak peribahasa terhasil bermaksud hendak mendidik, mengasuh dan tunjuk ajar, memberi nasihat serta perangsang agar mereka tidak mudah putus asa, sekali gus berani menghadapi cabaran seperti maksud pepatah ini demi kejayaan yang lebih cemerlang pada masa depan.

Sunday, February 27, 2011

Tip-tip Menjadi Pelajar Cemerlang




Tip-tip untuk muncul pelajar cemerlang SPM:
(1) Ulangkaji pelajaran awal secara konsisten.
(2) Bagi pelajar Islam, selalu dekati dan ingati Ilahi.
(3) Panjatkan doa agar diberkati segala usaha jujur dan ikhlas.
(4) Buat solat sunat tahjud, hajat, dan membaca al-Quran.
(5) Urus masa secara seimbang dan cekap.
(6) Otak mengongsi kawalan akal-fikir dan kesihatan tubuh.
(7) Kecerdasan otak terhasil daripada pengambilan makanan berzat.
(8) Ambil vitamin tambah untuk tingkatkan kecerdasan otak dan minda.
(9) Selalu ambil madu lebah yang tinggi khasiatnya.
(10) Madu asli dapat mempertingkat memori ingatan.


Baik Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, baik Mohamad Aizuddin Mohd Yaakub, mahupun pasangan kembar Rohamina-Rohaisha Jamil, masing-masing nampaknya menggunakan resipi serupa dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sebelum dan sesudah mengulangkaji pelajaran sehingga akhirnya muncul pelajar cemerlang-terbilang.
Pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2008, Hik Nur Madihah muncul pelajar cemerlang peringkat nasional apabila memperoleh 20A termasuk 1A2, mengatasi rekod cemerlang Siti Fatimah Mokhtar, yang mendapat 18A termasuk 1A2 pada 2006, dari sekolah yang sama, Maahad Muhamadi (Perempuan) di Kota Bharu, Kelantan.
Mohamad Aizuddin pula memperoleh A1 dalam semua 13 subjek yang diambilnya dan muncul antara pelajar terbaik SPM 2008 di Negeri Sembilan.
Pasangan kembar Jamil yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, Seremban mendapat 11 A 1 merangkum subjek sains dan matematik dan sains sosial.
Lain halnya dengan Zamri Amir yang juga mendapat 11A1 dan muncul antara pelajar terbaik Sekolah Alam Shah, di Putrajaya, kerana biarpun berasal daripada keluarga susah seperti keluarga Nuk Nur Madihah, pengurusan masa yang cekap dan seimbang menjadi faktor penting di sebalik kecemerlangannya itu lantaran dia juga aktif dalam Pasukan Orkestra SSAS.
Allah SWT berfirman dalam Surah Surah at-Tiin (Ayat 4-6): Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).
“Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua ataupun menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia kepada serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, kecuali orang-orang yang bermain dan beramal salih, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus”.
Persis kata Nik Nur Madihah, anak jati kampung nelayan, Kampung Parang Puting, dekat Pantai Sabak itu:
“Saya mengulang kaji awal pagi tiap-tiap hari selepas solat tahajudin sesudah membaca al-Quran”.
Begini pula kata adik beradik kembar, Rohamina dan Rohaisha: “Kami selalu membaca al-Quran, selain kerap melakukan solat hajat agar dipermudah kami mengikuti pelajaran dan mendapat kejayaan cemerlang”.
Allah SWT berfirman dalam Surah al-Mukminun (Ayat 1-5): Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu’ dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya. …
Bagi Mohammad Aizuddin, pendekatan diri kepada Yang Maha Berkuasa dan Pencipta Sekalian Alam penting sebab mengingati Allah melalui pengerjaan suruhan-Nya dan penjauhan larangan-Nya menjadikan jiwa sentiasa tenang dan mudah memahami pelajaran.
Dan sesungguhnya pelajar cemerlang SPM 2008 yang disebutkan di sini adalah pilihan Allah daripada 6,277 calon cemerlang lain, menepati maksud Surah ar-Ra’d (Ayat 26):
Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Ia juga menyempitkannya. Dan mereka (yang ingkar): bergembira dengan kehidupan dunia, sedangkan kehidupan dunia itu tidak lain daripada kesenangan yang kecil dan tidak kekal, berbanding dengan kesenangan hari akhirat.
Sebagai manusia pilihan dengan sebaik-baik kejadian bersekali penganugerahan akal-budi melalui otak yang pintar, mereka tidak pernah melupai Allah SWT dengan melakukan suruhan ibadatnya demi tuntutan ukhrawi dan duniawi.
Otak mereka sama juga seperti binaan otak pelajar dan malahan manusia lain, seumpama dua buah hemisfera. Satu sebelah kanan sementara yang satu lagi sebelah kiri. Kedua-duanya mengongsi pemikiran dan kawalan tubuh badan.
Bagi kebanyakan orang, hemisfera otak kanan lebih kreatif sementara yang sebelah kiri lebih logik. Yang lebih kreatif melahirkan insan berfikiran sains sosial sementara yang lebih logik berfikir secara saintifik dan matematik.
Otak pelajar cemerlang ini nampaknya seimbang hemisfera kanan dan kiri bergabung-jalin melahirkan kepintaran subjek sains sosial dan sains tulen.
Manusia dianugerahi akal untuk berusaha dan berfikir mengejar kejayaan duniawi dan ukhrawi seperti janji Ilahi asalkan kita sentiasa mengingati dan mendekati-Nya. Resipi mereka sepatutnya jadi ikutan calon SPM tahun 2010, yang bakal diumumkan keputusannya sedikit masa lagi, untuk meraih kecemerlangan lebih terbilang.

Fata morgana Diri (buat sesiapa yang menginjaki pelamin hari ini)




Kalau semalam kita terbaca dalam media
kedegilan bapa mewalikan gadisnya
bagi satu pernikahan penuh bermakna,
hari ini kita saksikan satu perarakan sendu
usungan jenazah ke kuburan tanahnya berdebu
di atasnya tersanding dua merpati seusia
di dalamnya terpegun manusia ternama tak bernama
mencanai ide pemikiran tersohor di persada dunia
mempercepat perarakan ke kuburan
di sana sedia menanti pekerja siuman
mengembumikan gadis pengantin dadanya luka
si teruna dengan keceriaan berkinja di ufuk mata
memahat keazaman melukai hati siapa juga
atas nama nafsu serakahnya
dengan nawaitu menghancuri hati tersula
atas nama kemanusiaaan mengalir entah dari mana.

Kalau semalam kita terdengar kelantangan si bapa
menolak kepasrahan ketentuan Pencipta maya
dengan longgokan serban mencecah jendela dunia
bersama keangkuhan menidakkan segala,
hari ini, saksikanlah keterseradungannya
bersama fata morgana bakal menantu
yang belum waktunya untuk bersemandi di situ
atas dosa mereka mencabut satu nyawa
yang sedang meniti banir malam bersama kekasihnya
mencari kerlipan sinar biarpun baru berkelip manja.

Penceraian suatu penikahan sudah terbukti
penggadaian maruah dan harga diri
pernikahan songsang demi pematian insani
maka perlu bangkitlah seorang lagi syeikh al-hadi
memerangi ketaksuban dan kebidaahan hati
manusia berwawasan berteknologi tinggi
meminggir hak gadis bersuara jauh ke sudut hati.
Amin!

DR ILIAS ZAIDI
Bt 6 Gombak, Kuala Lumpur.
27 Februari 2011.

Saturday, February 26, 2011

Gaya hidup remaja terpengaruh oleh iklan

Iklan melalui media cetak dan lebih-lebih lagi elektronik benar-benar memperaga gaya hidup pemuda kacak dan tampan. (AYAT TAJUK). Peragaan ini merangkumi gaya dan jenis bahan makanan serta minuman serta cara berpakaian. (HURAIAN). Pastinya yang diperagakan ialah jenama yang mahal-mahal, yang ada kelas dan berstatus tinggi lagi teristimewa. Contohnya seluar Jean dan makanan KFC dan MacDonald CONTOH). Trend gaya hidup serta berpakaian golongan remaja masa kini jelas terpengaruh daripada iklan berkenaan. (KESIMPULAN KECIL).
‘Iklan’ 'sesuatu paparan melalui media cetak atau elektronik dengan bahasa pengaruhan yang amat berkesan untuk membentuk persepsi pengguna agar akhirnya mereka dapat mengubah dan membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan’. (TAKRIFAN IKLAN). ‘Gaya hidup’ bermaksud ‘sikap, kesukaan, dan cara berkelakuan yang menjadi ciri utama seseorang insan’. (TAKRIFAN GAYA HIDUP). Gaya dianggap sebagai penampilan dan sahsiah rupa diri yang menarik perhatian serta tontonan. (KESIMPULAN TENTANG GAYA).
Yang diperagakan ialah bahan dan cara makan khususnya ambilan makanan segera yang lazak sehingga menjilat jari. Begitu juga dengan jenama pakaian dan seluar jean yang ketat-ketat dan ringkas, rata-rata diminati oleh golongan muda-mudi kita. Akibatnya mereka kurang berselera dengan sajian ‘nasi lemak’ ataupun ‘roti canai’ malah ada pula yang langsung tidak kenal dengan makanan warisan nenek moyang ini. Mereka lebih mengemari ‘coca cola’ dan minuman bergas lain daripada ‘teh tarik’ ataupun ‘kopi o’.
Baik trend gaya hidup daripada segi jenis minuman dan makanan mahupun cara berpakaian, kedua-duanya berasal dari barat, dianggap sebagai budaya popular. Jenama pakaian begini terlalu kasual dan ala ‘cowboy’ seperti di Amerika sesuai untuk menunggang kuda pergi ke ladang gandum. Tetapi remaja kita memakainya hatta ketika menghadapi temuduga yang rasmi sifatnya, suatu trend yang bercanggah dengan tatasusila dan budaya kita. Remaja yang hendak menghadiri temu duga ataupun upacara rasmi sudah sewajarnya berpakaian kemas, berkemeja lengan panjang, bertali leher, ataupun berpakaian baju batik.
Makanan segera memang popular serta diminati oleh tiap-tiap golongan terutama kanak-kanak. Lama kelamaan nanti, trend begini akan menghilangkan makanan tradisi seperti nasi lemak, roti canai, lemang, ketupat, rendang, satay, lontong, dan nasi dagang. Yang rugi bukan sahaja mereka tidak kenal dan tidak berlesera dengan kudapan tempatan akan tetapi turut merugikan peniaga kecil di warung-warung tepi jalan.
Remaja perempuan pula meminati iklan yang memperagakan pakaian seluar panjang ketat seperti Jeans sehingga menampakkan susuk badan serta kemeja T singkat atau singlet nipis. Mereka turut boros berbelanja untuk membeli pakaian berkenaan agar tidak ketinggalan zaman. Mereka juga mnegemari iklan alat solek serta ubat dan alatan bagi melangsingkan badan sehingga gaya hidup mereka sudah semacam masyarakat barat.
Penampilan diri amat penting buat mereka untuk sentiasa kelihatan cantik, menarik lagi memikat minat anak muda. Trend gaya hidup begini tidak sempurna jika tidak dilengkapi dengan telefon bimbit dan beg tangan berjenama mahal-mahal harganya.
Iklan melalui media massa serta blog.spot benar-benar mempengaruhi trend gaya hidup dan berpakaian remaja masa kini. Kalau trend ini berterusan tanpa kawalan nanti dikhuatiri remaja yang bakal mewarisi kepemimpinan masa depan akan hilang keperibadian bangsa sendiri. Oleh itu, penyiaran iklan oleh media massa perlu sesuai dengan budaya, adat resam dan tatasusila bangsa dan negara kita.
Golongan remaja pula jangan mudah terikut-ikut dengan iklan berkenaan tetapi sebaliknya lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan dan pakaian agar dapat mencerminkan nilai budi bahasa yang luhur lagi santun. Makanan seimbang pastinya menjamin hidup yang sihat lagi selesa.
Apakah maksud makanan seimbang? Piramid makanan seimbang mengesahkan insan perlu mengambil seraf, roti,dan bijian; disusuli sayuran dan buahan seberapa banyak yang mampu; kemudian secara sederhana dan berpatutan mengambil daging (ayam dan lembu/kambing); dan akhirnya sedikit lemak, minyak, gula, dan garam.




ULASAN FORMAT DAN ISI KARANGAN PENDAPAT

• Model di atas contoh terbaik bagi karangan bercorak pendapat yang sewajarnya dicontohi pelajar.
• Takrifan tentang ‘iklan’ dan ‘gaya hidup’ diberikan dengan jelas dan tepat.
• Premis penulis ialah iklan media cetak dan khususnya elektronik benar-benar mempengaruhi trend gaya hidup dan berpakaian remaja masa kini.
• Premis ini disokongi oleh contoh ketara seperti berpakaian jean dan kemeja T yang jarang menampakkan susuk badan.
• Begitu juga dengan kecenderungan remaja mengambil makanan ringkas dari barat seperti minuman bergas coca cola dan Kentucky sehingga mengabaikan makanan tradisi tempatan.
• Rumusan penulis ialah golongan remaja perlu kembali kepada gaya hidup tradisi yang diwarisi zaman berzaman sesuai dengan nilai budi bahasa yang luhur lagi santun.
• Dengan premis-premis begini, penulis menggunakan format hujahan secara logik, sama seperti format hujahan dan perbincangan, bagi menegakkan pendapatnya.
• Karangan ini agak panjang sehingga mencecah angka 496 perkataan.


ULASAN ASPEK GAYA BAHASA


• Gaya bahasanya mantap dan padu sesuai untuk karangan bercorak pendapat.
• Keindahan dan kekuatan bahasa karangannya amat menyentuh perasaan khalayak seperti ‘memperaga gaya hidup’, ‘sesuatu paparan’, ‘membentuk persepsi pengguna’,‘ penampilan dan sahsiah rupa diri’, ‘penampilan diri’, dan ‘mencerminkan nilai budi bahasa yang luhur lagi santun’.
• Proses normalisasi amat dimanfaatkan dalam karangan di atas seperti ‘memperaga gaya hidup pemuda kacak dan tampan. Kata dasar peraga dikembangkan melalui proses pengimbuhan seperti ini: ‘Peragaan ini merangkumi gaya dan jenis bahan makanan serta minuman serta cara berpakaian’.
• Contoh keluasan bahasa yang menimbulkan keindahan di sini ialah ‘sebaliknya lebih-lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan dan pakaian agar dapat mencerminkan nilai budi bahasa yang luhur lagi santun’.

Pelajar digalakkan menggunakan bahasa indah lagi luas maknanya seperti contoh karangan di atas.

Friday, February 25, 2011

Kesejagatan Islam - Ummah ubah persepsi

Orang Melayu mesti berani berubah baik dari segi persepsi mahupun pandangan hidup atau world-view sebab kedua-duanya menjadi prasyarat kepada pembangunan dan kemajuan ummah mulai sekarang.
Sesungguhnya persepsi dan pandangan hidup orang Melayu inilah yang selamanya melemahkan kemajuan dan perpaduan ummah sejak zaman Munsyi Abdullah lagi yang menyifatkan Melayu satu bangsa pemalas dan pengotor.
Yang terkhusus di sini ialah perubahan mindset dan persepsi murid, pelajar, dan remaja, terhadap kemajuan seperti tuntutan Islam. Pandangan negatif terhadap satu-satu isu bakal mengembalikan mereka kepada zaman lampau dalam keadaan ajaran Islam disaluti dengan pemikiran kolot, tahyul, bidaah, dan jumud.
‘Persepsi’ diibaratkan sebagai tanggapan, pengertian dan penglihatan seseorang terhadap sesuatu. Rata-rata Melayu berpersepsi buruk dan negatif terhadap hidup dan kehidupan biarpun kitab suci al-Quran diterima menjadi benteng ketauhidan yang diidam-idamkan bagi menempiasi segala cabaran dan dugaan hidup dalam usaha hendak mencari dan menegakkan kebenaran.
Firman Allah SWT dalam Surah Asy-Syura: Ayat 17 yang bermaksud: “Allah yang menurunkan Kitab Suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan.”
Sehubungan dengan inilah, Islam tidak membezakan umatnya dari segi rupa bangsa, keturunan, latar belakang kekeluargaan, kedudukan, pangkat, ataupun lelaki dan wanita malah kesemuanya mempunyai kedudukan yang sama-sama penting dalam pembangunan ummah dan negara dengan berpaksikan tuntutan duniawi dan ukhrawi.
Maksud firman Allah lagi dalam Surah Al-Hujuraat: Ayat 13 bermaksud: “Allah telah menjadikan manusia daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadi kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak untuk kamu saling kenal mengenal ( dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Ke arah maksud ini, tokoh reformasi sepanjang zaman benar-benar memperjuangkan perpaduan ummah lantaran perpaduan dianggap pencetus reformasi pemikiran.
Tiap-tiap insan diberi kebebasan untuk menimba ilmu demi peningkatan taraf hidup diri dan seterus dapat memberi sumbangan serta berbakti secara muafakat dan bersepadu ke arah pembangunan ummah.
Islam agama sejagat yang liberal sifatnya, dalam erti kata tidak membelenggu umatnya terhadap doktrin pemikiran.
Kesejagatan agama Islam dapat diperhatikan daripada perentasannya melepasi sempadan negeri, negara, wilayah, benua dan hatta seluruh dunia, tanpa mengira warna kulit dan keturunan. Yang kurang arif dan mengenali Islam sahaja yang menganggapinya agama yang membawa unsur keganasan dan kekejaman.
Allah berfirman dalam Surah al-Faatihah: ayat 2 bermaksud: “Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan “dengan kebenaran, (serta menjadi) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar) seperti firman-Nya dalam Surah al-Baqarah: Ayat 119.
Dengan ciri kesejagatannya, Islam dapat memupuk ikatan persaudaraan Islam sedunia bercirikan kasih sayang, dapat menyatupadukan pelbagai lapisan umat manusia merentasi sempadan wilayah dan kedudukan geografi, dan sekaligus itu pula dapat menegakkan kebenaran dan keadilan.
Sebagai agama sejagat, Islam membenarkan perbahasan tentang keagungan dan kebenarannya secara terbuka dan logik, agama yang dianuti secara sukarela tanpa paksaan tanpa ugutan dan tanpa ancaman.

Thursday, February 24, 2011

Hipertensi

Betapa tidak terlompat-lompatnya. Kuasa graviti di bulan lebih lemah daripada di bumi.
Dia terus terapung-apung di udarakasa bulan tanpa udara. Pakaian angkasa lepas yang serba putih dan lengkap itu membekalinya oksigen. Kiri-kanannya kelihatan padang pasir luas terhampar persis Sahara lakunya. Ah, macam bumi juga! Aiman mendengus. Kawah besar, lurah dalam dan melebar, dataran terhampar dan gunung-ganang. Semuanya ada dan wujud.
Heh, tengok di sana itu. Gelap. Tidak nampak apa-apa. Oh barangkali inilah yang dikata ‘lautan’. Penamaan yang pelik dan ganjil. Ada unsur sinisnya. Sebab: Kajian saintifik membukti air tidak wujud di planet bulan.
Tidak ada udara. Tidak ada air. Bagaimanakah umat bumi hendak dipindahkan ke bulan? Sesuatu yang mustahil. Tidak sesiapa pun dapat wujud di sini. Sekali lagi dia terperanjat kaget. Kawah besar ternganga tidak jauh daripada situasi keterapungannya.
Cuaca cukup membahang panas dan ganas. Dia merasai bahangnya macam sudah cecah angka 150 darjah Celsius. Amat panas. Kepanasan yang begitu menakjubkan.
Suara itu datang lagi biarpun dia berusaha menepisinya beberapa kali. Suara halus yang mendesah di tengah-tengah keterasingan diri menghamparkan keinsafan dan kesayuan. Insaf dan sayu di tengah-tengah keluarbiasaan benar-benar memilukan. Dirinya semacam terpenjara ratusan tahun lamanya. Dia mahu berangkat pulang segera ke planet bumi.
Pucuk kelapa yang berbalam-balam tadi, sedikit demi sedikit dan beransur-ansur cerah di kelir pandangannya. Sentuhan ratina matanya kian mempamerkan pohon seribu guna itu. Bezanya, pohon itu sudah berusia, daunnya kian keras dan lidinya kian liat.
Proses keremajaan diri sendiri mulai terasa. Dia giat melemparkan pandangan ke bawah dari pucuk kelapa yang tinggi menjulang.
Heh, wajah geruh babah dan ibunya bersedia hendak menyambutnya dengan hamparan tilam empuk yang gebu, persis sambutan penuh kemeriahan dan istiadat kepulangan angkawan negara sesudah beberapa minggu di ISS dan kemudian beberapa minggu lagi di permukaan bulan.
Fikir Aqil, adakah dia akan terjun bersama-sama beberapa biji buah kelapa seperti terjun Si Lunchai dengan labu-labunya?
Tengok sekarang, dia sedang menyusun sepuluh jarinya. Babah dan ibunya sedar akan perkara itu. Jari-jemarinya jelas montok dan gebu. Padat berisi tanda perut tergalas secukupnya. Makanan seimbang dan amalan hidup sihat selalu menjaduali rutin hariannya di tengah-tengah keluarga yang bengis dan kasar.
Kepada Aqil, layanan seperti itu tidak wajar dilakukan ke atas dirinya. Tamparan selalu singgah di pipiku. Sudah-sudahnya, aku jadi gagap. Di manakah harmonisnya? Di manakah humanisnya? Mengapakah tidak dimanfaatkan saja teknologi tingkah laku?
Tenaga berlebihan? Oh tidak. Kudrat melebihi ketepuan? Tidak juga. Kelebihan kalsium semasa proses penghamilan? Barangkali si ibu mengambil bahan kimia ini secara berlebihan semasa proses berkenaan? Kemungkinannya ada. Keberangkalian tidak berlaku juga ada.
Tetapi jika dikatakan otakku tidak berfungsi menurut patutnya, oh, tidak. Aku bakal tentang habis-habisan. Jika dia masih hidup, dia dapat membuktikannya. Siapakah tokoh itu?
Paul Broca, seorang anatomis dan antropologis berbangsa Perachis. Kucintai penemuan tahun 1861itu fungsi otak manusia bergantung kepada bahagian yang membina otak itu sendiri.
Broca memeriksa pesakit gagap melalui pendekatan rawatan khusus dan terapi. Yang lebih penting layanan mesra berpaksikan pendekatan humanis melalui teknologi perlakuan dan sahsiah rupa diri. Dia hanya dapat mengucapkan satu suku kata, biarpun dia faham penuh akan pertuturan yang dilafazkan. Akhirnya dia fasih berbicara.
Keadaan diriku lebih baik, fikir Aqil. Situasiku tidak segagap itu. Aku dapat bertutur biarpun mulutku ternganga lebar dahulu sebelum lahir diksi berisi. Babah barangkali tidak tahu akan penemuan Broca. Babah lebih dekat kepada kejuruteraan mekanikal. Ibu juga saintis tetapi lebih kepada bidang geologi.
Aqil teringat akan bisikan halus yang didengarinya ketika dalam keterasingan di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Jangan kaubinasai habitat semula di planet bumi. Salahnya barangkali menganggap pucuk kelapa muda sebagai kapal Soyuz, yang menghantuinya sekian lama. Tidak perlu latihan intensif dan istimewa itu, babah. Tidak perlu latihan terapi itu, ibu. Aqil akan usahakan sendiri.
Dia mendongaki langit. Sisik-sisik awan berarak tenang, seteduh air kolam waktu malam jernih. Suria terus setia memancarkan cahaya. Sayup-sayup kedengaran muzik beralun, lembut dan penuh makna, semacam mengubati kelukaan hatinya ketika menjenguki lereng cerun bukit di hadapannya. Jauh-jauh di sudut hati, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi!

Peranan Ulama dalam Pembangunan Ummah dan Negara

Kita sewajarnya dan harus kembali ke pangkal jalan. Kemajuan dan pembaharuan yang dituntuti Islam lebih-lebih golongan fundamentalisnya “kesujudan kembali manusia sepenuhnya kepada Allah, kerana pada pokoknya manusia seperti juga jin telah dicipta untuk menyembah-Nya.”
Justru reformasi Islam hendaklah bersendikan seruan untuk kembali kepada ajaran Islam dalam erti kata sebenarnya.
Sayyid Quth mendakwa “the validity of Islam for all ages, which necessitates that every generation should develop and reinterpret the principles of the Holy Quran in order to prevent the stagnation of the Muslims and to further their progress.” (Rahnema. 1995:161).
Yang penting kitab suci itu bukan sekadar dibaca begitu sahaja, malahan perlu diberikan tafsiran dan dihayati sewajarnya.
Seterusnya Quth menganggap al-Quran sebagai kitab dakwah sekaligus “the constitution of an order, and a way of life, and not as a book of novels, amusement, or history.”
Yang jelas daripada jalur pemikiran terkini ialah anjuran kepada golongan ulama dan pemikir Islam supaya berani dan tegas menyuarakan pandangan yang hak berhubung dengan ajaran Islam.
Golongan yang disabdakan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai “pewaris para Nabi” (Abdul Halim El-Muhammady, 1991, 61) dan sabda baginda lagi bahawa “Diberi syufaat pada hari kiamat kepada tiga golongan yakni para Nabi, para Ulama dan para syuhada” sewajarnya berada di barisan depan dalam memupuk kesedaran beragama dalam kalangan masyarakat khususnya generasi muda yang terkemudian.
Sesungguhnya ulama dan pemikir Islam tradisional telah sedia memberi sumbangan besar lagi bererti dalam pembangunan ummah sejak zaman berzaman terutama daripada segi keintelektualan ilmu bersepadu sehingga mereka telah mampu menggerakkan massa biarpun tidak berhasil sepenuhnya.
Kini dalam era ledakan komunikasi maklumat di tengah-tengah pembinaan ‘desa sejagat’ atau ‘dunia tanpa sempadan’, tenaga mereka amat diperlukan dalam menyambung tradisi keilmuan agar kesinambungan tradisi ilmu berterusan.
Sesuai dengan perubahan zaman kini, mereka perlu membuat pendekatan baru dari segi penyebaran ajaran Islam lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan konflik dan krisis era globalisasi.
Oleh sebab pembabitan aktif golongan ulama dan pemikir agama amat diperlukan dalam menangani isu-isu semasa yang kian meruntuhkan nilai moral kaum muda-mudi, maka mereka perlu memahami, mengetahui dan menghayati ilmu-ilmu fardu kifayah bagi menjayakan konsep pendidikan bersepadu di bawah Falsafah Pendidikan Negara.
Generasi muda dituntut mendalami ajaran Islam secara rasional dan saintifik.
Kecintaan dan penghayatan mendalam sahajalah yang dapat mendorongi mereka menjadikan Islam sebagai ad-din, menerapkan ajarannya dalam apa juga permasalahan hidup dihadapi dalam dunia realiti tiap-tiap hari.
Malah, tokoh-tokoh non-Muslim dalam karya fiksyen genre novel sepanjang zaman abad lampau akhirnya memeluk Islam bukan semata-mata didorongi hasrat hendak mengawini pemuda atau gadis Islam, tetapi lebih dirangsangi oleh kekaguman dan keterpersonaan terhadap ajaran Islam sebagai agama besar bersifat universial meniupkan api kebenaran, merentasi sempadan dan warna kulit, bangsa keturunan, pangkat dan kedudukan.
Justru untuk mendapatkan keyakinan dan kepercayaan bukan Islam, golongan pendakwah hendaklah menyesuaikan gerakan uslah Islamiah dengan tuntutan zaman kini.
Dalam proses penimbaan ilmu-ilmu sains, teknologi dan falsafah barat, anak-anak muda golongan intelektual daripada barisan pelapis diingatkan agar tidak sampai menyimpang daripada hakikat sebenar ajaran Islam.
Kalau terlalu mementingkan ilmu-ilmu sekular dan falsafah barat tanpa perimbangannya dengan nilai keislaman, nanti dikhuatiri akidah mereka akan rosak.
Pihak berkuasa dan golongan pendakwah harus sedar bahawa proses pengislaman dan pendakwahan yang menyeluruh dan yang dapat menjamin pengekalannya sebagai suatu realiti berpengaruh dalam jangka waktu panjang, menuntut perancangan yang komprehensif, yang mempertemu ide dan pendekatan daripada pelbagai pihak.
Ilmu pendakwahan hendaklah lengkap lagi menyeluruh yang diasosiasikan dengan perkembangan semasa. Penghayatan dan pengalaman kepada ilmu sudah tentu melahirkan tokoh-tokoh berjiwa progresif dan mempunyai wawasan sekaligus pula dapat memantulkan pemikiran bernas, luas lagi jitu ketika menegakkan kebenaran Islam apabila berdepanan dengan cabaran kalangan mubaligh agama lain.
Namun umat sekarang beruntung kalau dibanding dengan era awal perkembangan Islam bawaan Nabi Junjungan Besar Muhammad s.a.w. sebab mereka kini dapat dikatakan umat madani yang sudah kukuh dan mantap, yang mampu membina dan melakar tamadun umat manusia masa kini dan masa depan.
Dalam pada itu, mereka wajar sekali merenungi dan menghayati pengorbanan dan perjuangan tokoh ulama dan pemikir ulung Islam zaman lampau dengan idea permodenanan mereka supaya dapat dijadikan ikhtibar demi pembinaan ketamadunan baru pada masa depan yang lebih gemilang, cemerlang, dan terbilang, insyallah!

Monday, February 21, 2011

Tahniah Pencapai Cemerlang STPM

Tahniah dan setinggi-tinggi tahniah buat calon STPM yang memperoleh markah cemerlang semalam. Bila? Semalam tu lebih spesifik hari Isnin, 21 Feb, tarikh pesara dapat pencen.
Ranjau masih tajam dan jauh berliku di hadapan. Pastinya kegigihan belajar dan ulangkaji pelajaran selama dua tahun sebelum ini dapat dimanfaatkan untuk tiga empat tahun lagi bagi memperoleh cemerlang kelas pertama tahap ijazah pertama baik apa disiplin sekalipun.
Kesemuanya 46,780 lulus penuh tapi belum tentu cemerlang. Tak kiralah siapa, baik punya keluarga miskin dan sederhana, baik keluarga berada dan kaya mewah, asalkan gigih semua berjaya cemerlang.
Saya amat kagum dengan kejayaan cemerlang Syivero Patrick yang sambil tekun belajar sambil pula bekerja sebagai tukang rumah hujung minggu. Belia begini yang mahu kita cari, watak dan peribadi tinggi begini yang perlu hadir dalam kalangan pelajar kita.
Jangan asyik nak gila-gila berpolitik dan menunjuk perasan, sekadar hendak menutup kelemahan diri punya IQ yang rendah.
Tak apalah mereka orang kaya dan banyak wang. Saya dulu orang miskin. Masuk Sekolah Alam Shah tahun 1963 seudah dapat 8A tahap SRP di Sekolah Sultan Abdul Aziz (sebelumnya Govenment English School), Teluk Intan, hanya mampu sediakan dua helai uniform sekolah dan sehelai baju Melayu untuk makan malam. Ada teman dari Bagan Datuk baik hati berikan saya sehelai baju Melayu. Saleh nama teman itu.

Baik Syivero bersekolah di Kota Marudu, Sabah itu, yang amat saya kagumi dan sanjungi, baik yang lain-lain, harus mengambil ingatan bahawa belajar di universiti berbeza amat daripada belajar di sekolah selama ini. Ha, tengoklah Syivero, tak payah susah-susah menggunakan kabel dan menyembah ke sana ke mari macam pengemis lapar tak makan dan minum seminggu, untuk masuk sekolah asrama penuh. Bak kata orang tua-tua, benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau!
Masuk SBP mesti dan mesti berdasarkan merit bukan berdasarkan pengaruh dan kedudukan. SBP tempat untuk mendisiplinkan diri untuk uruskan masa dengan baik, bukan nak tunjuk lagak membuli junior sehingga ada yang mati. Sesungguhnya budaya kurang ajar ini jangan diteladani. Komuniti tidak pandang pada kehandalan ini berpencak dan bersilat, kerana menunjukkan keturunan kita drp keluarga 'yang tak berajar' atau 'tidak makan ajar', tetapi mereka pandang insan berilmu dan cemerlang dalam apa juga peperiksaan yang diduduki.
Ya, pencapai cemerlang STPM sekalian, teruskan kecemerlangan tahap IPT nanti, dan lebih baik lagi jika peroleh first class honors. Caranya mudah, tekun belajar dan buat nota lengkap awal, sedia hadiri kuliah dan tutorial, buat assignments sungguh-sungguh, serah kepada pensyarah tepat pada waktunya, sebaiknya lebih awal lagi. Saya dulu buat macam ini, dan sekarang, saya nak beri dorongan kepada anda sekalian. Saya bersyukur kerana Ilahi memberi saya kekuatan dan azam tinggi, sihat tubuh badan dan mental sehingga saya peroleh 17A daripada 30 subjek yang saya ambil 3 tiga tahun belajar di UM. Jasa Profesor saya Profesor Emiratus Datuk A Bakar Hamid, tetap saya kenal sampai hari ini, pensyarah yang penuh disiplin, tekun, dan dedikasi. Syukur saya kepada Ilahi kerana dengan keputusan itu, saya peroleh Kepujian Kelas Pertama dan dianugerahi Pingat Emas.
Anda sekalian juga dapat mencapai keputusan lebih cemerlang daripada ini asalkan tekun dan gigih belajar. Sifat kedekut mesti ada dalam diri untuk menyaingi kawan2.
Tahniah sekali lagi buat anda dengan meneruskan semangat perjuangan tinggi dan gigih belajar. pilihan disiplin ilmu sesuai dengan kemampuan kita. Kepada Syivero, saya menunggu berita gembira mengenai diri anda memperoleh Kepujian Kelas Pertama dalam tempoh tiga tahun akan datang. Salam buat semua, yang membaca blog saya ini. Terima kasih.
 

Saturday, February 19, 2011

The Impacts of Information Technology in Printing Industry

Information technology is a cooperatively run, globally distributed collection on computer networks that exchange information via a common set of rules. It first started around 1980 as a government-funded project that would allow communications to the event of a nuclear attack.
The management in information technology system then grew larger and become the most important industry in United States of America and other countries at that time.
Many issues and problems have landed to some big companies at that particular time. These companies and organizations took some initiatives to handle these problems by becoming more aware about the information technology breakthrough.
Every single company had prepared themselves with own principles and targets to control every step of company moves. By the year 1999, the information technology grew to 68%, topping one-half trillion dollars and far outpacing the growth of the overall US economy. By the start of the century, only between one and one-half of AS was online, much on that on slow phone connections.
Withour question, the Internet and the World Wide Web (WWW) are playing an increasingly significant role in our everyday lifes. They are transforming the way people work, the way we buy things, the way we entertain ourselves, the way business is conducted, and most important to printers, the way they communicate with customers.
The breakthrough of technology in the printing processes; Letterpress, Offset Lithography, Flexography, Screen Processes, and Gravure made steps of each processes more faster than ever before. Technology had upgraded the printing processes system. Although breakthrough can be considered as a revolution, the importance of printed products shall not be denied.
The printing process improved to the stage where it was possible to print more than200 full size multicolor sheets per minute; 100,000 or more copies in a day.Web-fed presses became more capable of even greater valume, multi-unit installations which could produce millions of copies of a newspaper or magazine in a matter of hours.
Technolgy improved the need for collection, classification, storage, retrieval, reproduction, and dissemination of data information to an ever widening and more demanding system.
The best technology applications on the printing processes is increasing the quality of the printing products. Metallic images are some of example from the breakthrough.
Digital printing workflow is another good example from the technolog revolution.
With modern digital communcation and data transmission technologies, which enable remote digital, proofing and printing, printers nowadays use a new phrase, 'distribute first, print later' which means the designs are show electrically to the customers thorugh the Internet before they can print it according to the customers specification and satisfaction.
 

Wednesday, February 16, 2011

Newa Agency Journalism: A Handbook by John Cardownie

The Global Vilage is becoming more a relaity these days; hence, news has become an important commodity the set-up. International market rules have to be obliged, international standards have to be taken into consideration, all for the sake of sales achievement and acceptance or to acquire credibility and to reach the larggest number of recipients. With it goes the important task of news agency journalists who have to play according the rules, anywhere, world-wide. The only weak link in the process is the dearth of special publications that 'say it all' to guide both career personnel and enthusiasts in news agency journalism, and this is more pronouncedly felt in the Third World.
The publication of News Agency Journalism: A Handbook by John Cordownie, and published by Friedrich-Ebert-Stidtung, in Bon, in 1988, is therefore timely and welcome. It is the first comprehensive book ever written in the subject, directed to the readers using the English language as their medium and also adaptable to other languages and cultures. I dare say that it is not only a tool, that one cannot do without but an asset to those who possess it!
Britisher John Cardownie, the writter, has responded well to the challenge of writing a practice-oriented handbook and training material. This lecturer of training courses for young journalists from Third World countries at the International Institute for Journalism in Berlin has a way of conveying his massage in a easy manner as if he is addressing the reader personally. The reader will certainly find most parts of the book refreshing because of the writter's witty and conversational style of writing, that can only come from conviction and long experience. And experience is of course the best weapon of any writer.
The handbook covers various angles of news agency journalism, giving the dos and don'ts, the ways and the hows. Lengthy explanations for exercises and examples support every topic discussed, a notable characteristic or the British educational trend. Cardownie opens the book with the highlight of the job, which, summarized, means that only a special kind of person can do it. If you work half-heartedly, you had better call it quits.
I have never found a book so generous with its tips and guides, so much so that every sentence is much appreciated. The contents are all about the every day work in a news agency journalist's life but with a little twist the distinguishes them from other journalists or writers. They include 'the art' in word economy, story construction, different approaches in writing the into, how to avoid confusion and a long valuable list that will be very helpful to those who get to know about it, and be one step ahead of the others. Words can trap you, no matter how clever you are at playing with them. News agency journalists, especially those who begin their communication careers in information departments, are advised to be careful and to apply word economy to improve their work. Few people realize this.
News agency journalists have an advantage over other writers, for example, fiction writers. In story contruction, all you need to do is to put together the collection of facts and information that you already have, to produce a plot. The key here is you must know what to say and think before putting your thoughts on paper. The explanation given by Cardownie justifies Cyril Connolly's view that literature is the art of writing something that will be understood immediately. 'The overriding requirement always', according to Cardownie 'is to present accurate news clearly'.
the handbook also brings into focus the difference between news agency journalists and newspaper journalists which may have been overlooked. In common, both deal with news but newspaper journalists work for a media publication with a specified readership, while news agency journalists do not. The differences are distinct in the way they work. Writing the intro is one of them. It shoud not be straight and dull. As the 5Ws and 1H (Who, What, Where, When, Why, and How) remain, news agency people can also make use of the skills which, as Cardownie puts it, were previously the sole province of newspaper journalist.
The handbook can be an eye-opener to many in the field of journalism and invaluable to those who are imvolved in news agency journalism. You can improve your skill or compare what your have been doing with what you are actually supposed to do.
If Cardowine emphasizes the importance of Internet, Tell, Hold, and Influence in news agency journalism, he has certainly made use all these elements himself. His direct explainations enable one to understand his message clearly. His wit and humour entertain you even on the most crucial subject or sensitive areas that deal with the human ego.
For the first effort, the publication of the handbook, has gone beyond one's expectations. Cardowine's handbook is not only an invaluable primer for news agency journalists, it is also a useful 'how-to-do' book for all those involved in the field of journalism.    

Tuesday, February 15, 2011

Cinta itu Indah lagi Mengasyikkan

Anda sedang dilamun cinta? Jika misalnya anda asyik teringat-ingat dan terbayang-bayang saja akan pasangan anda yang berlainan jantina itu, tandanya benarlah anda sedang dilamun cinta. Jika anda mandi tak basah, makan tak kenyang, minum tak menghilangkan dahaga, dan tidur tak lena, benarlah anda sedang bercinta.
Jika begitu, cari dan pilihlah pasangan yang benar-benar ikhlas dan jujur dalam melayari percintaan leluhur anda, bakal meranum putik kasih, bakal merebatkan daun harapan, dan bakal menegah pepohon yang dibajai sekarang.
Yang hendak dicari ialah kekasih dapat dipercayai untuk hidup semati ketika sudah memasuki gerbang perkahwinan yang kekal abadi selama-lamanya.
Kata penyair yang saya minati, allahyarham Zaihasra, malam pertama perkahwinan itu berlalu cukup pantas, persis momen perpisahan siang daripada malam, apa yang disebut senja. yang menuntut hidangan di tengah-tengah jalan, kononnya tanda rasa kasih dan sayang, ha, lupakan sahaja, itu bukan calon suami yang baik dan berhati jujur. ada udang di sebalik mee rebut, yang tidak seenak mana.
Kata veteran berpengalaman seperti saya lagi, kali penyanyi ever green sepanjang zaman, Tan Sri SM Salam, ha seronoknya perkahwinan itu sekejap saja, kemudian sesudah itu nampaklah pekung di dada, kudis buta seluruh badan, dan tokak di betis berparut sana sini.
Justru pilihlah pasangan yang tepat dan betul. jangan pilih yang bulu keningnya bertaut dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri. langsung tidak boleh dan tidak dapat dipercayai. jangan pilih yang ada tumbuh tahi lalat betul-betul di tengah-tengah batang hidung, tanda peminta papa. jangan pilih yang berjalan mendabek dada, juga tidak boleh dipercayai. juga jangan pilih yang lompak gagak, tanpanya tidak amanah dan tidak boleh dipercayai.
Kata orang tua-tua. tanggapan dan kesan daripada pandangan pertama itu penting. hari sabtu ini berjumpa dalam pertemuan pertama. ok dan menarik. sabtu depan bertemu lagi. lagi ok dan lagi menarik wajahnya. tandanya itulah jodoh anda. janganlah fikir panjang lagi. kawinlah saja.
gadis yang menyerahkan mutiaranya di tengah-tengah belukar bersaksi bulan yang gerhana dan bintang yang tidak mahu berkelip, tandanya gadis yang tidak ada maruah diri. akhirnya rebah layu tersungkur di celah-celah dadah rapuh kerana ditinggalkan kekasih. apakah yang diharapkan kekasih itu lagi sebab sudah menikmati idamananya selama ini.
sekian sahaja coretan ringkas saya sempena Hari Kekasih atau Valentine's Day semalam 14 Februari.
Semasa bercinta dan berkasih sayang, masing-masing perlu menjaga hati dan perasaan, tahu dan hati-hati akan batasan pergaulan. Hormati hak diri sendiri dan hak kekasih. Jagai adab pergaulan ketika hati benar-benar dilambung kasih dan sayang. Amin! 

Thursday, February 10, 2011

Kesesuaian Interlok sebagai Teks KOMSAS

Interlok memenuhi ciri buku teks sastera
Oleh Dr Illias Zaidi

Pengekalan Interlok sebagai teks wajib untuk komponen sastera Pengajaran dan Pembelajasan Bahasa Melayu KOMSAS Tingkatan Lima mulai tahun ini, sepatutnya dalam keadaan sedia adanya, tanpa pindaan dan penyesuaian.
Interlok tidak lebih daripada karya fiksyen biarpun dapat dianggap sebagai semi-sejarah cetusan daya kreativiti dan imaginasi SN Datuk Abdullah Hussein, kebetulan mendapat ilham daripapda seorang pensyarah di Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya yang menceritakan kisah orang India.
Sebenarnya Interlok lahir melalui sayembara besar lagi bermakna atas inisiatif Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri sempena 10 kemerdekaan negara.
Biarpun memenangi hadiah sagu hati beriringan dengan ‘Pulanglah Perantau’ (Aziz Jahpin), ‘Badan Bertuah’ (Ismail Alfalah), ‘Meniti Buih’ (Alias bin Harun), dan ‘Merpati Putih Terbang Lagi’ (Khatijah Hasyim), namun pengumuman kemenangannya dibuat sendiri Tun Razak sekali gus Pengarah Gerakan Negara pada sidang media 5 September 1970 itu, menunjukkan komited tinggi kerajaan terhadapnya.
Sayembara bertemakan perjuangan dan pengisian kemerdekaan selama satu dekad, julung-julung kali anjuran kerajaan, mengangkat ‘Sandera’ karya SN Arenawati selaku hadiah ketiga. Tidak ada hadiah pertama dan kedua kerana panel ‘memperakukan ukuran dan nilai yang ketat terhadap naskhah yang disemak serta dipertimbangkan’.
Kepada panel ‘ujian muktamad dan yang penting sekali ialah sama ada atau tidak novel itu, apabila selesai dibaca meninggalkan atau menimbulkan kesan yang mendalam atau mengusik emosi pembaca.
Justru, keenam-enam manuskrip yang berjaya dapat dikatakan autentif baik segi tema mahupun gaya bahasa daripada 52 manuskrip kesemuanya. Novel-novel berkenaan diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka pada 1971.
Temanya cukup besar lagi luas bertitik tolak daripada perjuangan kemerdekaan sehingga tumbangnya Malayan Union, terbentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan PTM 1957 sebelum lahirnya Malaysia 16 September 1963.

Ertinya Abdullah menulis Interlok kira-kira tahun 1967-8 tetapi pengumuman keputusannya agak lewat sedikit kerana seperti kata Tun Razak: Tragedi 13 Mei 1969 dan beberapa orang panel hakim menarik diri. Justru urutan peristiwa plot novel ini tidak ada kaitan langsung dengan tragedi 13 Mei. Yang pasti skop latar sejarah dan waktunya ialah sejak Inggeris membawa buruh China dan India masuk bekerja di lombong bijih dan ladang getah di bawah dasar pecah dan perintah.
Keputusan panel pemilihan Interlok sebagai teks sastera Tingkatan Lima itu, bagi kawasan Lembah Kelang, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Negeri Sembilan, kepada kami, memang tepat kerana pengalaman lepas-lepas sejak kertas Kesusasteraan Melayu tegak sebagai subjek tunggal lagi, novel ulung itu memenuhi ciri-ciri tetapan Kementerian Pelajaran.
Misalnya pengorbanan anak watan diwakili keluarga Seman, Ching Huat, dan Maniam menentang serangan Jepun yang masuk ke tanah air (Jitra) melalui Thailand, Kedah, serta kemudian ancaman komunis di hutan selama 12 tahun sejak 1948, patut diketahui dan dihayati pelajar generasi sekarang demi pemupukan semangat kekitaan, kepunyaan, kebangsaan, dan patriotisme.
Pemupukan jiwa murni dengan kesediaan bekerjasama serta tolong menolong, bantu-membantu, saling hormat menghormati dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan berlainan bahasa dan agama, benar-benar tersuntik ranum dalam hati sanubari dan jiwa raga  ketiga-tiga watak yang dianggap sebagai wira-wira novel ini.
Betapa intim dan hebatnya kerjasama mereka apabila Seman mula-mulanya berniat buruk dan jahat terhadap China Panjang kerana tanah ayahnya tergadai, tidak jadi memarangi Poh Eng sebaliknya melindunginya di pondok emaknya, dan akhirnya mereka diselamatkan Maniam.
Sentuhi pula betapa terharunya hati seorang ayah seperti Maniam, kini tandil di ladang getah asalnya milik Inggeris tetapi kini hak Jepun, dapat bertemu dengan anaknya, Ramakrishnan, yang tidak pernah ditemui ketika ditahan Jepun di balai polis. Si anak itu kini berpangkat inspector polis.
Poh Eng dibawa abangnya ke hutan menyertai gerombolan menentang Jepun. Pengarang mempertaut Chin Huat kembali dengan anak gadis itu apabila tentera matahari terbit itu menyerah kalah kepada tentera bersekutu pimpinan Inggeris.
Begitulah ‘Interlok’ terungkap daripada manifestasi dasar ‘pecah dan perintah’ Inggeris mengelompokkan masyarakat Melayu di kampung dan pedalaman, Cina peniaga, pedagang, dan pelombong sementara India di ladang getah milik Inggeris.
Urutan plot bergerak daripada keluarga Seman, beranjak kepada keluarga Ching Huat, dibawa bapanya ke negara ini kerana kesengsaraan hidup di negara leluhurnya, dan keluarga Maniam, berhijrah atas alasan sama, bermula hidup sebagai kuli dan akhirnya menjadi tandil.
Begitulah juga halus, santun, dan kemasnya anyaman kesatuan, kesantunan, dan kepaduan jalinan  Abdullah pada Buku Keempat novelnya ini, membenarkan proses asimilasi sedang berjalan rancak di luar sedar ketika menjelangnya kemerdekaan dulu.   
Kemelut baru-baru ini meruntun perasaan dan daya sensitivity khalayak untuk membaca atau membaca semula karya berkenaan dengan lebih teliti sekali gus penuh penghayatan. Jika tidak, masakan ratusan ribu cetakan untuk edisi murid sudah habis terjual dan kini diberitakan giat diulangcetak.
Interlok novel sejarah oleh H.L. Yelland, S.C. Jones, dan K.S.W. Easton dalam buku mereka A Handbook of Literary Terms dianggap karya berlatarbelakangkan sejarah termasuk tokoh sejarah melalui jalinan peristiwa sejarah penuh daya imaginasi dan kreatif, berdasarkan hukum sebab dan akibat.
Presiden penaja Persatuan Dinamik India 1Malaysia, S. Kumaravel menyifatkan yang sengaja mempertikaikan amalan kasta dianggap buta sejarah. Amalan hidup berkasta bagi masyarakat mana sekalipun di dunia hatta komuniti maju dan bertamadun tinggi sekalipun, tidak dapat dikuis daripada catatan sejarah.
Kesesuaian Interlok sebagai khazanah sastera negara bukan sahaja perlu dilihat pada rentetan peristiwa berdasarkan fakta sejarah lampau, tetapi juga daripada segi penyampaian dan persembahannya melalui diksi dengan kadar  ‘keterbacaan’nya yang rendah.
Sebab itulah, karya agung ini perlu dibaca, diteliti, dan dihayat secara bersepdu, tidak terpisah-pisah, tebuk sana sini, selak sana selak sini lalu terus menyimpul rumusan kononnya novel resis. Kerasionalan-keintelektualan mata-fikir khalayak saja yang dapat memartabat Interlok sebagai karya melengkapi kajian sejarah-kesejarahan negara-bangsa melalui titipan konsep 1Malaysia.
Keberhasilan SN Abdullah terserlah dalam bahagian akhir apabila ketiga-tiga keturunan tadi amat perlu bantu membantu dan saling bekerjasama ketika menghadapi ancaman komunis zaman darurat (1948-60) sehingga tercapainya kemerdekaan melalui proses asimilasi mewujudan rupa bangsa Malaysia yang bersatu demi perpaduan nasional.
Agaknya mesej inilah yang tersemat dalam sanubari Razak ketika melancar sayembara besar ini, perutusan sewajarnya dibaca, diuliti, difahami, dihayati, dan  dipraktik melalui ‘Interlok’ khusus oleh generasi terkini dalam konteks konsep 1Malaysia.
Persis kata bung Abdullah : Saya tidak tahu sama ada orang India sekarang sudah berubah atau lupa sejarah. Dahulu orang India dan Cina di bawa masuk ke Tanah Melayu. Orang Cina mula-mula datang mahu cari makan dan cari duit untuk dihantar balik ke China dan membantu keluarga mereka di sana.
Tegasnya lagi: Orang India juga begitu. Mungkin apabila mereka sudah berjaya dan kaya mereka lupa. Maka mungkin anak-anak mereka sekarang sudah tidak tahu lagi kerana ibu bapa mereka sudah tidak bercerita. Mereka tidak lagi mengamalkan kasta dan pelbagai budaya lain kerana mereka lahir dan dibesarkan di negara ini.

BM : Surat Kiriman Rasmi (2)

KARANGAN BAHAGIAN B

1.1.         KARANGAN BERBENTUK SURAT KIRIMAN RASMI
1.2.   PENGENALAN

·         Model karangan yang hendak diberikan dalam Bahagian B ialah yang berbentuk kursus seperti Surat Kiriman Rasmi, Surat Kiriman Tidak Rasmi, Laporan, Wawancara/perbualan/dialog, Ucapan, Syarahan, Ceramah, Perbahasan, Autobiografi, dan Berita.
·         Karangan tidak berformat atau berbentuk umum bakal dimodelkan ialah jenis Fakta, Rencana, Ulasan, Perbincangan, Pendapat, Penjelasan, Syor dan Cadangan, Cereka/Imaginasi, Keperihalan/ Gambaran, dan Peribahasa.
  
                            1.3.  SURAT RASMI ADUAN DAN BANTAHAN

·         Model yang dicontohkan di sini ialah surat aduan ataupun bantahan.
·         Aduan dibuat melalui saluran rasmi kepada Majlis Perbandaran.
·         Penulis surat aduan dan bantahan ialah wakil penduduk dilantik secara rasmi melalui mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Taman Kediaman.
·         Bantahan dibuat terhadap pembinaan kilang haram bersebelahan kawasan kediaman.

                             1.4. FORMAT KARANGAN SURAT KIRIMAN RASMI

·         Rujuki format karangan jenis surat kiriman rasmi sebelum ini.
·         Yang penting surat kiriman rasmi mesti ada alamat pengirim, alamat penerima terpisah oleh satu garisan lurus, kata penghadap surat, tajuk surat seperti ‘Aduan masalah akibat pembinaan kilang secara haram’, dan kata akhiran surat seperti ‘Saya yang menjalankan tugas’, disusuli tanda tangan, nama menggunakan huruf besar seluruhnya, dan jawatan jika ada. 


1.5.   MODEL SOALAN 2

Tulis sepucuk surat kepada Yang Dipertua Majlis Daerah ataupun Perbandaran ataupun Dewan Bandaraya mengadu hal beberapa masalah dihadapi dalam kalangan penduduk tempat anda tinggal.   

1.4.    KEHENDAK SOALAN 2

·         Isu utama soalan ini aduan dan bantahan penduduk kepada Majlis Perbandaran berhubung pembukaan kilang haram bersebelahan kawasan perumahan anda.
·         Bantahan dibuat kerana kilang berkenaan membisingkan suasana sekitar.
·         Sampah sarap dibiarkan bertaburan di sana sini.
·         Longkang besar tersumbat kerana pembinaannya tidak menurut piawaian.
·         Nyamuk aedes membiak sehingga ada penduduk terlantar di hospital.
·         Kata kunci dalam konteks soalan ini ialah pencemaran alam sekitar.
·         Sebagai wakil penduduk, anda mahu pihak berkuasa bertindak segera.
·         Kerjasama penduduk kepada pihak berkuasa bakal memudahkan penyelesaian masalah demi kebaikan bersama.

                                     1.7.  RANGKA DAN ISI KARANGAN 2
                                    
1.            Pengenalan surat rasmi
·         Kata-kata penghadap surat rasmi.
·         Tajuk surat rasmi.

2.            Isi-isi surat rasmi
·         Aktiviti kilang membisingkan suasana.
·         Sampah dibuang ikut sesuka hati.
·         Longkang tersumbat sebab pembinaannya tidak ikut piawai.
·         Nyamuk aedes membiak ada penduduk kena jangkitan.
·         Pada keseluruhannya alam sekitar tercemar.
·         Kecurian kian menjadi-jadi sejak pembinaan kilang.

3.            Kesimpulan surat rasmi
·         Berharap pihak berkuasa dapat bertindak segera.

1.8.   MODEL KARANGAN 2
Aduan dan bantahan penduduk kepada Majlis Perbandaran berhubung pembukaan kilang haram bersebelahan kawasan perumahan

Taman Rimba Mengkuang,
Jalan Rimba Mengkuang,
68100, Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Selayang,
Persiaran 3, Bandar Baru Selayang,
KM 15, Jalan Ipoh,
68100, Batu Caves,                                                                           
Selangor Darul Ehsan.                                                               20 DISEMBER 2010.                                                                                     

Tuan,

         Aduan dan Bantahan Penduduk Rimba Mengkuang terhadap Kilang Haram

               Berhubung dengan perkara di atas, saya sebagai wakil penghuni kawasan perumahan Taman Rimba Mengkuang, seperti alamat di atas, ingin membuat aduan dan bantahan kepada pihak tuan mengenai masalah yang timbul akibat pembinaaan kilang haram betul-betul bersebalahan dengan kawasan tempat tinggal kami.
2.                   Yang pertama masalah bunyi bising sehingga suasana sekitar taman kami sudah tidak tenteram lagi. Tidur anak-anak kecil amat terganggu dan tersentuh ketika tinggal bersama-sama ibu yang tidak bekerja ataupun pengasuh waktu siang hari. Pesara yang hendak melelapkan mata sesudah waktu zohor selalu terusik. Tuan sendiri sedia maklum bunyi bising ini termasuk dalam pencemaran alam sekitar menurut undang-undang kecil Majlis Perbandaran.
3.                   Reja-reja papan dan besi nampaknya dibuang sesuka hati, malah tumbunannya sudah mencecah aras tembuk pagar kawasan perumahan kami. Ketenteraman penduduk rata-ratanya amat tersentuh dengan pemandangan begini. Ertinya keindahan dan kehijahan sekitar kawasan rumah kami sudah tercemar.
4.                   Longgokan reja papan dan besi itu menyebabkan longkang besar tersumbat sementelahan pula tidak dibina menurut piawaian yang ditetapkan oleh pihak tuan.  Pencemaran mendatangkan mudaratan kepada penduduk seperti jangkitan demam dengi kerana longkang tersumbat mengundang masalah sebab air bertakung tempat pembiakan nyamuk aedes. Beberapa orang penduduk pernah dimasukkan dan dirawatkan di Hospital Kuala Lumpur akibat demam denggi. Bukankah keadaan ini menambahkan bebanan dan kesusahan hidup kami.
5.                    Kecurian kian menjadi-jadi sejak pembinaan kilang haram ini. Sebelum itu, keadaan dan kehidupan kami semuanya aman tenteram. Sekarang kami terpaksa berwaspada dengan pekerja kilang yang nampaknya orang seberang. Kami juga terpaksa menggaji pengawal keselamatan di pintu masuk utama untuk mengelakkan kecurian bukan sahaja waktu malam hari malam siang hari juga. Akibatnya kos hidup kami tiap-tiap bulan kian bertambah selain terigau-igau akan kecurian.
             Begitulah sahaja aduan dan bantahan kami. Kerjasama tuan dalam hal ini amatlah kami hargai dan sambut baik. Kami mengucapkan terima kasih banyak-banyak sekiranya tuan dapat mengambil tindakan segera terhadap aduan ini. Salam.

Saya yang menjalankan tugas,
…………………………….
(MARZUKI BIN MAMAT.)
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak,
Taman Rimba Mengkuang,
Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.
(364 perkataan)

1.9.      ULASAN FORMAT DAN ISI SURAT KIRIMAN RASMI DI ATAS

·         Surat kiriman rasmi di atas tertulis menurut format yang betul. Panjang surat rasmi berpatutan kerana tertulis dalam lingkunan 364 perkataan.
·         Alamat pengirim, penerima, tarikh, kata penghadap surat, dan penutupan surat dengan harapan pihak berkuasa dapat bertindak terhadap aduan, serta nama dan jawatan pengirim.
·         Isu-isu yang menimbulkan bantahan dan rungutan penduduk ditulis menurut tertib, berpunca daripada pembinaan kilang haram bersebelahan kawasan perumahan.
·         Isu utama ialah pencemaran alam sekitar akibat daripada kilang papan dan besi itu.
·         Pencemaran mendatangkan mudaratan kepada penduduk seperti jangkitan demam dengi kerana longkang tersumbat mengundang masalah air bertakung tempat pembiakan nyamuk aedes.
·         Aliran pemikiran penulis surat jelas terungkap dengan lancar melalui kesinambungan pemikiran daripada satu ayat kepada ayat berikutnya.



1.10.            ULASAN ASPEK GAYA BAHASA SURAT RASMI

·         Surat ini ditulis menggunakan laras bahasa biasa iaitu sains sosial biarpun ada selitan diksi sains seperti nyamuk aedes dan infeksi demam denggi.
·         Biarpun surat ini bercorak rasmi, akan tetapi keindahan bahasa yang terungkap bagi pernyataan maksud amat terasa khusus daripada segi kesan keindahannya.
·         Contohnya ialah seperti ketenteraman penduduk, amat tersentuh, selalu terusik, cantik menghijau dengan tumbuhan alam semula jadi, persekitaran premis rumah kami memang benar-benar tercemar, dan terigau-igau akan kecurian.
·         Selain ayat-ayat yang gramatis, contoh petikan di atas mencerminkan penggunaan bahasa yang luas lagi tepat.
·         Ertinya diksi dan frasa berkenaan dapat mengawal aliran pemikiran penulis surat kepada maksud hendak disampaikan dari awal hingga akhir.


                                                  *********